6
Rasa syukur sangat sebab kerja dalam pejabat, bayangkan mereka yang kerja bawah mentari macam mana peritnya kan. Aku balik kerja naik motor pun rasa macam terbakar kulit...hahaa. Dahaga air yang amat. Nak cari ais jer.. Lepas tu teringat ada serbuk green tea kat rumah. Best jugak kalau buat aiskrim ni kan.

Mood rajin petang tadi, terus bikin aiskrim green tea sumi jelly. Sementara stok sumi ada lagi dalam peti ais, kita guna sebaik mungkin..hahaa. Ok, jom kita buat aiskrim green tea sumi jelly.



Resepi Aiskrim Green Tea Sumi Jelly
  • 2 sudu besar serbuk green tea
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1/2 tin susu cair
  • Sumi / Jelly
  • Sedikit Gula
Cara Cepat Buat Aiskrim Sumi Jelly
  • Rendam serbuk green tea dengan air panas seketika kemudian tapis.
  • Masukkan susu pekat, susu cair, gula secukup rasa dan bancuh bersama-sama green tea.
  • Kemanisan ikut selera tekak masing-masing. Bagi aku, aiskrim kalau tak manis, tak sedap dan bila makan pulak 'kelembutan' aiskrim tu berbeza dengan yang kurang manis
  • Potong 2 atau 4 sumi dan masukan dalam plastik aiskrim, campur warna supaya nampak meriah. 
  • Tuang air green tea yang dah siap tadi ke dalam plastik aiskrim yang dah terisi sumi jelly. Ikat kemas, dan bekukan. Siap !

Senang sangat nak buat aiskrim green tea sumi jelly ni, macam bancuh air je. Cuma penat tang mengikat plastik asikrim tu je..hahhaaa. 

Ok, selamat mencuba !


Post a Comment

Inani Hazwani said... 14/3/16 10:49 PM

Wahh lain daripada yang lain ni. Sedapnyaa green tea :)

ieta mat sa'ad said... 14/3/16 11:31 PM

Mak aih... kechoq ayaq liyyoq cheq.... Nak kena buat gak nih. Tp tu la... Nak mengikat tu tak reti². Hahaha... tqsm bg resipinya ya Dkna

Yana Libra said... 15/3/16 9:53 AM

thai green tea ke tu? sedap laaa...

Patrick Prasetyo said... 15/3/16 10:51 AM

Oh macem tuh la, aku pun nak coba mesti sedap, kan.

miss zyaroses said... 16/3/16 5:47 PM

salam singgah dan follow sini. menarik ais krim nie nanti blh la cuba :-)

 
Top