12
Serius...Dah lama aku usha jer dari jauh periuk noxxa ni. Teringin nak miliki sebab terpengaruh dengan cerita liar 'masak nasi goreng 8 minit jer', 'sup tulang 30 minit jer', 'pulut kuning 2 minit jer'. Bila baca pulak blog kawan-kawan yang dah ada Noxxa, hati membuak-buak nak jugak..nak jugak..nak jugak. Lepas tu sel-sel otak mula berhubung dengan kata-kata 'senangnya hidup kalau ada noxxa'...hahahaa. 

Bertahun jugak la menunggu, kononya menunggu Noxxa jatuh ke riba..hahahaa. Jadikan sebagai wishlist suatu hari nanti. Dan alhamdulilah, rezeki aku dan dengan izin suami dapat jugak miliki periuk idamkan setiap surirumah. Macam tak percaya..tapi kena percaya dengan rezeki....weeee...

Dah beberapa hari Noxxa bertandang rumah aku, aku nak share jer keterjuaan aku ni kat umum..tapi malu..hahaa. Yea la..orang lain dah berkurun pakai Noxxa, aku baru jer miliki. Excited bukan kepalang lagi sampai aku termimpi-mimpi Noxxa ni.. Giler ko tak mimpi, waktu suami pikul kotak Noxxa ni pun otak aku dah ligat fikir nak masak apa, bila nak masak, nak guna macam mana, boleh ke aku masak, sedap ke aku masak nanti kalau guna Noxxa ni. Hahahaaaa...

Bila aku google cara nak masak guna Noxxa , aku jumpa link youtube cara guna noxxa untuk kali pertama. Rupanya kena test dulu periuk tu elok ke tak atau dalam keadaan baik ke tak. Jadi aku nak share la pengalaman aku guna Noxxa untuk kali pertama. Cuak jugakla.. kami suami isteri duk ulang tengok tutorial sampai betul-betul menjadi.

Cara Menggunakan Noxxa Kali Pertama

  1. Masukkan 1/3 air kedalam periuk Noxxa
  2. Lock penutup Noxxa
  3. Selarakan titik ke arah 'Pressure'
  4. Tekan HP (High Pressure) selama 15 minit, dan tekan butang 'ON'
  5. Bila dengar bunyi 'beeep', selaraskan titik ke arah 'Steam' untuk keluarkan wap
Off periuk Noxxa dan buka penutup dan tengok air tadi yang dah panas dan mendidih menunjukkan periuk Noxxa ni dalam keadaan baik. Lepas tu, bolehla marathon dengan pelbagai resepi..hehehe.. Aku dah cuba 2 resepi ringkas. Tunggu entry akan datang, aku share eh pengalaman aku. 


Post a Comment

mOoN IzzaN said... 25/8/16 3:01 PM

Hurmmm.. bleh masuk dlm list hadiah utk husband ni.. #eh

hahahaha

Hanim Hashim said... 25/8/16 3:36 PM

aduhhh bestnya dapat noxxa ni dkna. Selamat memasak ... tunggu next entri makan pulak :D

Nieyl said... 25/8/16 3:51 PM

jalan² singgah petang ♥
terpengaruh juga nie tapi hati kata nanti..nanti..hihihi :d

Nadia Johari said... 25/8/16 3:54 PM

hah cepat tunjuk skill memmasak dengan noxxa

I N A A I N A A said... 25/8/16 4:30 PM

Yeahh jumpa dah nak beli bahan untuk bilik hostel nanti.. hehehee thanks kak dkna sharekan

Emarieys said... 25/8/16 5:05 PM

yang ni berpeluh-peluh masa tu kan...hehehe

Jueliza Jamani said... 25/8/16 6:41 PM

selamat bernoxxa dkna.. heheheh

Azlinda Azman said... 25/8/16 9:31 PM

Wow...beli noxxa

UMMINANI said... 26/8/16 9:18 AM

lepas ni lagi rajin memasak la nampaknya.

Yana Libra said... 26/8/16 1:05 PM

waaaa, bestnye...saya tengok je bolehlahhh..nak beli mahallllll wooo

Kakzakie Purvit said... 26/8/16 4:06 PM

Kakak pengguna Noxxa dah berbelas tahun Dkna sebab kakak akak dia stockist Amway. Even pengukus dan produk lagi pun kami guna juga.

shalimar yusof said... 6/12/17 3:12 PM

kite baru ade nii...huhuh

 
Top