18
Balik kerja semalam, sampai jer depan pintu rumah.. Suami aku tersengih-sengih lepas tu dia suruh aku tengok kat atas meja. Rupanya ada pau cendawan. Wah ! Giler ko tak teruja.. Hahaaa.. Aku teruja sebab tengok jam pukul 4.40 petang, agaknya berapa jam suami aku beratur? 

Katanya dia pergi sana pukul 4, beratur dalam 15 minit jer. Memang panjang kat belakang tu, kemungkinan orang balik kerja kul 4 kan, terus beratur. Sampai jer kat depan gerai tu, dorang cakap kalau habis stok yang ada sekarang kena tunggu lori bawak pau cendawan yang frozen tu sampai pukul 5.30 petang untuk stok baru. Haaa..gigih la yang beratur tu kan. Nak beli yang frozen pun kena beratur jugak yea.

Semalam, aku ke Flora Cafe Ampang untuk berbuka. Bawak jugakla 3 biji pau cendawan dalam kereta untuk standby takut jalam sesak, boleh la berbuka ngan pau cendawan dulu. Lagi 3 biji, simpan kat rumah nak makan untuk sahur nanti. Hajat nak makan pau cendawan tak kesampaian sebab kenyang makan macam-macam kat Flora Cafe. 

Balik rumah, layan Mikhail tengok tv dalam pukul 11. Perut dah mula lapar balik, aku ambil la pau cendawan tadi nak makan.. Ermm.. Rasanya ala-ala cendawan versi pekat dan dicampur dengan isi ayam. Aku telan...ermmm. Tak kena dengan selera tekak aku. Mungkin sebab sejuk kot.

Pagi ni, bangun sahur awal untuk kukuskan balik pau cendawan ni. Makan panas-panas, mesti la sedap kan...nyummm..nyummm.

Tapi...ermmm .. Rasanya tetap sama, tak kena dengan selera tekak aku. Aku tengok suami makan sebiji jer, pastu minum air. Sedap kot dalam fikiran aku sebab suami aku ni jenis makan jer apa yang ada. Tapi...tapi..setengah jam kemudian, aku terbaca wall facebook suami aku, rupanya dia mengadu pau cendawan ni pun tak kena dengan selera tekak dia...hahahaaa.

KOMEN TENTANG PAU CENDAWAN

Ok, ramai yang tertanya-tanya, sedap ke pau cendawan ni? Susah sebenarnya aku nak jawab sebab selera masing-masing, tekak masing-masing. Seperti kawan aku cakap kat kisahnya di SINI, kalau peminat pau akan bagi gred A. Tapi, kalau tanya aku yang ala-ala ada depan mata, makan..kalau tak ada, tak makan ni aku hanya bagi 3/5 bintang jer. Antara sebabnya ;


  • Pau cendawan ni mungkin sedap bila korang beli kat situ dan terus makan panas-panas sambil jalan-jalan usha baju raya. Tapi bulan puasa mana boleh makan...hahaa
  • Berbuka dengan pau cendawan jer, tak ada menu lain untuk korang makan, confirm 6 biji pun boleh habis sekelip mata. 
  • Tekak aku lebih suka makan pau inti daging, kacang dan kaya berbanding pau cendawan ni...hahahaaa. Selera orang melayu asli gitu. 
  • Disebabka viral, ramai yang ingin makan, sebab tu sanggup beratur sampai 2 jam. Benda jadi viral dan aku tak nafikan rupa pau cendawan ni memang cantik mampu menarik nafsu untuk membeli. 

Korang yang belum cuba pau cendawan ni, boleh la beratur panjang dan nikmati sebaik mungkin rasa pau cendawan ni. Orang kata, bila dah cuba sendiri baru boleh komen kan..heheehee.. Aku pun dah pesan kat suami, tak yah beli pau cendawan untuk kecuali aku mengidam nak makan pau untuk anak seterusnya...hahahaaa. 


Post a Comment

I N A A I N A A said... 25/6/16 8:08 AM

Mungkin memula hot dulu je kot sedap org tu buat.. Sebaik tak pergi beli.. Rancang nak terjah bazaar sana semata2 cendawan pau ni

amir zahari said... 25/6/16 8:33 AM

Time lapo mmg sedap..hahahaha

Ismiqbal Kôsyëk Abdullah said... 25/6/16 8:42 AM

Haha.. tak sanggup la beratur nk beli pau cendawan ni.. maybe kuasa viral kot semua nak mencuba..

jida said... 25/6/16 9:17 AM

Bukan peminat pau..tpi teringin juga nk cuba..

Mezquita Lifestyle said... 25/6/16 9:44 AM

Cik za peminat pau dan juga peminat mushroom soup pekat2 hehehe.. so maybe boleh kena ngab tekak..

Mezquita Lifestyle said... 25/6/16 9:44 AM

Cik za peminat pau dan juga peminat mushroom soup pekat2 hehehe.. so maybe boleh kena ngab tekak..

Kak Mahh said... 25/6/16 11:20 AM

Nak cuba dulu baru boleh taip seterusnya . ..

Saidila Abdul Rahman said... 25/6/16 1:36 PM

yup setuju...selera dan tekak orang lain2 tak sama....kadang2 sebab rasanya tu yang tak sama setiap hari .

macam dulu selalu makan pau puchong sedap jer...skrg nak beli pun tak selera dah....sebab rasanya tak sama macam yang dulu .

ehehehehe

Bahrain said... 25/6/16 8:46 PM

mana2x pau kena makan time panas baru sedapp. hehe. teringin nak makan pau cendawan ni. mcam sedapp je

Afif Rayyan said... 26/6/16 1:23 AM

First time dengar ade pau cendawan.. huhu

Julia Johari said... 26/6/16 6:42 AM

Okey tak jadi nak beli hahaha...sbb juju ingat luar cendawan isi dalam tu sekaya ke...kacang ke...fuhh kalau inti gitu juju pun x selera sgt

Nadia Johari said... 27/6/16 6:05 AM

Kalau dah beratur macam tu..memang tak pergi la

Nooraini Ali. said... 27/6/16 11:21 AM

betul tu ikut tekak memasing. kalau jenis tempayan suap apa pun habis. so, sedap di mulut orang lain belum tentu mulut kita jua sedap..

Fieza Sani said... 27/6/16 12:05 PM

Saya kalau pau2 ni, kureng sikit..

Mama Kembar 3 said... 28/6/16 8:36 AM

Tak sanggup nak beratur panjang camtu semata mata nak makan. Kalau tgh mengidam mungkin laa kot hehe

eima said... 29/6/16 10:25 AM

viral la mcmana pun aku mmg tak terpengaruh hahaha
sbb aku suka pau ayam/daging je kacang pun sedap

nuyui a.k.a miss YUI said... 30/6/16 8:21 AM

itula lain org lain seleranya.

Mirul said... 29/8/16 11:26 PM

Klu pedas cket ok cket ase dia..xpun letak lada bengala y warna hijau tu..

 
Top