4
Bulan puasa ni, aku jarang gak masak kat rumah sebab dapat jemputan berbuka puasa tak putus-putus. Alhamdulillah.. Rezeki bulan puasa katakan. Kalau hari kerja pulak, aku beli jer satu jenis lauk kat pejabat. Contohnya sup tulang, gulai daging atau apa-apa yang berkuah. Balik rumah masak la lauk lain. Goreng telur, ikan atau ayam. Menu simple jer. Sebab aku dan suami ni makan berdua jer, kalau sahur pun kami bangun makan roti atau kuih-muih yang ada kat rumah.

Semalam, suami bagitau dia nak makan ayam masak tiram. Selalunya aku masak pedas je, pelik pulak menu yang di mintak dalam erti kata lain, aku tak pernah masak resepi tu..hahhaaaa.

Tengok bahan-bahan kat dapur..ermm.. Dapur jarang berasap..bahan pun banyak tak ada. Jadi, aku guna resepi yang paling ringkas dan sesuai untuk golongan bujang masak.

Bahan-bahan

5-8 ketul ayam
Garam
Kunyit
4-6 ulas Bawang merah (kisar)
1 ulas Bawang putih (kisar)
3-5 sudu Sos tiram
1 sudu Kicap manis
3 batang cili

Cara memasak

1. Ayam tadi disapu dengan kunyit dan garam kemudian goreng separuh masak.

2. Tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau.

3. Masukan sos tiram dan kicap (Kalau nak berkuah, boleh lebihkan bawang suapa lebih pekat dan tambah sedikit air panas).

4. Masukan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul sehingga sebati. Akhir sekali tabur cili untuk pedaskan rasa. Kalau tak nak pedas, tak payah letak cili. Siap dihidangkan.

Bahan-bahan kat atas tu, selalunya memang ada kat rumah bujang. Kalau nak lagi sedap, boleh tambah halia, bawang holand dan apa-apa yang korang rasa nak tambah bagi sedap. Alaaaa.. Perut sendiri nak makan kan, apa susah..kita campak-campak jer.. Hahaaa.. Selamat menjamu selera.

Post a Comment

Lisa Nurulain said... 24/6/16 1:21 PM

simplenyeeee... hahaha lisa boleh try praktikkan. tpi lisa tk makan ayammm.. ermmm leh tukar dengan ikan tak ?

Kakzakie Purvit said... 24/6/16 4:20 PM

Ha.. menjadi pun resepinya:)
Yg terbaik tu tunaikan kehendak en abe itu yg tak terkilan.

Mus said... 28/6/16 9:24 PM

nampak macam simple saja kalau nak buat.. boleh cuba nanti

eima said... 29/6/16 10:38 AM

simple je .. mcm nk buat ayam masak kicap tp bubuh sos tiram kan

 
Top