8
Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali

12 Ogos 2000, Ahad.. 16 tahun yang lalu masih segar dalam ingatan aku saat sakaratul maut menjemput orang yang kami sayang, yang menjaga dan membesarkan kami 5 beradik. Kejadian tu berlaku sekelip mata tanpa sorang pun duga, dia akan pergi. Perginya tak kembali lagi, terhenti nafas dan tertutup mata selamanya. Terus kaku !

Hari ni, aku diberikan kekuatan untuk berkongsi kisah kehilangan tempat bergantung. Aku kongsi apa yang masih aku ingat dan aku ukirkan dalam diari hidup ni. Waktu tu, usia aku 13 tahun. Aku bersekolah sesi petang. Rutin harian abah, dia akan balik rumah untuk makan dan ambil ubat setiap hari. Tidak terlewat sesaat pun ubat yang perlu dia ambil, seperti tidak terlewat sesaat pun Allah menjemputnya pulang.

Ermmm...[tarik nafas..sebak]...

Waktu kejadian, aku tengah bersiap-siap di tingkat atas nak ke sekolah. Dari jauh aku dah dengar bunyi motor abah. Tak lama kemudian, abah naik tingkat atas, tukar uniform dan turun balik ke bawah. Aku follow dari belakang, abah sempat masuk dapur dan tengok mak aku tengah siapkan hidangan untuk kami.

Abah...abah terus ke ruang tamu. Aku masih kat dapur. Sementara nak hidang makanan, mak aku ulang alik ke meja yang terletak kat ruang tamu. Kemudian, mak aku menjerit... "Ya Allah..abah..mengucap" .. Aku bergegas keluar.. Waktu tu, aku tengok abah duduk atas kerusi, dalam keadaan tenag tapi nafas tercungap-cungap dan kepala dah melentok.

Kelam kabut.. Mak aku capai ubat, letak bawah lidah abah. Yeaa.. Itu ubat jantung abah. Ubat yang perlu abah ambil kalau sesak nafas satu ketika dulu. Tapi sebenarnya, dah lama abah tak perlukan ubat tu..dia dah sihat !

Apa perlu buat? Mintak tolong? Pekik jiran .. Jiran tak dengar sebab jarak rumah aku dengan jiran terpisah..rumah kami terasing. Aku...aku sambil berlari keluar pintu rumah...lari tanpa sepatu dan menjerit mintak tolong..sekuat hati aku menjerit. "tolong...tolong..kak za...tolong abah kak za" .

Kaki yang pijak duri semalu, batu yang tajam, tar yang bahang tak terasa sakit. Kebalnya kaki aku waktu itu. Bertapa panjangnya langkah kaki aku waktu tu melangkah anak tangga rumah jiran sambil menjerit meminta tolong. Bagaikan nak terkeluar anak tekak aku menjerit, tapi aku rasa jeritan tu tak didengari oleh sesiapa pun. Jeritan yang tak cukup kuat bagi aku. Ya Allah..mana bantuan. Tak cukup kuat ke suara aku ketika tu? Hanya seorang je jiran yang ada waktu tu, yang lain semua keluar bekerja. 

Dalam masa yang sama, aku buat panggilan 999 minta bantuan. Kali pertama dalam hidup aku buat panggilan kecemasan dan ketika tu, hospital yang paling hampir dengan rumah aku adalah Hospital Jertih. Sementara menunggu ambulans sampai, aku tengok nafas abah makin perlahan. Dia nampak tenang..makin lama makin perlahan..perlahan. [...Sebak...]

Aku tengok mak sapukan minyak angin kat dadanya sambil ajar abah aku mengucap. Tangan seorang isteri yang tak lepas dari genggaman suaminya. Kemudian, 2 orang anggota polis datang, baringkan abah di ruang tamu. Depan mata aku...muka abah dah makin pucat. Pada pandangan aku waktu tu usia budak-budak yang tak tau menilai keadaan abah. Bagi aku, abah sedang 'relax' tapi pada pandangan mereka yang ada ketika kejadian, abah dah makin kritikal. Tanpa menunggu ambulans sampai, mereka buat keputusan untuk terus bawak abah ke hospital dengan van polis. Aku? ...

Aku masih dirumah dengan rasa tanggungjawab tuk siapkan segala kelengkapan abah masuk 'wad'. Aku pegang dengan pesanan mak supaya sediakan barang-barang abah sebab abah akan warded. Aku menanti terus menanti berita dari hospital. Semua kelengkapan abah, aku dah sediakan dan tunggu sesiapa jer balik rumah, bawak aku ke hospital. Semuanya dah tersusun rapi dalam bakul. Peneman aku ketika tu, jiran-jiran jer. Pada waktu yang sama, 2 orang kakak aku baru sampai rumah dan terus bergegas ke hospital dengan motorsikal. Aku masih menanti dirumah.

Seorang budak usia 13 tahun, mundar mandir dalam rumah dengan fikiran kosong...kosong.. Tak tau apa yang perlu buat melainkan ingat pesan mak 'siapkan barang-barang abah nak masuk wad'. 

Kring..
Kring..

Panggilan dari kampung..panggilan dari mak saudara. Panggilan dari adik bongsu abah aku.
"sape ada kat rumah?" 
"semua ke hospital kat abah" 
"tadi ada orang call maklum, abah dah tak ada"
"eh.. Tak la.. Abah baru jer ke hospital ngan ma.. Ma suruh standby barang nak nak masuk wad"

Dengan yakin aku bagi jawapan.


Jujur..aku memang tak percaya. Macam mana orang kat kampung cakap abah aku dah tak ada sedangkan baru tadi aku tengok abah diusung naik van. Aku tetap mundar mandir kat rumah. Jiran aku datang peluk aku.. "na..abah dah tak ada..sabar yea"

Betul ke? Masih tak percaya.. Aku tetap tak percaya. 

Kemudian aku nampak van yang bawak abah aku tadi masuk ke kuartes. Dorang ajak aku ke hospital. Aku tanya "barang-barang abah ni nak bawak tak". Salah seorang anggota, aku masih ingatnya nama Abang Presly suami kepada Kak Za tadi datang peluk aku...gosok kepala aku. "abah dah tak ada...jom kita ke hospital".

Kat situ jugak aku meraung.. Kat situ jugak aku kata dorang penipu...

Aku terus dibawa ke hospital dengan van yang sama..van yang bawak abah aku tadi. Aku pandang seat yang menempatkan abah aku..pandang dengan rasa tak percaya. Ya Allah... Sepanjang perjalanan, jiwa aku kosong, air mata aku mengalir tanpa henti.

Saat itulah, aku sedar aku dah hilang abah. Tiada lagi panggilan abah.. Hanya sampai sini je aku mampu coretkan kisahnya..aku tak kuat ! Al Fatihah Wan Abdullah Wan Semail.

Post a Comment

Hanim Hashim said... 12/8/16 8:21 AM

T_T .... salam takziah buat dkna sekeluarga. Moga arwah abah dkna tenang di sana ... alfatihah T_T

At-Tarmizi said... 12/8/16 12:45 PM

al-fatihah =(

Kakzakie Purvit said... 12/8/16 1:51 PM

Khususon ila ruhi almarhum Wah Abdullah bin Wan Seman Al-fatihah...

Elih Japahar said... 13/8/16 3:24 PM

Takziah Dkna..:(

Mama Kembar 3 said... 14/8/16 12:02 AM

Bergenang air mata baca ni. Moga Abah dekna tenang di sana...

ZULHILMI TEMPOYAK said... 14/8/16 8:09 AM

Takziah. Semoga Allah kurniakan syurga utk abah. Awk kuat sgt sbnrnya.

::EIDA:: said... 14/8/16 9:55 PM

Al Fatihah

Noriza Abdul Rahman said... 15/8/16 11:39 PM

Alfatihah buat ayah dkna..semoga Allah mencucuri rahmatnya..faham sangat kehilangan orang tersayang ni...

 
Top