8
Siang tadi, aku bersemangat nak tengok belon panas walaupun cuaca memang panas giler kat Putrajaya ni. Seperti entry yang aku kongsi semalam, pertunjukan belon panas bermula jam 6 petang. Nak elak daripada parking kereta jauh, aku dah sampai tapak Pesta Belon Panas lebih kurang pukul 4.45 petang. Gigih datang awal..hahahaa. Tapi 1 bar jugak minyak kereta luak sebab anak mentidur, jadi aku lepak la sekeluarga dalam aircond..hehee

Lepas Mikhail bangun, terus jalan ke tapak pesta. Meriah bak hang ! Meriah dengan jualan makanan. Macam-macam ada, ala hipster? Ala k-pop? Haaa.. Memang semua ada la kat sini.

Orang kat sini memang ramai sangat. Kalau datang bawak anak ramai tu, take care sangat, boleh hilang tau. Ok, sementara nak tunggu belon panas tu naik, aku jejalan la kat tapak pesta ni. Ada tempat mainan lompat-lompat macam spring tu, apa entah nama. Menarik gak la kalau dapat main. 



Umpan anak teruna dengan belon mainan sementara belon panas kat belakang tu naik atas. Terasa lama gak menunggu bila anak yang mula melasak ni..huhuu.. Bertabahla.

Aku intai-intai belon panas kat seberang sana. Sempat bisik kat suami, "macam tak banyak je belon panas kali ni, macam tak menarik jer belon ni"

Masa yang dinanti, satu persatu belon panas dilepaskan. Aku ternanti-nanti belon yang cantik terbang diudara. Tapi aku kecewa sebab belon panas tahun ni tak semeriah tahun lepas dan tahun terdahulu. Tak ada belon panas berbentuk muka orang atau bentuk maskot kartun. Apa yang ada siang tadi, semuanya belon panas biasa, bentuk bulat jer. 

Ermmmm.. Mana yang diwar-warkan kat website Pesta Belon Panas yang lebih dari 20 jenis belon? Atau belon yang cantik tu dorang tunjuk pada waktu pagi? Atau mungkin esok baru dorang keluarkan belon yang bermacam-macam bentuk?  Siapa yang dah pergi pagi tadi atau semalam, boleh share pengalaman kat komen.


Tapi acara malam ni meriah, dalam pukul 9.30 malam tadi, aku dengar berdetam-detum bunyi pertunjukan bunga api. Aku mampu dengar dari dalam rumah jer la. Esok nak pergi tengok bunga api la... Harapnya, hilang la rasa kecewa aku ngan pertunjukan belon panas tadi. 


Post a Comment

KiD said... 12/3/16 10:52 PM

maaf laaa kid bawak yang belon-belob tu gi Sungai Besar jap.. lusa lah balik.

Lan Careno said... 12/3/16 10:53 PM

Ikutkan hati teringin nak g tp panas sgt cuaca skrg... Kesian kat anak lak...

✿ Ina Ainaa ✿ said... 13/3/16 6:52 AM

Indah rupa dari kata la ni. Emmmm apapun, ena teringin sangat nak naik hot air balloon..

Kak Mahh said... 13/3/16 12:10 PM

Tak naik belon ke ?

adianiez AIDA said... 13/3/16 1:21 PM

Aida x jadi gi. Syuhada demam.
Oiye? Dulu kala kan byk hot balloon yg mcm2 rupa kan.
Ada bentuk seluar jean. Paling menarik :-)

safurara said... 14/3/16 9:55 AM

alahaiii, yeke. tp tahun lepas punya mmg meriah sgt kan.

Bahrain said... 14/3/16 12:00 PM

Tak pernah pergi lgi. mesti ramai sangat orang.. malas kalu sampai bersesak2x

cik aish said... 14/3/16 5:29 PM

huhu memang perlukan semangat yg kental nak pergi putrayaja tgk belon..takpe.duduk rumah je la main belon air ngn anak. hehe

 
Top