10
Sebelum raya hari tu, aku ada dapat satu produk untuk direview. Tapi produk ni macam tak sesuai je untuk aku jadi salah seorang testimoni...hehehe. Korang yang nak ramping, nak kurus mesti tercari-cari produk ni dipasaran kan. Kalau aku yang jadi testimoni, memang korang tak percaya dengan produk ni. Iyer laaa..aku dah kurus kering, mana nak nampak perubahan sebelum dan selepas. Risau jugak, kang tinggal tulang jer...hahahaa

Pilihan aku, bagi kat suami untuk amalkan produk ni dan tengok keberkesanan produk ni. Sebelum raya hari tu, suami aku ada jalani ujian kesihatan kat Klinik Putrajaya. Waktu tu, berat dia 73.4 kg pada 26.6.2016. Berat ni sebelum aku bagi dia makan KUROSE.
Waktu raya tu, suami aku memang dah tak diet. Semua makanan yang terhidang dia rembat jer..hahaha. Tapi aku pulak yang risau, takut badan dia naik mendadak nanti sebab lepas raya, suami aku kena masuk tranning. Berat badan memang kena jaga, kang tak pepasal kena reject huhuhuuu..

Dalam masa yang sama, aku syorkan suami aku amalkan KUROSE secara pelahan-lahan supaya badan dia dapat kesesuaian dan hasil sebelum tranning. Biasanya, kalau produk kurus mesti korang akan risau takut 'membuang' jer kan. So far, 3 hari pertama suami aku amalkan KUROSE tak ada masalah membuang pun. Macam biasa jer katanya, tak sakit perut atau cirit-birit.

Apa yang dia rasa, selera makan tu slow down sikit dari sebelum ni. Makan bila lapar dan berhenti bila dah kenyang. Aku pun perasan kat rumah, kalau makan nasi tu dah tak tambah banyak kali. Sepinggan jer makan nasi walaupun aku hidangkan menu kegemaran dia, budu dan ulaman. Tak layan...hahaaa

Nak tengok hasilnya, aku mintak suami timbang berat badan selepas seminggu amalkan KUROSE dan hasilnya, memang suami aku sendiri tak percaya.
Gambar atas, suami aku bagi alasan mesin ni tak boleh pakai kot. Macam tak percaya ada penurunan berat badan. Dia ajak aku cari mesin penimbang yang lain. Nah ! mesin kedua, memang sah berat badan suami aku susut lebih kurang 1-2kg. Percaya ke tak? Haaa..aku pun macam tak percaya..tapi kalau dah timbang dengan 2 mesin berbeza, wajiblah percaya.

Tak puas hati dengan berat suami tu, balik rumah aku tanya dia KUROSE ni sedap tak? Suami aku kata sedap..ada manis-manis. Aku pun cuba jugak sedikit, nak jugak la rasa macam mana kan. Tak kan nak bagi suami aku jer habiskan semua. Aku rasa, masam-masam manis gitu..rasa macam buah bluebery. 

CARA MAKAN KUROSE

Nak makan pun senang, hanya perlu koyakan dan minun terus. tak perlu bancuh pun. Semudah A,B,C! 
  • Satu sachet sebelum tidur. Kalau ada masalah sembelit, amalkan 2 sachet selama 3 hari berturut-turut.


KUROSE JUS PENAHAN SELERA MAKAN
  1. Berkesan sepantas 7 hari!
  2. Penahan selera makan semulajadi
  3. Memberi rasa kenyang berpanjangan
  4. Bonjolan di pelipat perut semakin kecil
  5. Tiada lagi rasa 'down' ketika berdiet
  6. Formulasi semulajadi untuk menceriakan mood dan lebih bertenaga
  7. Lengan, perut terbentuk cantik
  8. Hilang keinginan dan kerakusan terhadap makanan manis
  9. Menganjalkan dan mencerahkan kulit
  10. Tiada kesan sampingan yang memudaratkan
  11. Hanya 1 sachet sehari, sedia diminum sebelum tidur
Ok, aku kongsi beberapa testimoni yang telah berjaya kurus dengan mengamalkan KUROSE ni. Apa yang paling penting, korang kena amalkan secara konsisten supaya dapat tengok hasilnya. 
 
 

Boleh layari laman sesawang KUROSE seperti dibawah untuk tengok beberapa lagi testimoni yang telah berjaya dan jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga promosi raya. 

Hotline : 019 - 217 6962
Facebook:: KUROSE STAY SLIM
Instagram : @KUROSESTAYSLIM
Harga (Normal Price) : RM 188
Harga (Promosi Raya): RM 100.00




Post a Comment

Hanim Hashim said... 22/7/16 8:18 AM

menarik! akak dah kurus tapi boleh bg abg akak cuba ni ... mana tahu serasi pulak ngan dia kan :)

Nazlee Ismail PCL said... 22/7/16 8:52 AM

Jai kurus.. dikna pun dah kurus, tempah baju untung sangat la butik korang pi tu. Tahniah dgn KuRose.

Jueliza Jamani said... 22/7/16 8:55 AM

dkna jangan kurus lagi dah.. husband dkna wajib kena kurus.. hehehe

Sue Izza said... 22/7/16 9:05 AM

jai kurus tak pe ,dkana kurus lagi patah tulang kena nyek ko mikail hahahahha

fizafantagirO said... 22/7/16 10:41 AM

seminggu dah ada kesan? waaaa nak kene cubaa nih!

PeRdU cINta said... 22/7/16 11:51 AM

alhamdulillah..moga terus berdisiplin ya :)

Nadia Johari said... 22/7/16 3:04 PM

pergh..berkesan habis..takde dh la perut boyot die..hehee..

Akif Imtiyaz said... 22/7/16 11:15 PM

Wow KUROSE laaa..Nanti nak cuba gak la KUROSE ni..Ada promosi nampaknya..

Jie Susanos said... 24/7/16 7:40 PM

huhu..berkesan klu gitu..

Inani Hazwani said... 25/7/16 12:01 PM

Menarik ! Sekarang nak kurus macam macam produk ada kan :)

 
Top