9
Dah beberapa hari suami aku ajak cari durian kat area Kajang. Nak makan durian kampung katanya. Aku...kalau bulan puasa ni malasnya melampau-lampau nak keluar rumah lepas berbuka. Alasan paling kukuh, Mikhail jenis tidur awal. Kadang-kadang, masuk jer kereta dia terus lena. Alahaaaii... Bab ni aku kesian nak bawak anak keluar malam tapi kalau aku yang mengidam nak makan durian, anak tengah tidur pun aku sanggup angkat hahhahaaaaa.

Hari minggu lepas berbuka kat rumah kakak aku area Kajang. Lepas berbuka terus siap-siap nak balik Putrajaya sambil pusing kat jalan Tesco cari durian. Nasib malang pulak, kawasan rumah kakak aku tu naik air. Banjir kilat koooooo... Tak sedar waktu berbuka tu hujan lebat, terputus hubungan seketika. Tunggu bomba datang, tengok ada kereta yang dah tenggelam air. Aku dah mula cuak, risau air makin naik. Lebih kurang pukul 10, air dah surut. Kami terus keluat dari kawasan perumahan tu dan cari durian kampung kat area Tesco Kajang. Sepanjang jalan, banyak gerai yang jual durian.

Aku berhentian kat salah satu gerai. Dapat 5 biji durian kampung dengan harga RM 33. Ok la.. Makan berdua, 5 biji pun tak la besar mana pun. Aku cakap kat suami, nak buat pulut durian. Memalam ni tak la buat kan, semalam hidangkan pulut durian untuk berbuka. 

Suami aku cakap, macam pelik jer berbuka dengan pulut durian..ha ha ha. Alaaa.. Tak pelik pun, makan sepinggan pun dah kenyang sampai sahur. Ok, ni aku nak share resepi pulut durian versi Kelantan.

Bahan-bahan

Beras pulut (segenggam)
Santan (RM 1)
Isi buah durian
Gula melaka (cincang)

Cara masak


  1. Tanak pulut durian dengan api yang perlahan. 
  2. Santan tu, aku tak masak pun. Fresh dari pasar. Aku letak letak secubit garam dan kacau supaya garam tu hancur dan sebati.
  3. Gula melaka dihancurkan atau korang boleh jer gantikan dengan gula pasir.
  4. Isi durian tu letak siap-siap atas meja, nak makan pun senang.

Suami aku bagitau, dia tak pernah makan pulut durian dengan gula melaka. Biasanya dia makan dengan gula pasir jer...heheee. Memang betul pun orang Kedah makan camtu, sebab last year mertua aku buat pulut durian pun tabur gula pasir jer. 

Aku dah biasa dari dulu lagi makan dengan gula melaka sebab tu aku cakap ni resepi pulut durian versi Kelantan. Bezanya, gula melaka dengan gula pasir jer. Aku lebih suka makan pulut durian dengan gula melaka..nyuuummmm.. Korang ada resepi berbeza tak? Mana tau korang pernah makan pulut durian dengan madu lebah ke..hihii


Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 21/6/16 8:06 AM

Tak kisahlah Dkna versi mana pun yg pasti pulut durian tu resepi org Melayu.
Ada pulut, santan, gula. Nak gula apa terpulang:)

raihanah said... 21/6/16 9:31 AM

sedap, favorite saya ni. nyum nyum

Julia Johari said... 21/6/16 10:38 AM

Ni rare ni...gula melaka haaa...terus rasa mcm nak lepak kedai durian cina tu...bawa bekal kecik tabur gula melaka boleh? hahahha sedap oiiii

Izwa Kamaruddin said... 21/6/16 10:51 AM

Sedappppp nyerrrr !! :)

Puan Eka said... 21/6/16 12:01 PM

sedap ni. pestaim tgok makan ngan gula melaka masa tgok ig dato vida. hehe

jie susanos said... 21/6/16 12:07 PM

Haha..berbuka makan pulut durian..ok gak 2..

Mama Kembar Tiga said... 22/6/16 1:50 PM

Akak biasa makan dengan gula pasir. IShhh sedapnyaaa la haiii

Shiqeen Sattar said... 23/6/16 2:06 AM

Terliur la plop tengok pulut doyan nih

 
Top