5
Musim durian sedang menggila sekarang ni kan. Ramai yang share lokasi kat mana durian akan landing untuk jualan murah. Kalau ikut selera tekak ni, hari-hari nak makan durian. Aku belum puas lagi makan Durian Murah tempoh hari. Aku dah beberapa kali cakap kat suami, kali nk nak makan durian dengan pulut lak. Suami pun dah bagi hint nak belanja durian, tunggu hari minggu jer aku nak serbu mana-mana lokasi yang ada jual durian. Nak makan sampai puas...hahahaa.

 Air liur ni asyik meleleh jer tengok kawan-kawan share gambar durian. Kat Putrajaya pun ada start jualan durian. Maklumla, kakitangan awam baru gaji semalam...sale durian pun menjadi-jadi sejak semalam dan sepanjang minggu ni. Dengar cerita, musiam durian dah hampir ke penghujung. Buah pun dah makin berkurang. Betul ke?
Malam ni KenDurian 2.0 di Perbadanan Putrajaya, Padang Awam bermula jam 8.00 malam hingga 10.00 malam. Lokasi hot ni, kalau datang lambat aku rasa tinggal kulit durian jer...hahahaa
Siapa yang tinggal di kawasan ni, cepat-cepat serbu tau. Macam-macam buah ada kat sini. Fuh ! Tengok harga durian ni, rasa macam nak terbang terus jer ke sana. Dapat bawak balik sebakul buah durian pun berbaloi ni..hihiii
Kalau tak sempat nak makan buah durian minggu ni, korang boleh terjah lokasi PKNS, Bangi minggu depan. Sini pun kawasan hot, ramai pengunjung. Hantu durian, jangan datang lambat tau.

Jualan durian ni pulak dari penduduk di Putrajaya. Dari last week lagi aku usha jer buah yang dia jual ni. Stok durian sampai jer, terus habis. Laku keras durian akak ni. Semalam pun ada lagi stok baru masuk. 

Lokasi durian runtuh untuk esok pun ada lagi kat Tapak Pasar Malam, Putrajaya. Korang pilih jer nak pergi lokasi yang mana. 

Jualan durian terus dari ladang kat UPM. Harga tak dimaklumkan kat sini, mungkin lebih murah dari harga pasaran kan? Jualan sehingga pukul 5 petang jer, siapa yang kerja kawasan sana, boleh la singgah borong durian waktu makan tengahari kejap lagi...heheee.


Post a Comment

Elih J said... 26/8/16 1:06 PM

Pergghh..kalau ada di kuching, sarawak kan bagus...

Hanim Hashim said... 26/8/16 1:33 PM

akak pun ada terima yg kem durian kt bangi tu. Harap-harappppppppp dapat la sampai kat sana nanti. Stres ni asyik tgk gambar durian je ha hahaha

Busyra Bt Takiyudin said... 26/8/16 3:30 PM

wah bestnya. mak ayah sy mmg penggemar durian.

Bro Framestone said... 26/8/16 9:05 PM

Wowwwww.....!!! Duriannnnnnn

Inani Hazwani said... 28/8/16 8:43 PM

Fuhhh. Syok gini :)

 
Top