14
Selamat hari raya korang semua. Dah kerja ke? Aku...aku cuti lagi. Jangan cakap aku banyak cuti okeh. Penat tau nak kumpul cuti supaya boleh topup untuk raya sakan kat kampung..hihii.

Raya pertama sampai raya ketiga, aku ada kat Kedah. Giliran raya kat rumah mertua.

Pagi raya ketiga, kami sekeluarga dah bertolak balik raya kat Kelantan. Nasib kami baik, jalan tak sesak teruk. Elok jer sampai Kelantan, family ajak buat BBQ, makan ramai-ramai sementara semua adik beradik aku yang lain masih ada kat kampung.

Malam tu, aku terima kehadiran kawan lama aku, Fila... kawan rumah bujang, kawan masak-masak dedulu. Dan paling tak sangka, kawan facebook, Ejam Othman pun sudi datang rumah aku. Tapi sayangnyaaaa.. Terlupa nak bergambar dengan mereka..huwaaaaaa. Ok, next year jemput datang lagi. 

Raya keempat, kami jejalan kat pantai. Memang niat aku nak ajak suami ke Besut. Rindu rasanya nak ke sana sejak arwah abah pergi, ni kali kedua kot aku ke sana. Lalu depan Balai Poli Kuala Besut..ermm..sayu jer hati. Kat sini aku membesar lebih kurang 10 tahun.
Terus menuju ke Pantai Bukit Keluang. Sebelum mandi, layan dulu nasi kerabu kakak aku yang buat. Perut dah kenyang, baru mandi. 

Ramai gila yang datang beraya kat pantai hahaaaa.. Kebanyakan yang datang sini, semuanya pakai baju raya...hihii syok jugak yea raya kat pantai, layan jer. Aku, raya kelima baru mula jelajah rumah mak pak saudara beraya..hahaa.. Orang lain dah balik Kuala Lumpur dah wey..aku relax jer repeat baju raya jalan dari rumah ke rumah. Inikan raya ... 

Rasa macam dah lama sangat kat kampung, ambil keputusan balik Putrajaya jer la. Lagipun, suami aku ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dalam masa terdekat.
Perjalanan kami lebih relax jer. Dah ramai yang balik ke destinasi masing-masing. Aku, macam balik kampung hari minggu jer. Singgah sana sini sepanjang jalan sambil makan angin..hahhaaa. Tapi sangkut jem kat Genting Sepah hampir sejam. Memula, aku ingatkan jem ni baki dari 3 juta kenderaan yang keluar dari pantai timur, rupanya ada lori terbalik kat highway. Patutla jem ! 

Sampai rumah lebih kurang pukul 12.30 pagi tadi. Hari ni ambil mood rehat kat rumah je la. Esok dah kerja, kembali kepada aktiviti harian. Jangan mimpi nak cuti lagi..heheee. 


Post a Comment

Fiza Rahman said... 13/7/16 10:33 AM

Selamat hari raya dkna. Tak citer pasal raya lagi.

qaseh dalia said... 13/7/16 10:54 AM

Selamat hari raya Dkna maaf zahir batin .. Smpat lg lepak keluang ..

umminani said... 13/7/16 12:14 PM

selamat hari raya

aizamia3 said... 13/7/16 12:20 PM

Selamat Hari Raya Dkna..
Kite belum lagi update psl raya

Kakzakie Purvit said... 13/7/16 2:46 PM

Amboi! masih rehat lagi Dkna ye.
Kakak isnin dah kerja dah.
Betul-betul berayalah Dkna kali ini.
Mikhail dah pandai menikmati raya bagus jugalah cuti lama sikit.

Azlinda Azman said... 13/7/16 4:11 PM

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN :)

nuyui a.k.a miss YUI said... 14/7/16 9:14 AM

wahh kemain ea..ekeke.. xpe..rht dlu. t kena kerja keras lg =)

slmt hari raya

fizafantagirO said... 14/7/16 9:54 AM

selamat hari raya dkna =)

Afif Rayyan said... 14/7/16 11:11 AM

Raya dah habis la.. masa tuk kerja pulak sekarang nie.. hukhuk

acu yuhan said... 16/7/16 11:16 AM

hi selamat hari raya.. done follow u, follow me back ;)

Elih Japahar said... 17/7/16 10:18 PM

Selamat hari raya Dkna..wow, lama tak dtg blog ni...setahun kot..hmm

Elih Japahar said... 17/7/16 10:18 PM

Singgah sini....

Inani Hazwani said... 18/7/16 11:56 AM

Selamat Hari Raya !

JMR said... 18/7/16 5:51 PM

Pantai Bukit Keluang gak yang dicari hehehe

 
Top