11
Gara-gara terlintas kat wall facebook aku pagi tadi, nampak beberapa orang rakan share gambar durian buat aku terliur nak makan. Tengok jam, baru pukul 10 pagi.. Kat mana nak cari durian pepagi macam ni kan? Lepas tu, aku scroll group Komuniti Putrajaya ada yang jual durian tapi status semalam.. Aduiii.. Melepas lagi.

Dalam fikiran nak cari durian, nak makan dengan pulut. Ermmmm..sedap ni, makan durian petang-petang sambil layan Upin dan Ipin dengan Mikhail haahaaa.. Tengahari tadi terus ajak suami keluar cari durian. Kat mana?Ada 2 jer lokasi yang paling dekat untuk terjah samada Bangi atau Kajang. 

Kali ni, suami singgah Bangi kat Seksyen 7, tepi jalan yang menghala ke arah bulatan ke JPJ / Econsave. Ada banyak buah durian yang dijual dari atas lori. Dari jauh, aku dah nampak banyak kereta tepi jalan, bersusun-susun berhenti beli durian. 
Ni harga durian kat lori yang aku singgah tadi. Ada banyak pilihan jenis apa, baka mana nak makan. 

Kami terus makan kata sana. Dah tak sabar nak makan durian. Niat asal nak buat pulut durian dah hilang disebalik buah ni..hahhahaaa. Alang-alang nak makan kat sana, kami ambil durian D24. Kalau isi tak elok, boleh tunjuk kat tuan dia, boleh ganti buah baru..hehee. 

Ok..Cuba dulu sebiji...ermmmm.... Sedap isinya.. Tambah lagi sebiji..hihii.. Masuk biji kedua, lagi sedap isinya. Ya Allah...nafsu apakah ni hahhaaa.. Ikutkan hati, nak lagi makan dan makan dan makan tapi perut ni dah penuh sangat.. 

Ok.. Aku listkan harga buah durian ni dan korang bandingla sendiri, mana tau korang dapat yang lagi murah, boleh share lokasinya..

Durian Kampung
3 biji RM 10 (kecil)
2 biji RM 10 (sederhana)
RM 15/kg (besar)

Durian Kahwin RM 18/kg

Durian D24 RM 20/kg

Durian King RM 45/kg

Dah siap makan, terus je ajak suami balik. Tak boleh duduk lama kat sini, berhantu tempat ni hahahaaaa... Orang pun makin ramai yang singgah makan. Aku puas hati makan buah durian kat sini, isi tebal dan dapat air mineral free ...hehee..
Lori depan ni baru siap susun durian dan meja untuk pelanggan. Harga durian kat sini semuanya sama jer. Dorang tak ada yang sailang-sailang cuma isi durian elok atau tak tu atas nasib la yea.

Teringin nak makan durian yang tempat femes emes tu.. Kat TTDI kan? Atau kat Petaling Jaya? Haaa.. Betul ke lokasi ni? Siapa yang pernah pergi, boleh la share pengalaman korang.



Post a Comment

Ahmad Hasif said... 7/8/16 9:22 PM

ooo lebih kurang je harga dkt ampang un.. law nak makan dkt ampang boleh cari dkt cempaka dkt dgn perabot cempaka.. situ pun harga boleh tahan..

At-Tarmizi said... 7/8/16 9:59 PM

lama tak makan durian =)

ZULHILMI TEMPOYAK said... 8/8/16 12:31 AM

lama jugak tk mkan. ssh nk jmpk longgok skrg kan..

Rizziela said... 8/8/16 9:05 AM

Selalu lalu kat sini balik kerja. .tp x pernah singgah beli pun .. sebab sy selalu beli kat Batu 9 Cheras.. tp isi dia skg dah x best..byk buah yg dah busuk2 dia jual..mmg rugi kalau beli 3 biji RM35

Hanim Hashim said... 8/8/16 9:18 AM

adehh naper jauh nau .. akak pun telio tengok durian ni dkna :'(

safurara said... 8/8/16 11:15 AM

wehhhh sedapnyaaa! aku nk mkn kuah durian ni.

Kakzakie Purvit said... 8/8/16 11:29 AM

Kakak pun baru makan durian semalam
Kakak suka durian yg rasa dia pahit sikit Dkna

Yana MIB said... 8/8/16 2:58 PM

kita duk area sini pn xpnh lg bli doyan kt situ..hahaha kwn ayh ada kebun kt langat..so biasa ayh beli doyan kt kwn dia je...selalu sgt dia bwk blk doyan...pening hari² bau doyan je rmh...sbb kita x suka doyan...klu doyan tu dh transform jd benda lain br tekak ni boleh mkn :p

Yanty Lee said... 8/8/16 3:02 PM

Dapat jugak awak makan durian ye


Inani Hazwani said... 8/8/16 4:17 PM

Nani balik Pahang baru ni puas hati jugak dah dapat makan durian. Hehe

Mama Kembar 3 said... 8/8/16 11:35 PM

ehh nak ajak hubby pi lah wkend ni

 
Top