12
Hari Khamis minggu lepas, suami aku dapat perkhabaran dari kampung yang mak sakit dan ada kat hospital untuk pembedahan. Mak pulak pesan, tak bagi kami balik sebab dia tak ada apa-apa, doktor pun belum bagi keputasan mengenai penyakitnya. Tapi kami kat sini masih menanti keputusan terakhir dari doktor mengenai status penyakit mak. Jumaat, waktu lunch hour aku bertanyakan khabar mak melalui suami. Bila call, talian tak lepas. Aku syak bangunan hospital yang tertutup punca line telefon kat sana on off. Keadaan mak kat hospital macam mana? Katanya pakai oksigen...ermmm..

Hati anak mana yang tenang bila dapat tahu mak masuk hospital kan. Kalau sekadar tanya perkhabaran melalui telefon pun belum cukup nak tenangkan hati anak. Dari riak wajah suami, aku dah tau dia risau sangat dengan keadaan mak. Dia anak mak? Haaa.. mungkin kot. Tapi bila aku tengok Mikhail, aku cuba bayangkan kalau satu hari nanti aku sakit, apakah tindakan yang Mikhail akan lakukan? Risau seperti yang suami aku lalui sekarang? 




Akhirnya kami buat keputusan balik kampung hari tu jugak lepas adik maklum doktor masih buat rawatan kat mak dan belum pasti penyakitnya. Biar rasa resah gundah gulana anak ni terubat bila dapat tengok mak depan mata. Sekurangnya, dapat tengok mak sekejap pun dah ok, dah berbaloi walaupun perjalanan jauh pun tak terasa. 

Aku bertolak dari Putrajaya lebih kurang pukul 12 tengah malam, lepas suami habis duty Jumaat. Aku dah memang mengantuk sangat-sangat sambil pangku anak, terlena jugak mata ni. Entah lokasi mana aku sedar suami dah tak tahan mengantuk, kami berhenti untuk tidur sekejap. Lebih kurang pukul 4.30 pagi aku kejut suami untuk teruskan perjalanan ke Kedah. Sampai Alor Setar pukul 6.30 pagi hari Sabtu. 

Sempat la ulang alik ke hospital untuk ziarah mak walaupun waktu yang singkat. 

Semalam aku bertolak selepas ziarah mak dan sampai Putrajaya lebih kurang pukul 3.30 pagi. Tidur sekejap je untuk hilangkan penat. Pagi ni dah seawal pagi bersiap ke pejabat. Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan kami sekeluarga. Doa aku, semoga Allah sembuhkan kesakitan mak seperti sedia kala. InshaAllah.



KELEBIHAN MENZIARAHI ORANG SAKIT 

Terdapat banyak kelebihan menziari orang yang sedang sakit sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadith-hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam antaranya:
1.       Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit dia memperolehi kelebihan seperti mengutip buahan yang berada di dalam syurga. Ini berdasarkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam:
إِنَّ الْمُسْلِمَ إِذَا عَادَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ لَمْ يَزَلْ فِي خُرْفَةِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَرْجِعَ
Maksudnya: “Sesungguhnya seorang muslim apabila dia menziarahi saudara muslimnya (yang sakit), sentiasalah dia berada dalam keadaan sedang mengutip buahan di dalam kebun syurga sehinggalah dia pulang.”[5]
2.       Malaikat berselawat ke atas orang yang menziarahi saudara semuslimnya yang sedang sakit. Perkara ini berdasarkan hadith Nabi sallallah ‘alaih wa sallam yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada ‘Ali radhiyallah ‘anhu:
مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَعُودُ مُسْلِمًا غُدْوَةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُمْسِيَ، وَإِنْ عَادَهُ عَشِيَّةً إلا صَلَّى عَلَيْهِ سَبْعُونَ أَلْفَ مَلَكٍ حَتَّى يُصْبِحَ، وَكَانَ لَهُ خَرِيفٌ فِي الْجَنَّةِ
Maksudnya: “Tiada seorang muslim yang menziarahi seorang muslim lain (yang sedang sakit) pada waktu pagi, melainkan 70 ribu malaikat berselawat ke atasnya sehingga ke petang, jika dia menziarahi saudaranya itu pada waktu petang, 70 ribu malaikat akan berselawat ke atasnya sehingga ke subuh, dan untuk dia sebuah kebun di dalam syurga.”[6]

3.      Memperolehi rahmat daripada Allah S.W.T. berdasarkan hadith:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا لَمْ يَزَلْ يَخُوضُ فِي الرَّحْمَةِ حَتَّى يَجْلِسَ , فَإِذَا جَلَسَ اغْتَمَسَ فِيهَا
Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi saudaranya yang sedang sakit, dia sentiasa sedang menuju ke dalam rahmat (Allah) sehinggalah dia duduk, apabila dia duduk, dia berada di dalam rahmat tersebut.”[7]
4. Malaikat mendoakan kebaikan untuknya berdasarkan hadith:
مَنْ عَادَ مَرِيضًا أَوْ زَارَ أَخًا لَهُ فِي اللَّهِ نَادَاهُ مُنَادٍ : أَنْ طِبْتَ وَطَابَ مَمْشَاكَ وَتَبَوَّأْتَ مِنْ الْجَنَّةِ مَنْزِلاً
Maksudnya: “Sesiapa yang menziarahi orang yang sedang sakit atau saudara semuslimnya kerana mengharapkan balasan daripada Allah, ada malaikat yang akan menyeru: “semoga kamu memperoleh dan berada dalam kebaikan di dunia dan akhirat, dan kamu telah menempah satu tempat di dalam syurga.”[8]
Ini semua berupa sebahagian galakan daripada Nabi sallallah ‘alaih wa sallam kepada umat baginda agar kita teruja untuk menghidupkan sunnah menziarahi saudara semuslim kita yang sedang sakit. Sunnah ini bukanlah terhad dalam menziarahi orang sakit yang kita kenali sahaja, bahkan yang disyariatkan juga ialah kita menziarahi orang yang kita kenal mahupun tidak.

Post a Comment

yaya cendana said... 4/4/16 2:50 PM

moga cepat sembuh ye...

At-Tarmizi said... 4/4/16 2:58 PM

semoga cepat sembuh...insya-Allah...amin.

PeRdU cINta said... 4/4/16 3:15 PM

Moga cepat sembuh...betul..selagi tak nampak depan mata...selagi itulah risau...

Lisa Nurulain said... 4/4/16 4:36 PM

semoga cepat sembuh.

gulew kapas said... 4/4/16 5:45 PM

semoga emak cepat sembuh ^_^

Inani Hazwani said... 4/4/16 10:01 PM

Semoga diberikan kesembuhan buat emaknya :)

Sheila Adziz said... 4/4/16 11:04 PM

Semoga Allah Ya Zohir Ya Nur Ya Haadi Ya Haq menampakkan penyakit mak sis... Ya Fatah Ya Salam..... semoga cepat sembuh

jida said... 5/4/16 5:45 AM

Semoga cepat sembuh..

Kakzakie Purvit said... 5/4/16 11:03 AM

Kakak dpt rasa apa yg Dkna dan suami rasakan
Tak puas hati kalau sekadar mendapat berita lalu talian
Kalau dah menatap yg sakit apa lagi mak puas terasa walau sedih itu pasti

Semoga mak segera sembuh dan diberi kekuatan buatnya.

careno said... 5/4/16 11:15 AM

moga cpt sembuh... mmg x tenang kalau tahu mak tak sihat... huhuhu

Ahmad Hasif said... 5/4/16 12:58 PM

Semoga mak cepat sembuh ya.. Masih belum tahu ke penyakit Ape?

Akif Imtiyaz said... 7/4/16 3:50 PM

Alhamdulillah dkna dan jai dipermudahkan segala urusan...semoga mak di panjangkan usia dan diberi kesihatan yg baik..insyaallah

 
Top