3
Aku tertarik dengan tajuk Ketahui Sebab tak Boleh Simpan Baki Ubat Demam Dalam Peti Sejuk di blog gosip OhBulan. Kebanyakan daripada kita mesti ada simpan lebihan ubat dalam peti sejuk, terutamanya jika mempunyai anak kecil di rumah termasuklah aku sendiri yang suka simpan sebagai stok. Kadang-kala, baki yang disimpan tu tak banyak pun, tapi nak jugak simpan dengan alasan untuk kegunaan 'emergency' tengah malam kalau anak demam. 
Bila baca tajuk, aku dah mula rasa teruja nak tahu perlu ke simpan ubat demam dalam peti sejuk? Mengikut penjelasan ahli farmasi tentang perkara ini, penting bagi kita membetulkan yang biasa dan membiasakan yang betul, baca dan sebarkan maklumat berguna ini!
UBAT YANG MENGANDUNGI BAHAN PARACETAMOL
PERSOALANNYA?
BELI UBAT YANG BARU KEMUDIAN SIMPAN TANPA DIBUKA
Lepas jer aku baca sepenuhnya artikel ni, aku terus buka peti ais kat rumah. Aku tengok satu-satu ubat-ubat yang aku simpan untuk Mikhail dalam peti sejuk tu. Tanpa aku sedar, ubat tahun 2014 pun aku masih simpan..kikiii... Aku terbayangkan kalau Mikhail demam tiba-tiba waktu tengah malam, pastinya aku akan bagi anak makan ubat yang dah sedia ada dalam peti sejuk. Dan...kalau jadi apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku kat anak waktu tu, pasti aku akan menyesal seumur hidup.

Ya Allah... rasa bersalah pulak dengan diri sendiri. Nasib aku baik, jumpa info yang berguna ni. Kalau aku tak baca sampai habis artikel ni, pastinya entah sampai bila aku biasakan benda yang tak betul. Dalam fikiran aku, ubat boleh simpan sehingga tempoh expired yang tertera kat botol tu...ermmm.. salah rupanya. Aku harap info ni pun berguna jugak untuk korang jugak.


Post a Comment

careno said... 5/8/16 8:08 AM

Dulu kitorang gitu gak... Ubah bertahun dlm peti ais... skrg dah tak... tiap kali bukak ubat baru kena tulis date bile ubat tu dibuka kat lebel ubat tu... Tp baki tetap simpan gak tp x boleh lbh dr 3 bln... hehehe...

ZULHILMI TEMPOYAK said... 5/8/16 9:58 AM

ok. baru tau betoi2 info ni. terima kasih sharing ya doc

Elih Japahar said... 5/8/16 8:36 PM

Selalu beli ubat dekat farmasi, sy selalu tanya berapa lama ubat boleh simpan lepas buka...mmg betul lah, kalau boleh lepas anak sembuh buang je baki ubat tu..maksudnya tak sampai berbulan-bulan pun..

 
Top