2
Pagi tadi dalam perjalanan ke pejabat, aku nampak khemah dah penuh kat Presint 2. Lepas tu baru aku ingat yang Pesta Belon Panas 2016 dah bermula hari ni. Confirm balik kerja petang ni, jalan dah sesak.

Eh ! hari ni pun hari terakhir sesi persekolahan kan. Haaa.. boleh la bawak anak-anak ke Putrajaya.


Pesta Belon Panas Antarangbangsa Ke-8

Tarikh : 11 - 13 Mac 2016
Lokasi : Monumen Alaf Baru, Presint 2


Buat mereka yang belum pernah berkesempatan menyaksikan pesta ini secara lebih dekat, sedikit info berguna untuk dikongsikan :


  • Belon-belon ini akan diterbangkan 2 kali sehari sepanjang tempoh pesta, iaitu pada pukul 7 pagi dan 6 petang. 
  • Selain dapat melihat lebih 20 belon udara panas beraneka rupa dan warna dilayangkan, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman menaiki belon tersebut. 
  • Untuk merasai kemeriahan pesta sambil memiliki kelebihan esklusif dan berkelah dalam kawasan khas, pengunjung boleh memilih untuk berada dalam Zon Merah Jambu [tiket telah ditutup]
  • Untuk merasai keistimewaan yang lebih menarik, seperti mempunyai akses untuk berada dekat dengan kawasan perlepasan belon tersebut, anda boleh memilih pakej Zon Biru [tiket telah ditutup]


Kalau nak rakam gambar terbaik, korang boleh la datang Putrajaya seperti yang tertera kat gambar atas ni. Waktu pagi, jam 7 hingga 9 pagi dan petang bermula jam 6 hingga 7 petang. nak tengok atau nak naik belon panas, memang sesuai la datang waktu ni. Kalau nak ronda-ronda dan jalan-jalan bawak anak, boleh jer datang bila-bila masa. 

Tapi, korang bertabahlah yea sebab kat sini memang akan sesak dan nak parking memang susah. Maklumla, semua serbu lokasi yang sama dalam masa yang sama. Aku, haaaaa.. naik motor jer la tak payah pikir nak parking. Kalau nak relax, boleh jalan kaki jer dari rumah dan melepak kat Jambatan Seri Wawasan sambil tengok belon panas naik atas. Cantik gak view dari sini tau.




Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 11/3/16 12:02 PM

Dkna nak naik dgn hero comel Dkna ke?
Agak-agak gayat tak Mikhail naik. Jgn dah kat atas dia sibuk nak turun:)

Kak Mahh said... 11/3/16 2:59 PM

Sila bawa abe mikha naik belon

 
Top