14
Sebenarnya, kat Putrajaya ada beberapa buah money changer. Salah satunya di Alamanda, kat tingkat atas. Aku tak survey harga sana sebab aku dah tau memang mahal...tu pengalaman dari kawan-kawan la yang pernah tukar duit kat situ. Bila dah tau harga mahal, tak yah la aku buang masa ke Alamanda. Risau jugak, risau takut tershopping tanpa sengaja kat Alamanda...hahahaa


Aku pergi ke Presint 15 yang mana money changer tu terletak berhadapan dengan Mydin. Harga, ermm.. Not bad la. Kalau yang last minute nak tukar duit, lebih baik tukar kat sini berbanding kat Alamanda. Aku survey jer.. Lagi pun, nak pergi holiday lambat lagi.

Last week, kebetulan aku ke Bangi teman suami ada urusan dan singgah Warta, Bangi. Ternampak money changer kat dalam tu. Singgah la sekejap survey lagi harga kat sana. Ermmm.. Lebih murah dari Presint 15. Kalau kat Kajang, memang berlambak la money changer. Aku tak pergi survey kat Kajang tapi kakak aku dah tukar duit kat salah satu money changer murah di Kajang, sebaris dengan KFC dan cari kedai paling hujung. Harga kat sana lagi murah kalau dibandingan dengan 3 lokasi yang aku dah survey sebelum ni. 


Masih ada masa lagi... Sempat lagi aku survey . Kebetulan nak ke IOI Mall...eh ! aku ni asyik kebetulan jer kan...hahaha.. ok la.. aku ke IOI Mall, Putrajaya. Ermm.. Memula aku duk fikir kalau dalam mall yang gah macam ni, sahih mahal kan. Tapi tak apa, sambil jalan sambil kita survey. Dalam IOI Mall ni ada 2 money changer yang bersebelahan. Aku pandang suami, suami pandang aku. Apa lagi, jom la kita tanya harga semasa.

Money changer pertama aku masuk ialah GMT, IOI Mall. Terkejut jugak bila dia bagitau rate yang aku dapat untuk jumlah Ringgit Ringgit Malaysia yang aku tukar. Kemudian aku masuk ke Visionary Creation, IOI Mall untuk bandingkan harga. Kadang-kala, kedai bersebelahan pun harga boleh beza dan ternyata harga kedua-dua money changer ni rate sama  dan yang menariknya lagi murah dari money changer Kajang. Wah ! tak percaya gak aku. Mungkin rezeki aku untuk hari tu dapat harga lebih murah kot. 


Suami tanya, macam mana? Nak tukar sekarang ke? Atau nak ke Kajang? Ermmm.. terus jer aku jawab...tukar kat sini jer la. Lepas tu kami suami isteri keliru nak tukar kat GMT atau Visionary Creation...hahaha.. Aku cakap kat suami yang aku lebih tertarik dengan GMT sebab warna signbord tu dari jauh lagi memukau mata aku..hahaha. Pilihan kami tukar duit kat money changer GMT. 

Misi mencari money changer murah berjaya ! Fuh.. Lega bab tukar menukar duit dah selesai bila dah jumpa money changer yang paling murah kawasan Putrajaya. Alaaa...bukan aku nak pergi holiday jauh pun...hahaa.. Ini pun dah rasa happy gila dapat gak merasa berjalan kat negara orang walaupun dalam negara sendiri tak sempat pusing..heehee.



Kalau korang nak cari money changer ini, senang jer sebab kedainya berhadapan dengan Big Apple, IOI Mall. Kalau aku ke sana, aku suka parking kat basement B1, masuk ikut pintu The Manhattan dan jalan sikit depan tu belok kanan. Terus jer jalan lebih kurang 10 buah kedai makan, korang akan jumpa Big Apple. Di mana ada Big Apple, disitu ada money changer murah berhadapannya. Sesiapa nak ke keluar negara boleh la datang sini untuk tukar duit. Selamat berholiday korang !




Post a Comment

Azlinda Azman said... 7/4/16 8:48 AM

lama tak tkr mata wang asing. Belum ada jodoh nak ke negara orang lagi ;)

Kakzakie Purvit said... 7/4/16 8:49 AM

Mikhail nak pergi mana tu dgn mama/papa?
Jenuh mencari money changer.

Kalau kat JB ni lebih kurang aje Dkna ratenya.

Sohoque said... 7/4/16 8:59 AM

Fuuuh tukar usd? Kaya! Bak mai sekeping dua

Liyliz Yusof said... 7/4/16 9:45 AM

woww nak p bercuti tu. liz xpernah lagi tkr duit sendiri hehe slu org buatkan

✿ Ina Ainaa ✿ said... 7/4/16 11:05 AM

Wahh! Nanti boleh tukar duit kat sini. Ena pun rancang nak pergi holiday nanti. Thanks kak sebab share pasal benda ni

hafza said... 7/4/16 12:25 PM

As Salam dik, entry adik mmg akak tertarik sebab tengah cari money changer yg murah skrg ni. Kalau tak keberatan, GBP berapa ye?

Farahain ZFA said... 7/4/16 2:03 PM

fuhh kalau jb merata money changer sbb dekat dgn singapore kan .

dorsett pink said... 7/4/16 2:23 PM

saya pun dah merasa tukar duit kat tempat2 yang u sebutkan. and pbetul, paling murah kat IOI. tapi kalau nak lagi murah, pergi Jalan TAR.. situ boleh dpt duit sangat2 murah , but kene ambik kire gak kos pengangkutan nak pi sana. hehe

Akif Imtiyaz said... 7/4/16 3:48 PM

Bagus entri dkna ni..pada sapa2 yang nak tukar tu blh laa buat pilihan macam dkna..pilih yang terbaik utk nilai wang kita..blh shopping best2 nanti...selamat jalan2 shopping2..

Kak Mahh said... 7/4/16 5:21 PM

Ampang Park kedai paling hujung tepi tangga dan jalan masjid india lokasi terbaik harga murah untuk tukar wang and a.

Hanim Hashim said... 7/4/16 6:07 PM

mode cuti-cuti luar negara ON!! hehehe :D

qaseh dalia said... 7/4/16 8:21 PM

Haritu tukar kat warta sebelum tertubuhnya ioi hahah

Ila said... 13/4/16 8:40 AM

Pergh.. ni nak kene g survey weekend ni. Thanks for the info!

TianChad Chen said... 18/6/16 7:32 PM

Sebenarnya yang kat Puchong dipanggil IOI Mall, yang kat Putrajaya dipanggil IOI City Mall =)

 
Top