8
Ini salah satu kisah yang tertangguh yang aku nak share dengan korang... dah seminggu terperap kat dalam draft, hari ni kena publish la sebab pagi tadi aku tengok video dari Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum menggunakan duit raya anak-anak. Korang boleh tengok video itu kat SINI.


Duit raya Mikhail, aku simpan dalam Tabung Haji yang aku buka sewaktu usianya 3 bulan. Ini satu-satunya simpanan yang ada untuk anak aku. Dulu, aku terfikir nak buka macam-macam akaun untuk Mikhail tapi aku lebih senang berurusan dengan Tabung Haji. Nanti besar, dia nak buka lain-lain akaun simpanan, terpulang kat dia sendiri. 

Aku pulak lebih suka berurusan di kaunter walaupun Tabung Haji dah ada laman web e-THiJARI untuk memudahkan segala urusan secara dalam talian. Agak kebelakang jugak aku ni kan...hahaha.. gigihla ambil nombor giliran kat kaunter untuk berurusan...heheheee

Ambil masa lebih kurang 1 jam jer kat sini untuk urusan simpan duit raya Mikhail. Tak la lama sangat..kebetulan orang tak ramai dan mungkin ibu bapa yang lain tunggu habis 30 hari raya baru nak simpan duit. Agaknya laaa. Aku... cepat-cepat simpan, takut terpakai, terambil, terguna tanpa sengaja duit anak...lagi pun, masih ada sale hari raya..risau aku yang rambang mata nak beli macam-macam lepas raya. Gaji pulak, lambat lagi oiiiitttt...hahaaaa

Tabung Haji Putrajaya ada mesin syiling, tempat yang lain aku tak pasti ada atau tak mesin pengira syiling ni. Alang-alang dah ke kaunter, aku pecahkan tabung halimunan kami suami isteri. Tabung syiling yang aku dan suami simpan untuk Mikhail. Alaaa..sikit jer pun..tak banyak. Boleh lah tambah duit simpanan Mikhail dalam Tabung Haji tu. Duit raya Mikhail, biasanya aku akan topup jugak dengan duit sendiri supaya jumlah untuk simpan tu genap-genap dalam akaun. Senang nak kira...gituuuuu.. 

Sekarang, usia Mikhail dah cecah 2 tahun 2 bulan, alhamdulillah simpanan halimunan yang aku belajar dari blogger Eyriqazz.com berjaya bila aku tengok catatan baki akaun selepas kemaskini buku tu memang memberangsangkan. Aku belajar dengan beliau cara simpan duit untuk anak tanpa kita sedar. 

Contoh macam aku kakitangan awam, boleh buat potongan gaji untuk diri sendiri atau anak setiap bulan. Bagi mereka yang kerja swasta, aku tak pasti korang boleh potong terus dari slip gaji atau tak. Jumlah potongan ikut kemampuan masing-masing, serendah RM 5, RM20, RM50 atau kalau mampu lebih dari jumlah tu pun digalakkan. Inilah cara aku buat simpanan untuk anak. Buat yang mampu jer. Biarlah perit sekarang supaya masa akan datang lebih selesa.

Sebab tu aku suka sangat ke kaunter Tabung Haji setiap tahun semata-mata nak kemaskini buku akaun masing-masing. Aku akan jadi lebih semangat bila aku tengok jumlah simpanan terkumpul yang ada dalam buku tu. Seronok wey ! simpanan halimunan menjadi. Tiap-tiap hari duk buka buku akaun, tengok jumlah yang sama...hahaha.. Tak terkata gitu. Ok, raya tahun depan aku akan ke kaunter lagi..hehehee.
Sambil menunggu giliran, aku baru ingat yang kami belum lagi daftar untuk menunaikan haji. Sempat jugak aku isi borang untuk menunaikan haji dan giliran pada tahun 2103. Fuh ! beruban aku nak tunggu giliran ni..hahaa...tiba masa sesuai dan panggilan dari-Nya, inshaAllah kami sekeluarga akan ke Tanah Suci sebelum pejam mata. Doakanlah kami...huhuu

Nak daftar haji hanya perlu ada simpanan sekurangnya RM 1,300 sahaja dan ia akan dibekukan untuk proses haji. Jadi, kalau korang ada simpanan lebih dari jumlah tu, boleh keluarkan. Manalah tau, ada kecemasan dan perlukan duit, terpaksa keluarkan simpanan dari Tabung Haji...yea idok. Apa pun, aku cadangkan korang cuba simpanan halimunan macam aku ni. InsyaAllah...korang akan seronok nanti. 


Post a Comment

yana yassin said... 20/7/16 2:04 PM

Betul3, senang buat potongan gaji untuk anak dan mak . Benda tak nampak . Bila update buku, eh banyaknyaaa . hahahahha. Padahal buat potongan sikit jer . Ada jugak tambahan setiap bulan , dari tak masuk langsung . Diri sendiri pun buat start keje gomen. Pun macam tak cayer bertambah. Padahal asal ada RM 10 jer masa bukak buku.


Menabung untuk masa depan. Gitueeee . !!!

Azlinda Azman said... 20/7/16 2:25 PM

Swasta xde buat potongan. Kami pecahkan simpanan gak. Tabung haji tetap ada juga. 1st choice org kata.

adianiez AIDA said... 20/7/16 2:47 PM

Tabung haji wajib buka.
kewajipan kita krn Allah :-)

Kakzakie Purvit said... 20/7/16 3:09 PM

Kakak pun simpan duit anak-anak sebaik ada birth-cert (dua minggu lepas lahir). Kakak/abg memang tak kacau. Jadi macam anak sulung kakak sekarang belajar tak payah buat pinjaman pun. Kalau nak buat kerja kawen dia pun dah lebih dari cukup.

Dkna pun boleh ikut sebab Mikahil masih kecik lagi. Yg penting jgn kacau duit dia. Biarkan aje sebab zakat pun tiap tahun TH dah buatkan sekali. Senang.. Dkna kira ajelah kalau usia setahun boleh simpan dlm 4-5K bila masuk usia 18 tahun memang dah lepas kalau utk kos dia belajar.

Nadia Johari said... 20/7/16 8:00 PM

cadangkan jugak buat buku tabung haji untuk fariza..

fizafantagirO said... 21/7/16 11:12 AM

menarikk simpanan halimunan tu dkna. Kakfiza nak buat jugaklah. hihi .Biasa transfer duit gaji dari Maybank2u terus ke ASB je.

JMR said... 21/7/16 5:04 PM

kitorg setiap setengah tahun sekali baru gi masukkn simpanan tersorok celah seluar utk anak2..excited tengok jumlah terkini lepas bonus dia lain macam sket kan

Salina Johari said... 27/7/16 9:31 AM

Tq sharing dkna...info yg sgt berguna demi masa depan anakx..

 
Top