7
Hari Jumaat lepas, aku dapat jemputan berbuka puasa kat Flora Kafe. Memang teruja sebab aku dah lama usha tempat ni, sebab tengok kat facebook dan instagram memang tempat yang romantik penuh dengan bunga-bunga gitu. Dengan bantuan waze, aku sampai kat sana lebih kurang pukul 7 petang, nak parking pun tak susah sebab kat basement tu banyak lot parking untuk pelawat.
Seperti yang aku jangkaan, tempat ni memang menarik. Tiba kat lobi tu, aku dah nampak bunga memenuhi ruang buffet ramadhan. Macam dalam syurga cinta pulak berbuka kali ni...hahhahaaa. Tak nampak dah makanan yang terhidang, asyik duk tengok kiri kanan atas bawah dekorasi di Flora Kafe, Ampwalk.




Aku dan rakan lain, makan kat bahagian dalam kafe yang telah dikhaskan oleh pihak kafe. Banyak pilihan makanan yang tersedia kat sini sampai aku dah tak tau nak makan apa...hahahaa.. Ulang alik ambil makanan, lagi-lagi Mikhail dah nampak coklat fountain, memang itulah yang jadi pilihan. Antara menu buffet ramadahan di Flora Cafe seperti senarai berikut :

Pembuka selera : Rojak Buah, Sotong Kangkung, Hidangan 5 Jenis Sambal Colek, Hidangan 3 Jenis Kerabu, Keropok Sayur, Keropok Ikan dan Papadom dan Ulam-ulaman.

Seafood Hot Platter :Ketam, Kerang, Udang dan Mussel

Masakan Melayu:  Nasi Putih, Asam Pedas Johor Ikan Kembung, Ikan Keli Lada Merah, Ayam Lada Hijau, Lala Masak Serai, Ikan Talapia Goreng, Daging Masak Kari, Kacang Panjang Goreng, Terung Sambal dan Chap Chai Goreng.

Mee / Meehoon / Kueh Tiaw : Mee Goreng Mamak, Laksa Kuah Lemak Utara dan Laksa Johor.

Pilihan Barat : Spaghetti Aglio-olio, Chicken Chop, french fries, Fresh Salad With Dressing, Mix Nugget & Sausages dan Roti John.

Nasi Beriani : Briani Ayam, Paru Sambal, Sup Tulang, Satay Ayam dan daging

Pemanis Mulut : Puding Caramel, Kuih-Muih, Pulut Mangga, Dadih dan Agar-agar Manis, Bubur Pulut hitam, Coklat Fountain, Hirisan Buah, Ais Kacang dan Ais Krim Malaysia.

Pilihan Air : Nescafe, Teh Tarik, Air Bandung, Air Sarsi dan Air Kosong.

Pilihan Snek : Roti Jala dengan Kari Ayam, Lempeng Sambal Tumis, Sukun, Keladi, Keledek dan Pisang Goreng dan Karipap Goreng











Paling seronok kat sini, waktu aku tengah berbuka tu tiba-tiba dengar lagu 'happy birthday' memenuhi ruang legar tempat kami makan. Ada lebih kurang 5 pasangan yang buat kejutan kat sini. Romantik giler. Semua muka terkejut dan teruja bila dapat kek dan hadiah yang disampaikan oleh pihak Flora Kafe. Korang yang berminat nak buat kejutan di bulan puasa ni, boleh la tempah meja kat sini sambil berbuka puasa. 

Harga buffet ramadahan bagi dewasa RM 65+(normal price) dan RM 35+ bagi kanak-kanak (7-12 tahun).

Alamat:
Ground Floor
The Ampwalk Mall
218, Jalan Ampang
Kuala Lumpur

No. Tel: 03-2181 0986 (Mell)
Whatsapp : 012-207 0166
Waktu Operasi : 11.00 pagi sehingga 10.00 malam

Facebook : Flora Kafe
Instagram : Flora Cafe Ampwalk



Post a Comment

E'in said... 28/6/16 10:53 AM

Cantiknyeeeeee cafe nie.. Awat laa die tak bkk cawangan kat jb.. Hihi

Hanim Hashim said... 28/6/16 2:44 PM

bestnyeeee .... tak pernah lagi gi makan kat sini

budoxe lee said... 28/6/16 4:10 PM

pergh~
napok sedap molek

Ismiqbal Kôsyëk Abdullah said... 28/6/16 11:13 PM

Nampak sedap n banyak lauk jer tu.. kalau nak makan buffet kena makan sampai berbaloi2 laa baru la puas hati kan.

komen oleh Blogger Ismiqbal

Kakzakie Purvit said... 29/6/16 7:37 AM

Berbaloi iftar macam itu punya banyak Dkna
Itu hero comel tu pun ikut iftar sama ye..
Mikhail makan apa sayang:)

umminani said... 29/6/16 2:27 PM

cantiknya dkna tempat ini

YB Shehan said... 30/6/16 3:12 PM

mmg cantik dekorasi dorg. huu

 
Top