8
Siapa tak sayang anak kan, bawak anak naik motorsikal setiap hari. Walaupun hanya melintas seberang jalan jer dari rumah aku ke rumah pengasuh Mikhail, tak jauh pun. tapi risau dan takut tu tetap ada dan walaupun berhati-hati setiap kali bawak anak bersama.

Dah lama aku sediakan helmet kecil untuk anak. Dah lama aku cuba ajar anak pakai helmet dan bermacam-macam cara aku lakonkan untuk dia supaya dia nak pakai helmet. Supaya dia suka pakai helmet, tapi tak berjaya. Bila nak sarungkan helmet dikepala, anak mula menolak. Tak nak ! Tak nak !

Petang semalam, anak teruna mintak nak pakai helmet waktu dalam perjalanan balik ke rumah. Helmet ni tersimpan dalam box motor, dia nampak dan tunjuk. Hooii.. aku paling seronok la sebab dia dengan rela nak pakai, tak perlu paksa. Percubaan pertama, alhamdulilah..dengan muka redha dipakaikan helmet dan nampak seronok.


Semalam nak keluar beli barang basah, cuba sekali lagi pakaikan helmet comel ni kat dia. Nampak gayanya, tak menolak. Erm.. percubaan yang kedua pun berjaya. Hampir usia cecah 2 tahun nampak banyak perbezaan. dan makin cerdik. Tak perlu lagi aku nak berlakon sambil joget-joget pakai helmet lagi..hahahaaa.. 

Kadang-kala, aku tak perlu nak memaksa anak untuk buat sesuatu yang dia tak suka. Biarlah dia explore dunia dia dengan cara sendiri, lambat laun dia akan ikut setiap tindak tanduk kita juga. Setiap hari dia tengok aku dan suami pakai helmet dan kini dia dah boleh terima 'helmet' dalam diri. 

Good boy Mikhail. Petang ni, pakai helmet lagi yea. 

Post a Comment

NUNU EERA said... 24/3/16 3:20 PM

alolo.. omeynye mikhail da ade helmet

Noriza Rahman Momma Vogue said... 24/3/16 3:32 PM

Baru la selamat nak ke mana-mana pun kan?

YieN said... 24/3/16 3:48 PM

Kite pon belikan helmet kecik utk anak kite, hehe~

Yanty Lee said... 24/3/16 4:09 PM


OMG... Comel nya!

Jueliza Jamani said... 25/3/16 8:27 AM

alaaa comelnya dia pkai helmet tu...

Inani Hazwani said... 25/3/16 7:02 PM

Hihi. Mikhail dah besar, dah pandai nak pakai helmet :)

Sue Izza said... 25/3/16 11:20 PM

comel je hehhehehehe

akubiomed said... 27/3/16 9:05 PM

Nak cari topi kaledar bukan sekadar cukup syarat perlu ada tanda SIRIM.

 
Top