7
Sambungan dari Pengalaman Pertaman Ke Ho Chi Minh City
Cuaca kat Vietnam ni pun panas tapi tak 'bahang' macam dekat Malaysia. Aku risau anak demam je, dalam beg dah siap sedia ubat dan air masak untuk anak. Keluar dari hotel, kami terus jalan kaki ke Ben Than Market. Sepanjang jalan, aku tengok kiri kanan semuanya kedai yang jual macam-macam benda. Sebab tu, Ben Than Market dikenali dengan syurga membeli-belah.

Perancangan kami berubah, sepatutnya hari terakhir disini baru shopping tapi disebabkan kisah dalam entry sebelum ni, aku tukar program. Hari ni kita shopping sakan ! Horey ! 


Menuju ke Ben Thanh, kami kena melintasi roundbord ni memang sangat-sanagt sibuk, sesak dengan motorsikal dan korang yang nak melintas jalan jangan risau sebab mereka lebih alert kepada pejalan kaki. Lampu hijau, terus jalan melintasi jalanraya yang besar kat sini walaupun dalam masa sama lampu sebelah sana pun hijau bagi kenderaan. Aku yang kali pertama melintas jalan ni memang cuak la, risau kena rempuh rupanya mereka akan sedaya upaya elak dari melanggar korang. Kalau kat Malaysia, aku rasa sah kena maki hamun...hahahaha.

Sepanjang kawasan Ben Thanh Market ni, memang tak jemu mata pandang kiri kanan dan tengok kedai mana menarik untuk singgah. Aku keluar dan masuk dari kedai ke satu kedai sepanjang kat sini. Sehingga jumpa kedai yang betul-betul menarik perhatian aku untuk aku shopping tudung yang dikirim oleh kawan-kawan.
Lebih kurang 4 jam aku duduk dalam kedai ni memilih barang kiriman. Fuh ! berpeluh ketiak hoiiii. Rupanya bukan senang nak beli barang yang dikirim...hahahaa. Mikhail pun macam tahu jer ibu sedang 'bekerja', puas main dan makan roti, dia tidur lena dan aku sambung urus niaga kat sini.

Kebanyakan kedai kat sini terima duit RM, jadi korang pandai-pandai la kira nilai mata wang semasa untuk lebih jimat. Kali ni, aku shopping dengan menggunakan duit VDN sebab bila aku tukar kepada nilai RM, dorang lagi untung. Buat pilihan sendiri, ko nak untung atau dorang yang lebih untung? heheeee.

Misi berjaya keluar dari 'rumah berhantu ni' selepas sesi jual beli. Barang-barang yang kami beli lebih kurang saiz 3 paperbag IKEA. Tak perlu risau nak angkat macam mana sebab pemilik kedai ni akan hantar barang tadi naik motor terus ke hotel penginapan kami, salah sorang dari kami jadi pembonceng sebab letak dalam bilik hotel, terjamin selamat. Hilang barang belian ni boleh menangis 4 malam kot.. banyak tau ! hehee..

Ok.. Misi seterusnya mencari pakej untuk ke Delta Mekong sambil jalan-jalan cari kedai makanan halal kat sini.
Jalan punya jalan, jumpa satu tempat yang menawarkan pakej 1 hari ke Delta Mekong. Aku request untuk makanan halal untuk lawatan ke sana dan harga yang dikena lebih mahal berbanding pakej biasa. Bagi seorang dewasa, 330,000 VDN manakala kanak-kanak yang bawah 2 tahun tidak dikenakan bayaran. Tapi kat Vietnam Memory ni, dorang bagi kelonggaran dan pilihan untuk anak saudara aku usia 6 tahun tak dikenakan bayaran dengan syarat, kena pangku dia dalam bas dan sampan ketika di Delta Mekong dan makanan tak disediakan untuk dia. Lebih jimat kan? Ala.. budak, pangku sekejap je pun dan makanan pun bukan makan banyak..jadi kami pilih untuk kongsi jer.

Resit ni bagi pakej 5 orang dewasa ke Delta Mekong. Bas akan ambil kami di hotel penginapan jam 8 pagi. Orang Vietnam ni memang tetapi masa, kalau dia cakap pukul 8 maknanya aku kena tunggu kat lobi sebelum pukul 8 pagi esok. Selesai misi kali ni. 

Misi seterusnya mencari kedai makan, semua dah mula lapar dan jam pun dah hampir pukul 6.30 petang. Ermm.. kedai mana kami makan? Next entry aku share kedai makanan halal kat sini, skip untuk kisah ni. 

Sambung kisah berjalan-jalan di Ben Thanh Night Market entry akan datang yea. Panjang sangat dah aku membebel, nanti bosan pulak korang...eheheee.. Jumpa lagi. 


Post a Comment

Mohd Azfar said... 27/4/16 9:21 AM

knp tak tajuk "kedai murah di Ben Thanh market" , tempat shoping ben thanh market.., ataupun masuk keyword2 tu.. =)

so kesimpulannya mana ole2 ? =)

Yanty Lee said... 27/4/16 2:03 PM

cian lil bro dah lentok tido tunggu borong tudung ye, info leh guna pakai klu terpergi sana

Cik Puan Eka said... 27/4/16 3:00 PM

Best gila shopping kat sana ye dkna. smpai tertido pakwe tu hehehe

Kakzakie Purvit said... 27/4/16 4:37 PM

Yelah kalau dah sampai sini mana boleh nak tunggu lagi Dkna
Mata dah nampak semua yg menggoda tak payah tunggu last day
Ben Thanh Market ni siapa tak tahu kan:)

Lisa Nurulain said... 27/4/16 5:00 PM

shooping sakan deknaa

Kak Mahh said... 27/4/16 8:30 PM

Tq . ..ole2 Vietnam.

Akif Imtiyaz said... 11/5/16 8:05 AM

Mak mak shopping kemain eaa..anak2 tdo hehehe..seronok ler tu dpt g lagi..bila plok nak g sana lagi dkna

 
Top