7
Aku perasan dah 2 hari keadaan jalan kat sini, waktu pagi lebih banyak kenderaan berbanding minggu sebelum ni. Biasanya, kalau cuti sekolah, jalan lengang jer... Lepas tu baru teringat, dah masuk bulan Jun dan minggu depan mula berpuasa. Patutla kereta pun makin banyak. Balik kerja pun sama, bagi waktu peringkat (WP) dah banyak kenderaan.

Macam biasala, bulan Ramadhan memang ramai kakitangan kerajaan akan tukar WP masing-masing. Semua nak balik awal, nak singgah bazar Ramadhan, nak balik masak dan tak kurang jugak yang nak elak jammed. Eh! Boleh elak ke jammmed kalau semua berpusu keluar waktu sama? Hahahaaa...

Petang semalam, aku dapat mesej berangkai kat whatsapp tentang WP bagi penjawat awam sepanjang bulan puasa. Mesej tu pun aku dapat bagi 2 gambar jer tanpa detail penuh mengenai surat pekeliling yang dinyatakan. Nak terus percaya? tak la kan... aku terus jer buka website JPA untuk kesahihan.





Aku baca SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2016 penuh teliti, mana la tau itu hanya surat penafian je kan...hahaha. 

Dah faham kesemuanya dan sahih, memang betul bahawa kakitangan awam boleh balik awal pada bulan puasa ni dengan isi borang BORANG PEMILIHAN WAKTU PERINGKAT (WP) BAGI BULAN RAMADAN

Bukan main seronok wey dapat balik awal setengah jam dengan syarat waktu rehat dipendekkan setengah jam. Bagi aku, ok jer la rehat tak lama. Bukan boleh pergi makan tengahari pun kan. Sekurangnya dapat balik awal dan prepare apa-apa yang patut untuk buat juadah berbuka kat rumah. Tak tergesa-gesa dan bagi yang perjalanan jauh, kemungkinan sempat la sampai rumah masing-masing sebelum waktu berbuka. Kesian jugak kalau setiap hari berbuka dalam kereta kan.

Ok, nak baca lebih detail mengenai pertukaran waktu peringkat dan download borang pertukaran waktu peringkat boleh klik SINI.


Post a Comment

Akif Imtiyaz said... 3/6/16 8:10 AM

Ok la tu blh boleh awal..Lagi best boleh masak lauk best2 utk berbuka..blh buat kuih muih utk bukak poser..Blh laa luang lbh masa ngan suami dan anak..ya dok dkna..

Inani Hazwani said... 3/6/16 10:28 AM

Balik awal boleh memasak, pergi bazaar. Hehe :)

mOoN IzzaN said... 3/6/16 10:49 AM

Yes!! harap ada kekuatan untuk masak tahun ni.. haha

Nieyl said... 3/6/16 11:53 AM

Akhirnya..dapat juga kelulusan tu...
Tapi awal pun..jalan jem jugak..semua nak balik awal..

Kakzakie Purvit said... 3/6/16 1:13 PM

Tapi kan Dkna kakak rasa kalau semua balik waktu yg sama at the end, jalan jem dek kerana bazaar merata tempat. Sampai rumah lebih lewat dari biasa.

Kena cari jln yg tak lalu bazar baru selamat.

Yana MIB said... 3/6/16 3:47 PM

kl lak jln lengang musim cuti sekolah ni...hehe tp opis daku tiap thn bila bln puasa mmg boleh blk awal sejam! sbb tolak lunch hour kul 1-2 tu...so blk 4.30 jugak...yeyy! x sabar nk beli kuih kt bazar...hahaha

♥♥azatiesayang ♥♥ said... 5/6/16 8:41 PM

Salam ziarah & kenal....best lar dpt blk awal..blh prepare utk berbuka puasa.
Tp ya lah..tang JAM yg tak lalunya klu masing2 blk awal.

Jomm join GA akak..
http://azatiesayang.blogspot.my/2016/06/giveawayperencah-ikan-bakar-by.html

 
Top