11
Sambungan dari Ben Thanh Market Syurga Membeli Belah Bagi Wanita
Kisah Sebelum Pengalaman Pertama Ke Ho Chi Minh City
Seawal jam 7 pagi, kami dah siap untuk tunggu bas untuk ke Delta Mekong. Jangan lewat oke, sebab aku dah dimaklumkan bahawa orang Vietnam ni tepati masa. Risau jugak kan, takut terlewat nanti kena tinggal, padan muka kami. Lepas siap semua, kami tunggu kat lobi hotel sambil sembang dengan staff sini. Cantik dan peramah pulak tu. Jam aku baru pukul 7.45 pagi, aku nampak orang lelaki datang menuju ke kobi hotel, rupanya tu tour guide kami. Cepat-cepat menuju ke bas yang sedang tunggu kami di jalan besar sebelah hotel. Kami orang pertama naik bas sementara dorang pusing hotel yang berhampiran untuk pick up pelancong lain. Ada beberapa orang pelancong dari Malaysia, pelajar dari UKM kalau tak silap aku datang ke sini untuk buat research.  


Perjalanan dari hotel kami ke Delta Mekong mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dalam bas, kami diberikan penerangan mengenai keunikan dan tempat menarik di Ho Chi Minh. Bila tour guide bagi penerangan dalam bahasa Vietnam, aku dah mula rasa mengantuk. Mikhail pun dah tidur, jadi sama-sama tidur dalam bas..hahahaa.. Lebih kurang 1 jam perjalan, kami singgah ke lokasi pertama untuk ke toilet dan ambil gambar. Masa yang diperuntukan hanya 15 minit sahaja. Ingat ! Jangan lupa ambil nombor plate bas dan jangan lambat okeh.

Disebabkan tempat ni cantik dan nyaman jer, aku terleka dah lebih 15 minit kat sini. Bas dah bunyikan hon... risau kena tinggal je kan, berlari la kami anak beranak..hahaaa. Malu bila naik bas, semua orang pandang... Maafkan kami... Maafkan kami !

Perjalanan diteruskan ke Delta Mekong dan sampai je kat Jeti Delta Mekong tu, tour guide panggil 'halal food' beberapa kali. Rupanya panggilan tu untuk kami sekeluarga sebab dia nak bagi makanan halal yang telah disediakan di jeti. Dalam plastik ni ada 5 bungkus makanan yang masih panas. Dah dapat makanan, kami tunggu giliran nak naik bot untuk pejalanan seterusnya.



Ok, layan jer gambar sepanjang aku kat Delta Mekong. 
Tempat buat gula-gula kelapa
Naik kuda untuk ke lokasi seterusnya
Makanan Halal
Lepas makan, rehat kat sini sebelum naik bot kecil.

Hiburan dari penduduk Delta Mekong
Buahan Tempatan

Pencuci Mulut

Sampan kecil
Tea Madu
Aku sempat beli tea madu original kat sini. Harga lebih kurang RM 20, 1 botol air mineral yang kecil tu. Dah penat sangat-sangat hari tu, balik semua ke jeti dengan hati senang dan puas hati. Seharian di Delta Mekong, memang banyak pengalaman yang aku sendiri tak sempat nak share kat blog..hehee. Nanti aku update slow-slow yea, supaya ia menjadi panduan untuk korang yang nak datang melancong kat sini.


Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 13/5/16 10:31 AM

Nasib baik dengar bunyi hon kalau tak terus terleka anak-beranak kat situ ye Dkna. Kakak tengok background yg Mikhail posing tu memang mendamaikan.

Inani Hazwani said... 13/5/16 11:27 AM

Seronoknya jalan jalan Ho Chi Minh :)

yanie yusuf said... 13/5/16 11:35 AM

wahh rindu nak pergi lagi lah Vietnam.. memang best tambahan bab shopping tudung atau baju..suka...

Azlan Strider said... 13/5/16 11:37 AM

hari tu time pergi vietnam ada gak nak plan pergi sini, tapi disebabkan kesuntukan masa (akibat shopping terlebih) dan jarak perjalanan yang jauh so terpaksa la cancel jalan2 kat sini..

Regards,
-Strider-

Husna Rahman said... 13/5/16 12:06 PM

bestnya jenjalan sefamily...

Montana said... 13/5/16 9:54 PM

Syoknyaa jalan2
Harap2 bleh pi sana nanti
In shaa allah

makchaq said... 13/5/16 10:21 PM

Cantiknya gambar Mikhail kat r&r tu... nampak cooling sangat.. kalau makchaq pun mesti terpukau tengok tempat tu.
Nampak nasik campur tu macam makanan kat sini pulak..

Dulu makchaq x komen kat blog dkna sebab susah nak kome..

Nooriah Abdullah said... 14/5/16 2:12 AM

kaknoor belum sampai ke delta mekong ni
macam best kan
insya allah suatu hari ada rezeki boleh lah

Afif Rayyan said... 15/5/16 6:19 PM

Kemain sakan berjalan bawak budak kecik eh.. suka la si kecik tu

Akif Imtiyaz said... 16/5/16 1:27 PM

Wah seronoknya jalan2 Vietnam..

aRz MoHa said... 17/5/16 7:34 PM

Bila agaknya nak sampai ke delta mekong.

Tak sangka orang sana tepati masa. Tapi orang Malaysia pun ada juga kan hehe

 
Top