5
Waktu malam macam ni aku tilik anak selepas kawan pejabat tegur ada perubahan kat Mikhail. Maklumla, dah lama aku tak bawak Mikhail ke pejabat, jadi dorang pun tak jumpa la anak aku. Jarang sekali jumpa, dorang perasan yang rambut Mikhail makin lebat..heheeee. Aku sendiri tak perasan rambut anak aku lebat.
Waktu cukur jambul usia 7 hari sampailah usia 1 tahun 7 bulan, rambut Mikhail seperti gambar ni. Nampak lebat? Sebenarnya tak lebat pun dan rambut nipis sangat. Penat jugak aku menunggu rambut Mikhail panjang, kononnya bila dah panjang, boleh la buat rambut pacak atau ala k-pop gitu..hahaaa.

Macam-macam jenis minyak dah aku sapu kat kepala Mikhail dan ada yang cadangkan aku cukur atau botakkan lagi sekali kepala Mikhail supaya rambut cepat tumbuh.
Akhirnya, macam ni la kepala Mikhail awal bulan Januari lalu selepas dibotakkan untuk kali ke-dua dengan harapan rambutnya cepatlah membiak macam cendawan selepas hujan..kikikiii.

Alhamdulilah... Hasil memberangsangkan, cepat jugak rambut Mikhail tumbuh. Tapi sekarang makin lebat... Ermmm.. Baru aku teringat yang aku sapukan Super Lebat Cream dari D'Herbs kat kepala Mikhail lebih kurang 3 minggu lepas.

Waktu memula aku beli dulu, rasa tak confident nak sapu kat kepala Mikhail sebab kepala budak kan, ada yang sensitif. Aku sapu sehari sekali selepas mandi samada waktu pagi atau malam dan tengok perubahan kat kulit kepala Mikhail. Hati ibu tetap risau kalau-kalau anak ada elergik cream atau bahan yang terkandung dalam produk ni kan.


Alhamdulilah... Nampaknya Super Lebat Cream ni sesuai untuk kulit kepala budak dan jugak orang dewasa. Aku continue jer sampai hari ni dan memang nampak perubahan rambut Mikhail makin lebat dan ada pertubuhan anak rambut yang baru... Aku suka ! Aku suka ! Apa yang penting, korang kena rajin sapu dan urut kat kepala anak setiap hari untuk dapatkan hasilnya. Jangan hangat-hangat tahi ayam jer usaha nak lebatkan rambut anak, memang tak nampak keberkesanan produk ni.

Bab bau pun wangi, kalau tidur malam aku yang selalu cium bau kepala Mikhail..hehee. Kalau waktu pagi pulak, memang akan puji la Mikhail wangi sebab pakai cream ni. Aku pun pakak jugak..hihiiii

Ramai yang tercari-cari produk untuk lebatkan rambut anak kan? Apa kata, korang pun cuba sapukan cream ni kat kepala anak, manalah tau ia sesuai jugak anak korang. Harga pun tak mahal dan picit sikit jer untuk sapu kat kepala anak. Testimoni aku berjaya, korang bila lagi.


Post a Comment

Ainul Mustafa said... 24/4/16 7:16 AM

menjadi ye? nak beli la untuk maryam. rambut takde. tak dapat nak buat tocang.hihi

Kak Mahh said... 24/4/16 8:52 AM

Ibu jual gambar Mikha tido, nok royak mikha.

Fieza Sani said... 24/4/16 12:46 PM

Saya baru nak try produk dherbs jugak tapi untuk masalah rambut beruban..huhu..muda2 dh ada uban..hehe..

Yana Libra said... 25/4/16 9:30 AM

berkesan ye..leh try ni

Nadia Johari said... 26/4/16 2:34 PM

wah bleh cuba ni..baru lepas botakkan fariza

 
Top