17
Alhamdulilah.. hari ni dah 15 Ramadhan, apa khabar semua? Macam mana dengan puasa tahun ni. Aku harap korang semua berada dalam lindungan-Nya sepanjang bulan mulia ni. Macam mana pulak dengan persiapan raya, dah beli baju raya, kasut raya, beg raya? Haiissshhhh.. orang perempuan ni kalau nak bercerita tentang raya, memang tak habis la seharian kan. Macam-macam nak dibeli dan disediakan untuk keluarga tapi jangan lupa untuk diri sendiri pun kena jaga yea.

Pagi raya, bukan sekadar cantik dari pakaian jer. Kulit muka pun mestilah cantik jugak. Jarang-jarang sekali balik kampung, mestilah nak cantik depan keluarga kan. Bila tengok kat cermin nampak baju dah cukup cantik lip lap lip lap gitu tapi muka penuh dengan jerawat, jeragat, kulit kering, kulit kusam. Alahai... spoil mood la nak beraya, nak jumpa saudara-mara. 

Ok, sementara masih berbaki lagi 15 hari sebelum raya, korang sempat dan boleh cantik dalam tempoh seminggu (7 hari) dengan set penjagaan kulit wajah dari Ephyra. Sebelum ni, aku dah kongsi dengan korang Kempen Sayangi Kulit Wajah Anda Dengan Ephyra dan hari ni aku nak kongsi dengan lebih lanjut mengenai produk ini.

KENAPA WAJIB PILIH EPHYRA SKINCARE SERIES
Ingat lagi tak kisah aku beberapa tahun lepas yang mengamalkan minuman kolagen Ephyra dan dengan keberkesanan dan kepercayaan aku pada produk ni sehingga la aku jadi salah seorang dari dealernya dan aku kongsi kat SINI. Berbaloi dengan keyakinan aku bahawa Ephyra ni produk yang terbaik dan kini telah mengeluarkan Ephyra Skincare Series.

EPHYRA SKIN CARE SERIES TU APA?

Set penjagaan kulit wajah Ephyra ni terdiri daripada gabungan beberapa produk yang telah dikeluarkan oleh pihak Oceanlife. Antara produk ni ialah; 
  • Ephyra Skin Bar (sabun cucian muka)
  • Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum (Serum dengan Nano Teknologi)
  • Ephyra Skin Snow Advanced White Repair (Pelembap wajah dengan Geno White Teknologi)
EPHYRA SKIN BAR

Aku dah guna Ephyra Skin Bar sebagai pencuci muka lebih kurang setahun yang lalu. Teringat lagi waktu aku bercuti dengan keluarga di Langkawi pada awal Januari lalu, muka aku jadi teruk sebab sunburn. Tak sempat lagi kulit aku nak kembali normal, aku sekeluarga pergi holiday pulak ke Legoland. Cuaca yang panas, berjimba pulak kat themepark dan waterpark, aku rasa macam dah boleh siat-siat kulit muka ni...hahahaa.

Sedih tengok kulit muka jadi macam ni, ada yang cadangkan aku tukar produk lain kononnya Ephyra Skin Bar ni dah tak sesuai dengan aku. Kononnya la kan....hahaaa.. tapi aku masih setia juga pakai Ephyra Skin Bar ni sebab aku tau sabun cucian muka ini diformulasi 100% dengan bahan semulajadi dan tanpa sebarang bahan kimia terlarang. Dengan gabungan khasiat Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen, Ephyra Skin Bar adalah antara “TOP PRODUCT” untuk jenama Ephyra.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN BAR
  • Merawat kulit berjerawat
  • Menghilangkan parut jerawat dan jeragat
  • Menanggalkan kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Mencerahkan wajah secara semulajadi
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam

Suami aku setiap hari tengok kulit muka aku waktu kena sunburn tu. Dia pun kesian jugak tengok muka bini dah kurang lawa..bukan tak lawa okeh...hehehee.. kurang lawa sikit jer dari sebelum ni. Bergantung semata-mata dengan Ephyra Skin Bar, perlahan-lahan kulit muka aku yang kering dan kusam tu kembali normal dan dalam masa sama aku tetap amalkan kolagen Ephyra supaya tindakbalas keatas kulit lebih cepat. 

EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM (dengan Nano Technology)

Sekali lagi muka aku jadi kering selepas aku balik dari bercuti dengan keluarga di Vietnam. Fuh ! dengan keadaan cuaca yang panas terik ni dan buat aktiviti luar sepanjang berada di Vietnam, memang cepat sangat kulit muka rosak, lagi bertambah teruk bila kulit muka aku jadi sensitif selepas kena sunburn tempoh hari. Kebetulan pula, waktu tu Ephyra telah lancarkan produk baru mereka iaitu Ephyra Skin Nano Advanced Repair Serum. Seronok la wey ... aku boleh cuba dan buat testimoni kat muka dalam keadaan kulit aku yang kering ni.. 
Kali pertama aku cuba dengan set trial free yang dihantar oleh pihak HQ Ephyra. Serum ni tak melekit, tidak berminyak serta sangat mudah meresap ke dalam kulit ini. Memang best sangat pakai kat muka, kalau tuang sebotol pun tak rasa melekit atau berlendir atau apa-apa sebab serum ni terus serap. 
Serum ni berperanan memperbaiki struktur sel kulit dari luaran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam.Gabungan bahan antioksida seperti Glutathione, Vitamin E dan Vitamin C memberi manfaat kepada kulit untuk memulihkan, memperbaharui dan melindungi kulit dari radikal bebas dan pencemaran. Serum ini juga amat sesuai untuk menghilangkan masalah jeragat yang degil. Haaaaa... siapa ada jeragat, jangan lupa dapatkan serum ni yea.

APA ITU NANO TECHNOLOGY (SWISS PATENTED)

Serum ni dihasilkan melalui Nano Technology yang merupakan teknologi yang digunakan untuk mengecilkan saiz partikel serum. Sebab tu serum Ephyra ni sangat mudah diserap dan masuk jauh sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membantu memperbaiki struktur kulit menjadi anjal, tegang dan cantik.
KELEBIHAN SERUM EPHYRA SKIN NANO ADVANCED REPAIR SERUM
  • Menghilangkan jeragat degil dan parut jerawat
  • Memperbaiki tona kulit tidak sekata
  • Menganjalkan, menegangkan dan mengembalikan keremajaan kulit yang kendur
  • Mencerahkan kulit kusam
  • Menghilangkan lebam bawah mata serta sunburn
EPHYRA SKIN SNOW  ADVANCED WHITE REPAIR  (dengan teknologi Geno White)

Produk paling bongsu dari Ephyra untuk set penjagaan kulit wajah, Ephyra Skin Snow atau pelembap wajah berteknologi Geno- White yang digunakan selepas menggunakan serum Ephyra Skin Nano. Aku dah guna lebih kurang 2 minggu lepas dan aku dapat tengok kesan dari penggunaan Ephyra Skin Snow ni seawal 9-14 hari. Perubahan macam mana? Ok, kulit muka aku lebih lembut dan licin berbanding sebelum ni. 

Pelembab ini sesuai untuk semua jenis kulit, lelaki dan perempuan. Tak ada paraben,tak ada hydroquinone atau merkuri malahan pelembap ini tidak melekit, tidak berminyak dan sangat mudah meresap ke dalam kulit. seperti serum tadi. Ehyra Skin Snow ni terhasil daripada Natural arbutin dari Berry, Vitamin C (ekstrak dari buah), Vitamin E (ekstrak dari buah), Vitamin C (bagus untuk perlindungan kulit dari UV dan memperbaiki struktur kulit yang rosak) dan Vitamin E (melembapkan kulit dan melambatkan tanda penuaan serta memulihkan kulit dri sebarang parut)

APA ITU GENO WHITE

Sebelum ni aku pun tak tau Geno White ni apa...hahaaa.. Tapi selepas Ephyra keluarkan produk Ephyra Skin Snow, baru aku tau yang Geno white adalah teknologi “SMART PEPTIDE” yang mampu mengawal pengeluaran melanin dalam kulit. Melanin ada pada kulit semua orang dan ia adalah protection kulit daripada sinaran UV. Tetapi terlalu banyak melanin aktif akan menjadikan kulit berjeragat, bintik hitam dan banyak masalah kulit lain sehingga paling serius adalah kanser kulit.

Faktor melanin tidak terkawal atau terlalu aktif seperti umur, sinar matahari, hormon tidak stabil dan ubatan.
KELEBIHAN EPHYRA SKIN SNOW ADVANCED WHITE REPAIR
  • Melembapkan dan mengekalkan kelembapan wajah
  • Mencerahkan kulit seawal 9 -14 hari
  • Menggunakan teknologi Geno White (teknologi yang mengawal pengeluaran melanin)
  • Menambahkan agen perlindungan kulit (UV protection)
  • Membantu mengurangkan minyak berlebihan pada kulit yang menjadi punca jerawat
  • Mengurangkan kesan-kesan penuaan (garis halus & jeragat)
  • Menambahkan keserian kepada wajah untuk kekal muda & bersih.

HARGA PROMOSI EPHYRA SKIN CARE SERIES
Semenanjung RM 140
Sabah / Sarawak RM 150

Sekiranya korang beli secara loose, harga seperti berikut :

EPHYRA SKIN BAR : RM 39 (SM) ; RM 45 (SS)
EPHYRA SKIN NANO : RM 68 (SM) ; RM 72 (SS)
EPHYRA SKIN SNOW : RM 48 (SM) ; RM 52 (SS)

*Digalakkan untuk ambil set. Lebih jimat dan ada hadiah menarik menanti korang.

Aku share kat sini cara untuk korang mengenal pasti label original produk dari Oceanlife. Jangan mudah terpedaya dengan harga yang terlalu murah dipasaran dan pastikan korang beli produk Ephyra ni dari pengedar sah atau dari HQ Ephyra sendiri yea. Setiap produk dari Oceanlife ada QR Code masing-masing.

Video kat atas tu aku terangkan macam mana nak guna set penjagaan kulit wajah dari Ephyra. Ada yang keliru, nak guna yang masaterlebih dahulu kan. 3 produk rangkaian Ephyra dengan 3 langkah yang senang.

  1. Ephyra Skin Bar : Cuci muka dengan skinbar lebih kurang 3 minit untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Kemudian bilas dengan air bersih dan lap dengan tuala sehingga kering.
  2. Ephyra Skin Nano : Ambil 2-3 titik dengan menggunakan hujung jari dan dot dot dot pada wajah. Urut dengan lembut dari arah dalam ke luar wajah sehingga sekata. Boleh pakai waktu siang dan malam.
  3. Ephyra Skin Snow : Calit sedikit Ephyra Skin Snow kemudian ratakan ke seluruh wajah dan juga leher. Sesuai dipakai waktu siang dan malam.


Maklumat lanjut, boleh layari laman sosial berikut 

Instagram: @ephyra2u
Website : oceanlife2u.com/ (Sedang dikemaskini)
Tempahan : 019-7373770 / 019-3800779

Berminat nak buat pembelian, boleh terus whatsapp nombor yang tertera kat atas ni atau boleh jugak buat pembelian melalui aku, 017-2217636. Jangan lepaskan peluang untuk cantik di hari raya. Cepat-cepat tau hubungi kami sebab ada hadiah menarik menanti korang semua.


Post a Comment

Salina Johari said... 20/6/16 8:12 AM

Menarik gak set Ephyra ni...tq Dkna sharing info...

careno said... 20/6/16 8:17 AM

patut la makin comey.. ehhh... tp mmg rmai dah yg aku tahu mmg pengguna ephyra sejak sekian lama mcm ko sbb result yg diorang dpt...

Lisa Nurulain said... 20/6/16 8:25 AM

Murah beli set daei beli asing2 ...pas ni makin lawaaa laaa dkna..

Hanim Hashim said... 20/6/16 8:34 AM

lebih jimat la kalau beli set Ephyra ni kan. Menarik! muka kita pun ada masalah yg sama, nanti nak try gak la :)

eima said... 20/6/16 8:35 AM

menarik nanti nk try la ...mahal sgt pun

Yanty Lee said... 20/6/16 9:44 AM

Cun dah Dkna sekarang .. Rasi produk Ephyra dengan Mekna.. Thanks sharing info yang menarik ni , kot-kot boleh try juga.

Kakzakie Purvit said... 20/6/16 10:29 AM

Produk yg setanding dgn produk yg jauh lebih mahal inilah dia
Kakak perhati ramai dah yg guna.

Afif Rayyan said... 20/6/16 2:22 PM

Isteri saya pun dah mula guna ephyra.
Nampak kelainan dalam beberapa hari nie.. ehehe

Julia Johari said... 20/6/16 3:03 PM

Makin hari makin comey dkna kita ni tau...ephyra mmg best dkna...

Sue Izza said... 20/6/16 10:20 PM

epyhra memang terbaik

Allene typicalmommy said... 27/6/16 5:09 AM

Patut dkna comel je. Rahsia dia ephyra yek.... 😘

Putera Helmei said... 27/6/16 5:09 AM

isteri suka ni kalau dijadikan sbg hadiah.. Alang2 blh rembat satu set..

Normi Nieza said... 27/6/16 5:50 AM

Good review😊

Nadia Johari said... 27/6/16 6:02 AM

Memang bestephyra ni..nad pun setia ngan ephyra

Shiqeen Sattar said... 27/6/16 7:23 AM

Betul ke 7 hari je.. npe cepat sgt

Izzati Suhaide said... 27/6/16 9:16 AM

makin berseri-seri muka kak dkna lepas guna ephyra..comeyy loteyy..

Anonymous said... 20/11/16 4:07 PM

Mcm mn dpt bekas skin bar tu..sy beli set xde dpt lak..huhu

 
Top