6
Hari ni sesi persekolahan bermula macam biasa selepas 2 minggu bercuti. Pagi tadi, jalan raya pun dah mula sesak seawal pagi. Lagi sesak bila ramai yang dah tukar Waktu Peringkat masing-masing. Mak ayah sibuk hantar anak-anak ke sekolah kemudian terus ke pejabat memulakan tugas harian. Adik-adik yang kesekolah hari mesti sibuk bercerita pengalaman masing-masing berpuasa. Ada yang dapat upah atau ganjaran dari mak ayah kalau berpuasa penuh kan? Semoga adik-adik semua tabah untuk puasa penuh setiap hari. Maklumla, dengan cuaca yang panas semestinya perit jugak nak tunggu waktu berbuka...hehehee. InsaAllah, niat puasa kerana Allah pasti Dia akan kurangkan rasa lapar dan dahaga.

Bagi korang yang punyai anak usia 6 tahun keatas dah boleh ajar secara perlahan-lahan cara untuk mereka berpuasa. Apalagi bulan suci ramadhan ni memang waktu yang sangat sesuai untuk melatih anak berpuasa. Antara tips yang dapat aku kongsi seperti berikut ;

Beri Pemahaman Bahawa Berpuasa Adalah Kewajiban Umat Muslim
Memberikan pemahaman bahwa ibadah puasa adalah suatu kewajiban bagi umat Islam. Biasanya keadaan ini lebih mudah bila kita berada dalam persekitaran dan majority umat Islam dan anak-anak dapat lihat sendiri suasana sepanjang bulan Ramadhan yang melibatkan aktiviti keagamaan.

Buatkan Menu Sahur Kegemaran Anak
Ketiaka bersahur, buatkan makanan yang menjadi kegemaran anak-anak supaya mereka lebih berselera dan bersemangat untuk bangun bersahur.Makanan yang dihidangkan sebaiknya bervariasi dan berkhasiat supaya boleh membantu anak-anak bertenaga sepanjang hari

Bagunkan Anak dengan Lembut
Membangunkan anak untuk bersahur dengan penuh kasih sayang supaya mereka terasa ‘terpaksa’ untuk bangun awal dan ingatkan bahawa mereka mesti berpuasa. Jika anak dah terjaga, segera ajak mencuci muka dengan air dingin supaya hilang rasa mengantuknya. Selain itu, jangan terlalu awal membangunkan anak. Bangunkan mereka setelah selesai menghidangkan juadah.

Makan Sahur Di Ujung Waktu
Usahakan untuk selalu mengajak anak makan sahur di ujung waktu dan pastikan mereka tidak tergesa-sega untuk makan sebelum waktu imsak

Ajak Anak Ke Surau atau Masjid
Salah satu cara untuk membuat anak menikmati suasana Ramadhan (bulan puasa) adalah dengan mengajak anak pergi ke surau atau masjid di kawasan berdekatan.

Berbuka Pada Waktu Tertentu (Puasa Setengah Hari)
Di waktu anda kecil, anda mungkin juga diajarkan untuk puasa setengah hari. Maksudnya, jika waktu azan Zohor sampai, maka anak boleh makan dan minum, Keadaan ini sesuain untuk anak yang berusia 5 tahun atau 6 tahun, Perhatikan keadaaan anak, kalau Nampak dia tak mampu untuk berpuasa, biarkanlah dia berbuka supaya tidak memudaratkan kesihatan mereka.
Buat Aktiviti Bersama Anak
Menahan lapar dan haus bagi anak kecil bukan hal yang mudah, jadi peranan ibu bapa boleh ajak mereka tontonan TV kegemaran untuk mengelak dari rasa lapar dan haus. Jangan lupa, pujuk  anak dengan lembut apabila mereka mengeluh lapar atau haus, tetapi jangan terlalu memaksakan bila mereka memang tidak tahan untuk teruskan puasa. Membaca buku cerita yang islamik dan berkaitan dengan ibadah puasa, misalnya apa-apa saja yang dapat membatalkan atau mengurangi pahal puasa, Jika anak lelah atau bosan, mereka dapat diajak tidur siang. Biarkan mereka tidur. Belajar mengaji selama 20 sampai 30 minit setiap hari tentu sangat bermanfaat bagi anak. Dan tentunya dapat membantu mengalihkan rasa haus dan lapar mereka selama berpuasa.

Janjikan Hadiah
Buat perjanjiana atau bagi ganjaran kepada anak-anak yang berpuasa supaya mereka rasa lebih seronok dan bersemanagat untuk terus berpuasa di bulan Ramadhan. Biasanya, mereka akan meminta hadiah seperti mainan tertentu atau baju baru untuk lebaran dan kebiasaan ibu bapa menjanjikan duit raya yang lumayan.

Buka Puasa Bersama
Saat-saat berbuka puasa bagi anak-anak adalah saat yang sangat menggembirakan. Penuhi permintaan anak yang ingin makan makanan yang mereka terliur tapi ingat, jangan membazir dibulan Ramadhan.

Ajak Anak Solat Tarawih Berjemaah
Jika rumah anda dekat dengan surau atau masjid, maka mengajak anak solat tarawih tentu sangat bagus. Ini dapat mengenalkan kepada mereka ibadah yang lain dilakukan di bulan puas. Biasanya, anak akan bertemu dengan anak-anak lainnya dan mereka akan saling bercerita tentang pengalamannya berpuasa. Ini tentunya dapat menambah motivasi mereka dalam berlatih berpuasa.




Post a Comment

Julia Johari said... 13/6/16 9:16 AM

Dulu julia masak kecik2 selalu puasa setengah hari...hehehhe bagus tips ni dkna..leh apply kt anak nanti masa darjah 1

Mrs. A said... 13/6/16 11:23 AM

Tip yang Mrs. A dah lama buat adalah janjikan hadiah iaitu duit raya.

Inani Hazwani said... 13/6/16 3:16 PM

Bagus tips ni. Yang part kejutkan anak dengan lembut tu memang sampai sekarang ibu buat dekat Nani walaupun dah besar panjang ni hah. Hahaha !

Akif Imtiyaz said... 13/6/16 11:58 PM

Alhamdulillah akk pon analkan tips2 kat ats..Anak2 dah start ouasa sejka usia 4thn...bila.dah pandai solat dioarang daa puasa..alhamdulillah berkesan jugak tips kat ats tu kalau kita rajin praktikkan.

Afif said... 14/6/16 5:52 PM

Tips yang menarikkk

 
Top