6
Kesian aku tengok Mikhail, dah seminggu dia tak jumpa Abi. Rindu ! Beberapa hari pertama, aku perasan yang dia suka panggil 'abi...abi..' cuma aku tak faham apa yang nak disampaikan olehnya. Mungkin dia tanya aku, mana abi? Tak nampak abi? Nak jumpa abi? Mungkin... Budak usia 2 tahun, baru belajar nak bercakap..kadang kala aku sendiri pun tak tau apa yang dibebelnya.

Minggu lepas, sampai je depan pintu rumah terus Mikhail panggil 'abi...abi'.. berulang kali dengan penuh semangat. Ermmm aku pulak yang rasa sedih. Apa yang aku mampu cakap, 'abi pergi kerja..minggu depan abi balik'. Itu jer yang aku boleh ulang beberapa kali supaya dia berhenti panggil abi.

Rindu tak tertahan lagi.. waktu nak tidurkan Mikhail, dia ternampak beg milik abinya atas almari. Punya semangat dia panggil aku dan tunjuk kearah beg, kemudian dia sebut 'abi...abi'. Mungkin maksudnya, tu beg abi. Mana abi? Mungkin la kan.. Macam biasa, aku ulang lagi dialog 'abi kerja...minggu depan abi balik'. Lepas tu dia diam seolah memahami apa yang aku cakap.

Biasanya, suami aku akan telefon lewat malam selepas dia habis kursus. Waktu tu, Mikhail memang dah tidur. Siang hari, suami tak berkesempatan nak buat panggilan sebab telefon perlu diserahkan kepada pihak urusetia sehingga program siang hari selesai. Aktiviti memang padat sangat dan suami aku tak sempat nak buat panggilan. Kalau ada pun, suami hanya tinggalkan voice di whatsapp dan aku akan ulang suaranya untuk Mikhail dengar.

Semalam... aku rasa Mikhail dah tak tahan rindu ngan abi. Tak boleh tidur dan mulut asyik panggil abi. Aku tunjuk gambar kat telefon, kemain seronok. Jam dah pukul 11 malam, Mikhail tak tidur lagi.. aku pulak dah mengantuk sangat ni. Aku cakap, 'tunggu kejap lagi abi telefon, ibu kejut Mikhail yea'. sambil aku tepuk, dodoi. Aku ingat dia dah lena. Tiba-tiba suami call, terus Mikhail bangun dan senyum sambil panggil abi...Rupanya dia tak tidur lagi.

Terus capai telefon, aku loudspeaker dan dengar dorang sembang. Apa yang suami aku tanya, dia jawab tapi sepatah haram aku tak paham jawapannya hahhaaa. Mikhail siap cium screen telefon lagi sambil cakap dengan suami aku..hahaha.. Last, aku mintak suami aku pesan kat Mikhail suruh tidur, esok nak sekolah. Lepas tu, letak telefon jer tak sempat aku nak dodoi pun Mikhail dah lena. Uikkkkss anak.. memang rindu betul kat abi dia. Maklumla, ini kali pertama berpisah dan tak jumpa dalam tempoh yang lama. 

Korang jangan tanya aku rindu ke tak kat suami !! hikhikhikkk...




Post a Comment

Kakzakie Purvit said... 25/7/16 1:48 PM

Ibunya rindu itu sudah pasti tapi boleh sorok juga tapi macam Mikhail itulah yg dia mampu dgn sebut. Nak tanya org tak faham. Kesian kan. Nasib baik tak demam Dkna..

Nur Misnan said... 25/7/16 4:26 PM

anak kecil selalu rindukan abah dia

Jie Susanos said... 25/7/16 5:58 PM

huuhu..mmg tringat sgt klu tggl anak lama2..

Shark Kay said... 25/7/16 8:11 PM

hehe.
ksian dia.
rindu sgt ler tu xdek tman main.

Jueliza Jamani said... 25/7/16 10:52 PM

alaa siannya dia.. :(

Rizziela said... 26/7/16 5:03 PM

sainnyer dia

 
Top