11
Semalam aku dapat jemputan berbuka puasa di 9Kedondong, Ampang. Macam biasa, waze amat membantu aku kemana saja aku nak pergi. Aku bertolak dari rumah lebih kurang pukul 6 petang. Risau jugak takut tak sempat sampai lokasi sebelum berbuka..heheee.

Nasib aku baik, arah ke Ampang melalui MRR2 tak sesak. Fuh ! Lega... Pukul 7 tepat aku sampai dikawasan rumah banglo besar. Ermm.. Betul ke kawasan ni? Aku dan suami terpinga-pinga takut tersalah lokasi. Maklumla, kami tak pernah lagi pergi buffet ramadhan kat rumah banglo..hahaaa. 
Lepas tu aku tengok orang berpusu-pusu masuk.. Ermmm.. betul dah ni, memang tak salah. Aku bagitau suami. Ini lah lokasi untuk kami berbuka puasa. Rumah? Yeaaa.. Rumah banglo besar tapi menyediakan buffet ramadhan. Menarik kan? Suami aku tanya "kita datang kenduri kahwin sape ni" hahhaaaaa.. 
Aku terus menuju ke tempat makan. Ruang makan kat sini memang selesa dengan susunan station makanan senang untuk ambil juadah berbuka. Aku tak rasa pun datang buffet ramadhan kali ni sebab lebih santai macam datang majlis kenduri kahwin seperti suami aku cakap waktu memula jejak kaki ke dalam kawasan rumah ni, cuma tak ada pengantin jer hahaaaa..
Ok, kalau nak cerita bab makanan memang banyak pilihan lauk. Ada nasik putih dan beberapa jenis hidangan lauk-pauk. Aku makan siput sedut, kerabu mangga, daging dan ayam tu lupa masak apa...hahaa... Maklumla, perut tengah lapar dan tak sabar nak berbuka. tak sempat nak hafal pulak nama lauknya. Terus letak dalam pinggan..heheee ..



Kebanyakan juadah yang disediakan kat sini ala kampung. walaupun waktu tu berada dalam suasa berbuka puasa. Bagi orang Kelantan mesti suka kalau datang sini sebab ada station nasi kerabu. Station untuk dessert pun banyak, ada ABC, rojak buah, bubur, mee sup, cucur udang dan goreng pisang pun ada. Haaaa..mana nak jumpa lagi dessert macam ni kalau tak datang 9Kedondong.

Kambing golek? Mesti la ada... Wajib ada disetiap buffet ramadhan dan korang wajib akan repeat untuk beratur ambil kambing golek kat sini. Kambingnya memang sedap dan dicicah pulak dengan sos kena dengan selera tekak aku. Sedap ! Aku bagi 4.5/5 bintang untuk kambing kat sini. 
Lagi beberapa gambar, kitorang tengah makan kat sana. Lepas solat maghrib semua sambung makan lagi sampai pukul 9 malam baru masing-masing angkat punggung balik rumah. Macam buat rumah sendiri jer kan sebab ulang ambil makanan sambil sembang. Aku sempat repeat ABC.


Aku cadangkan korang datang sini kalau nak rasa kelainan berbuka puasa dari buffet ramadhan yang lain sebab di 9Kedondong bertemakan "Dine at Home". Tempat ini juga sesuai untuk korang yang nak buat gathering bersama kawan-kawan.

Jangan risau, kat sini juga menyediakan kemudahan untuk solat terawih berjemaah bersama ustaz jemputan.

Operasi di 9Kedondong bermula dari 10 Jun 2016 (Jumaat).

Alamat :
9, Jalan Kedondong,
Off Jalan Ampang
55000, Kuala Lumpur

Facebook9Kedondong
Instagram@9Kedondong

Untuk tempahan, boleh hubungi nombor berikut:
Haziq : 017-2250705
Aizat : 016-8868311

HARGA BUFFET RAMADHAN
RM 55 / dewasa
RM 28 / kanak kanak


Post a Comment

yaya cendana said... 10/6/16 8:43 AM

huuyooo akakk...makan mewah...syok wooo

Hanim Hashim said... 10/6/16 9:23 AM

dekat je ngan umah ni ...boleh try nanti. Harga pun ok :)

PCL said... 10/6/16 9:25 AM

9kedondobg ni kiranya restoran la kan bukan rumah kenduri orang kaya.. Takut plak nak singgah x tentu pasal, harus ada jemputan baru berani masuk.. takut jugak poket rabak..haha.

Faizal Fredley said... 10/6/16 10:04 AM

wahh best..rugi x pegi sekali...

Inani Hazwani said... 10/6/16 10:45 AM

Wahhh lain daripada yang lain konsep berbuka puasa dekat sini. Boleh lah feefeeling macam berbuka dekat rumah sendiri :)

Mrs. A said... 10/6/16 11:40 AM

Nampak cozy je... harga pun ok.

Dah kenapa 9, tengok address baru faham.

Lisa Nurulain said... 10/6/16 12:51 PM

siput sedut ni pebreettt ni. huwaaa teringin lak.. tmpat best dengan makanan melayu..arghhh kenapalah sini tkdak

Akif Imtiyaz said... 10/6/16 2:17 PM

Wow banglo gtuuu..pemandangan yg sangat indah...Makanan pon nampak sedap dan menyelerakan..

Izzati Suhaide said... 10/6/16 3:05 PM

wuuuu..macam makan kenduri kawen haa..menu pun best...

Liyliz Yusof said... 10/6/16 3:38 PM

nama dia unik la kendondong tu

razzwey razz said... 11/6/16 12:00 AM

Aku pun rasa macam datang kenduri gak, hahahahahaaa..

 
Top