5
Bestnya cuti hari ni semperna Merdeka. Bangun pagi terus masuk dapur siapkan breakfast untuk keluarga. Tengok jam, baru dah pukul 8.. Otak ligat fikir menu apa nak masak hari ni. Buka tutup pintu peti ais, ternampak ada 3 ulas durian dalam bekas. 

Teringat lak 2 hari lepas aku beli durian ni kat MyFarm, Presint 7. 
Kredit: www.abamkorie.com
Terpengaruh ngan info dari Abam Korie, aku dan suami terus cari durian kat sini. Harga kat sini murah sangat. Durian kampung RM 8/kg. Tapi hampa...waktu kami ke sana, hanya durian D24 jer yang ada tapi harga masih murah, RM 15/kg. Rembat jugak 2 biji sebab teringin sangat nak makan dengan pulut. Isi durian ni berbaloi dengan harga. Bagi aku, lebih puas hati makan Durian Murah Di Bangi.

Ok, berbalik kisah Mikhail. Aku tengok Mikhail ni memang minat durian. Bila sampai kat gerai durian tu, Mikhail dah menjerit "bu...oyan..bu oyan bu". Dia pun sibuk jugak nak pilih durian tapi dia tak sedar Abi dah bungkus durian letak dalam bonet kereta. 

Tiba waktu nak balik tu, Mikhail dah mula tak nak naik kereta. Aku syak dia nak main kat kawasan parking tu jer. Paksa jugak bawak masuk dalam kereta dan melintas depan gerai durian. Waktu ni, Mikhail mula menjerit "oyann bu..oyan..oyak..nak bu". 

Aku ulang kali cakap yang Abi dah beli durian. Ada dalam bonet. Tapi dia tetap teriak.. Tiba-tiba rasa jauh pulak nak sampai rumah walaupun jarak lokasi MyFarm tu tak sampai pun 1 KM dari rumah kami. Masih teriak jugak!

Tak tahan dengan teriak tu, suami aku stop keretaa tepi jalan dan letak durian sebelah Mikhail. Terus diam...krik..krik..krik. Macam magnet ! Aku pandang suami, suami pandang aku.. Terus diam? Hahaaaa... Anak oo anak...
Sampai jer rumah, dia yang lebih sibuk dari aku kat dapur. Tak sempat aku nak susun isi durian atas pinggan. Aku perhati jer Mikhail ni betul-betul makan atau memain jer. Kiri kanan pengang durian. Seulas demi seulas dia makan.. Cukup ulas ke-3, dia dah mula main-main. Dah kenyang agaknya...hahhaaa

Lepas ni boleh la aku cuba buat dessert dengan durian lak...ermm.. 3 ulas durian tu, agaknya boleh buat apa eh? Korang ada idea tak?


Post a Comment

Jie Susanos said... 31/8/16 1:09 PM

huhu..entah la bleh buat apa durian ni..

Amanda Suria said... 31/8/16 2:09 PM

Bagus Mikael suka durian....buat bubur kacang hijau letak durian pun ok jugak DKNA

Inani Hazwani said... 31/8/16 4:04 PM

Durian dah jadi feveret dia tu. Heheh :)

Yana Libra said... 1/9/16 12:55 PM

boleh buat bubur kacang durian atau serawa durian kot..sedap gak tu..hehe

Kak Mahh said... 10/10/16 5:32 PM

Lempeng oyan bu...

 
Top