22
Ramai yang tercari-cari kat mana jual Maggi Ramen ni lepas tengok video awek yang cun melecun kat youtube baru-baru ni. Bila aku tengok video tu, tiba-tiba teringin nak jugak makan Maggi Ramen . Masa aku pergi Vietnam last week, trip kedua aku kesana...hehee. Maggi Ramen ni ada jual dalam pesawat. Waktu tu, ajak suami cuba tapi risau takut loya atau tak boleh telan. Maklumla, tak pernah cuba.
Maggi Ramen
Bila balik sini, suami aku cakap kat Alamanda ada jual Maggi Ramen. Apa lagi, untuk memenuhi keinginan isteri, suami aku terus je beli. Dalam 1 bungkus tu ada 5 pack dengan harga RM 24.90. Fuh ! Boleh tahan jugak mahal Maggi Ramen ni kan...hahaaa


Maggi Ramen
Cara nak masak pun senang je, rebus Maggi Ramen ni lebih kurang 5 minit dan toskan. Simpan air rebusan tu 3-5 sudu untuk digaul bersama-sama dengan perencah Maggi Ramen. Gaul sebati, dan siap untuk dimakan. 

Tekstur maggi ni lebih besar berbanding dengan maggi yang ada di Malaysia. Rasanya kenyal-kenyal, sedap. Pedas...ermmm.. kalau bab pedas tu aku tak nafikan. Aku kurang makan pedas, jadi bila aku makan Maggi Ramen ni aku rasa macam terbakar dalam perut..hahaaa.

video
Sempat suami aku rakam waktu pertama kali makan Maggi Ramen. Suapan pertama, memang tak rasa pedas, bila suapan kedua dah mula rasa sikit-sikit pedasnya. Suapan ketiga, mata dan hidung aku dah mula meleleh..hahaaa. Lepas tu dah mula berpeluh-peluh. Aku tarik diri dari habiskan Maggi Ramen ni. Tak tahan pedas, bibir pun dah mula rasa tebal, telinga pun dah mula panas, perut pun tak kurang rasa menggelegak..hahahaaa. 

Tapi aku tengok suami aku makan, macam tak rasa apa-apa. Relax jer nie makan, aku yang ke hulu dan ke hilir menahan rasa pedas. Sekarang ni dah macam ketagih pulak, asyik nak makan Maggi Ramen jer. semalam, dah masuk kali-3 aku makan, tapi masih tak mampu nak habiskan 1 bungkus Maggi Ramen sebab pedas, suami aku jer la yang jadi mangsa habiskan makanan aku..hahaaaaa

Tapi tak boleh nak amalkan selalu, tak elok untuk kesihatan, nanti tak pepasal dapat penyakit buasir macam +Nazlee Ismail PCL cakap..hihiii. 

Aku tengok kat facebook pun ada yang mencari rezeki dengan menjual Maggi Ramen secara dalam talian. 1 Bungkus RM 7 dengan caj kos penghantaran. Errmm.. laris betul maggi ni yea, kat alamanda pun dah habis stok ni. Harap next week ada lagi stok baru masuk kat Alamanda sebab ipar aku yang sarat mengandung tu mengidam, nak pos ke kampung. Atau korang tau, kat Kedah kedai mana ada jual Maggi Ramen?


Post a Comment

Fieza Sani said... 18/5/16 9:01 AM

Haritu dah try gak maggie ramen ni..pedas..tak boleh tahan..

Kakzakie Purvit said... 18/5/16 9:57 AM

Uhh.. Dkna ni slrupp makan buat kakak teringin tau:)

PCL said... 18/5/16 10:40 AM

Malam tadi makan lagi.. tapi betul la kata Dkna ketagih nak makan walau pedas berapi. Serius korang kena cuba.. takkan nak tengok je kot... lets challenge!

Raihanah Ahmad said... 18/5/16 10:42 AM

nampak sedap pulak, nanti nak beli. ada ke versi tak pedas?

careno said... 18/5/16 1:02 PM

Aku bli kat giant... Try cr kat giant kedah kot ada... X sbr nak try tp tggu ulser baik dulu...

Azlan Strider said... 18/5/16 1:31 PM

wahhh...saya baru tahu ke ramen nie popular sampai ada orang yg jual secara online??sebelum nie kalau jalan kat shopping complex ada jugak perasan kedai jual ramen nie tapi tatau laa plak makanan dia macam maggie..hehehe

Regards,
-Strider-

Azlinda Azman said... 18/5/16 5:13 PM

kebelakangan ni kerap tersedak pedas..so...takut nak cuba ;)

Nooriah Abdullah said... 18/5/16 6:00 PM

mmg sedap ramen ni anak2 akak mmg fav
termasuk mama nya jugak haha
lagi pedas lagi besttt

nuyui a.k.a miss YUI said... 19/5/16 8:48 AM

yui pun tak try lg..huhuuh

Cik Puan Eka said... 19/5/16 9:12 AM

sedap kan ehehe. Ika buh sparuh je perencah tu sbb takut pedas.

idzwa kamaruddin said... 19/5/16 9:16 AM

aaa ramai dah try nie !

Emarieys said... 19/5/16 12:08 PM

pedas sangat ke...tak jadi nak cuba...takut makan jadi nanges.

♥ aiNa yaZiD ♥ said... 19/5/16 1:10 PM

tak cuba lagi... tak berapa tahan pedas sgt!

Akif Imtiyaz said... 24/5/16 8:01 AM

Tengok pada rupabentuk tuu macam sedapp ..kita suka pedassss blh cuba jugak ni..nak cuba makan tgk berwnri tengah jalan ke teruskan suapan..hahaha..

Ieyda Hashim said... 9/6/16 4:46 PM

saya ada stock, boleh whatsapp saya 0165207702

Siqah Hussin said... 25/6/16 2:31 AM

Teringin nak cuba makan walaupun tak makan pedas sangat..

myra amey said... 24/7/16 6:37 PM

Murahnya akak beli. Syaa beli 5 paket rm38

Anonymous said... 25/7/16 11:37 PM

Saya nk pesan satu... Tp harga maggie
Niee berapa????

Anonymous said... 28/7/16 8:57 PM

Dik, kat speedmart ade je. 3 bungkus rm 9.90 je

Ejal said... 31/7/16 2:13 AM

Mana nak beli kat area johor bahru ni,puas cari.Siapa yg ada jual whatsapp sy 0127351568 ejal.

Miss N.A.M said... 9/8/16 10:44 PM

Saya ada jual mee ramen samyang area alor star - jitra, kedah

Wassap saya 0125787599 utk COD ye

Muhd Mahdi said... 6/12/16 7:35 PM

Maggi ramen Korea ni Ade jual dekat speed mart
Harga 1 packet 5 bungkus RM 19.90 kalau beli online
Mahal DLM 30 lebih xcaye cube cari ,sy dh cube tahap
Kepedasan dia DLM 10 sy bagi 6/10 tpy bagi sy xpedas
Mane pon SBB biase mkn pedas huhu...

 
Top