12
Sebenarnya kan, aku tak pandai nak solek muka tebal-tebal dan kat rumah aku pun yang wajib ada hanya bedak compact, lipstik, eyeliner, eyeshadow. Kalau eyeliner dan eyeshadow ni, aku jarang pakai kecuali keluar pergi event atau ada majlis jer. Kalau mood aku terlebih rajin, aku pakai pergi pejabat. Kalau nak keluar jalan-jalan pun, aku hanya bawak lipstik jer dalam beg..hehehee.. Sebab aku tak yakin nak solek muka aku tebal-tebal, risau takut comot cam hantu.

Aku teringin nak review barang solekan ni tapi belum ada rezeki lagi agaknya. Harap memana PR yang baca kat sini, sudi offer aku untuk review alat solek hahahahaaa. Ok, berbalik kepada solekan kat muka, walaupun aku pakai bedak jer tapi kadang-kala aku terlupa nak besihkan muka sebelum tidur. 

Mesti korang cakap 'eh..tak kan terlupa kot'. Selalunya, kalau kes tertidur macam ni, dalam keadaan penat, kononya nak baring sekejap jer tapi terus lena sampai pagi...hahaaa.. kalau dah berkali-kali terjadi, kesan buruk kat kulit muka.. rosak kulit muka.. aduii sedihnya kalau jadi macam ni kan. Orang perempuan ni, kalau naik jerawat seketul pun dah bising apatah lagi kalau muka rosak gara-gara terlupa nak bersihkan muka sebelum tidur. 

Ok...Aku terbaca kat facebook mengenai kesan solekan yang tak dibersihkan sebelum tidur. Terlupa dah kat mana info ni aku dapat, aku sempat copy untuk rujukan bersama.
KULIT KERING & CEPAT BERKEDUT

  • Tidur dengan mekap boleh menjadi punca kulit kering. Ia juga menyebabkan kulit terdedah dengan radikal bebas yang akhirnya membuatkan kolagen kulit musnah, dan akhirnya kedutan mula muncul di kulit. Kulit biasanya memperbaharui sel-sel ketika kita tidur, tetapi andai kulit tidak dicuci bersih sukar untuk ia menghasilkan sel baru secara semula jadi.


BAKTERIA TERPERANGKAP
  • Bila bedak asas atau bedak kompak meliputi muka dari siang ke malam, banyak kotoran dan bakteria sudah terperangkap. Bakteria-bakteria yang terperangkap di dalam pori wajah akan menyebabkan masalah lain seperti jerawat dan lama-kelamaan menyebabkan kulit menjadi kusam.
IRITASI MATA
  • Partikel-partikel maskara boleh membuatkan folikel tersumbat dan akhirnya menyebabkan iritasi pada mata sekaligus menyebabkan radang mata. Anda akan lihat mata akan menjadi merah-merah dan garis halus sekitar mata juga lama-lama akan muncul.
BULU MATA GUGUR
  • Memakai maskara terlalu lama juga boleh menyebabkan bulu mata menjadi lemah dan mudah gugur. Bayangkan apa lagi yang boleh berlaku jika anda tidur dengan bulu mata palsu masih terlekat di mata? Hmmm…!
BIBIR KERING & PECAH-PECAH
  • Tidur dengan gincu masih bersalut pada bibir menyebabkan bibir kering dan pecah-pecah, tidak kiralah apa jenis gincu sekali pun, frosted, glos mahupun pusam. Ramai dermatologi menyarankan sapuan pelembap atau salap bibir sebelum tidur kerana suhu rendah pendingin hawa boleh menyebabkan bibir kering.
Semoga info ni bermanfaat untuk semua yea. Lepas ni, jangan malas atau lengahkan untuk bersih muka. 



Post a Comment

Izzati Suhaide said... 27/7/16 9:08 AM

dulu masa belajar memang malas cuci muka sebelum tidur..kalau balik kelas malas je terus terbaring atas katil tanpa cuci muka..huduh perangai sungguh..haha

eima said... 27/7/16 10:10 AM

sy yg selalu jd mcm tu tertido.. tp jenis tak mekap tebal pakai bedak gitu je .... tak pandai nak mekap2 ni ..

Ezy Loy said... 27/7/16 12:25 PM

sbb tu saye sblom tido mmg cuci muka bersih2 dlu..
tp tu pon jerawat ttp naik kat muke.. geram betol.. haha

Son Goku said... 27/7/16 1:15 PM

Sama cam wife bamhoq. X suka solek tebal. Ai pun x suka aweks2 solek tetebal. X natural gittew

Nurul Ain Zulkarnaind said... 27/7/16 1:18 PM

ohh patut la bibir saya jd kering. dok tido dgn lipstick huhu

yaya cendana said... 27/7/16 1:35 PM

aaakakkkk punyer tudung mmg selalu cantik kan.tak pernah x cantik...hahhahaa

idzwa kamaruddin said... 27/7/16 2:14 PM

kan..sebab tu sebelum tido kene cuci muka kan ;)

Kakzakie Purvit said... 27/7/16 2:16 PM

Sebaiknya memang bersihkan muka sebelum tidur supaya pun kulit bebas dari alat solek. Kakak ni nak sapu bibir dgn balm pun malas tu yg kering.

nadialadzim said... 27/7/16 2:30 PM

dulu selalu biar maskara lama2...pastu bulu mata jadi sikit..

Nur Fannun said... 28/7/16 12:12 AM

kalau celak & bahgian kening xpe kan kalau tak cuci?

Afif Rayyan said... 28/7/16 2:09 AM

Setuju sangat.. kebanyakan artis yang muka rosak tu sebab mekap la.. kesian kat dorang

JMR said... 29/7/16 10:21 AM

sama konsep kalau tak gosok gigi sebelum tidur gak ni haha

 
Top