8
Nasi Berlauk Delivery Putrajaya | Nasi Warisan Kelantan ! Kat pejabat aku ni ada beberapa buah cafe yang hidang bermacam-macam jenis lauk dan masakan panas. Tapi bila dah bertahun-tahun aku duk sini dan tengok makanan yang sama je setiap hari, naik muak jugak kan. Tekak ni pun mula mintak aku tukar selera lain. Bila dah jadi gini, teringat kat kampung...teringat masakan mak ...huhuu.. Rindunya nak makan makanan di Kelantan. Kalau balik kampung, awal pagi aku dah suruh suami aku cari nasi berlauk depan rumah tu je, pukul 8 pagi dah makan nasi berlauk sambil tengok ayam berkokok..hehehee

Pernah sekali kawan tegur aku makan nasi berlauk seawal pagi. Katanya 'pagi-pagi dah makan nasi? Berselera yea'. Hahaaaa... nak buat macam mana, mak aku ajar makan nasi awal pagi dari kecik lagi.. dah sebati perut ni mintak nasi waktu pagi, memang berselera ..hihiii. Kat Putrajaya ni susah nak cari nasi berlauk kecuali korang rajin mengular cari nasi berlauk kat Gate 1 tu. Kedai ni memang terkenal dengan masakan Pantai Timur. Kalau aku nak ke sana, memang bercinta dulu la...lagi-lagi hari kerja, tak sempat nak pusing sana layan jem dan beratur nak tapau nasi berlauk lagi. 
Siapa yang follow instagram aku last week mesti perasan aku share gambar Nasi Warisan. Puncanya bermula dari kawan-kawan yang tinggal kat Putrajaya share gambar Nasi Warisan di facebook. Menarik minat aku bila aku dapat tahu yang nasi warisan ni resepi dari Kelantan. Waaahhh ! resepi ala-ala mak-mak atau turun-temurun kot, dah nama pun nasi berlauk "warisan". 

Air liur dah mula meleleh bila aku usha Facebook Nasi Warisan Kelantan. Harga RM 5 sebungkus tak termasuk caj delivery

Hari Pertama aku cuba sebungkus nasi warisan ni, delivery jer kat pejabat. Aku request untuk makan tengahari, lebih kurang pukul 12, nasi dah sampai. Panas-panas lagi nasi dan bau semerbak gulai ikan tongkol ni...perghh ! nafsu makan aku dah tak boleh tahan, terus jer aku buka bungkusan tu makan kat meja sambil jeling-jeling bos...hahaaa.. Bukan takut bos, tapi hormat bos sebab makan waktu kerja kat depan pc pulak tu..kikiiii.

Kawan-kawan yang ada kat pejabat aku pun dah mula terliur. Bayangkan ruang bekerja aku tu bau kuah ikan tongkol. Memang ramailah telan air liur. Esok hari, ramai pulak yang nak selit order nasi warisan ni. Dah macam runner pulak rasanya bila nasi warisan ni sampai, aku pick up nasi warisan ni kat lobi terus jer hantar dari meja ke meja untuk kawan-kawan.

Seronok tak terkata bila dapat tukar selera makan dengan masakan dari kampung. Hilang rindu kat kampung. Dari segi lauk, aku puas hati sebab isi ikan tongkol tu besar dari nasi berlauk yang aku pernah makan kat Putrajaya sebelum ni. Kuah lemaknya pula, ada sayur timun dan kacang panjang. Sambal pun dah diletakkan asing dalam plastik kecik, kalau yang tak suka makan pedas atau nak lebih pedas pepandai korang tuang sambal tu. 

LOKASI JUALAN NASI WARISAN 

Paling mengembirakan aku, sekarang ni Nasi Warisan ada dijual di Kafe Blok C6, Komplek C dan juga Petronas Presint 16. Kakitangan yang berkhidmat di Komplek C, tak payah nak susah-susah mintak delivery. Jimat dah kos delivery yea dak? hahahaa. Penduduk Presint 16 pun senang jer, singgah kat pam minyak Petronas tu sambil isi minyak sambil tapau nasi warisan. 

Untuk lain-lain lokasi, boleh jer order terus dengan Abe Long 011.197.91881 untuk delivery makan waktu pagi atau tengah hari. Info yang lain, aku copy dari FB Nasi Warisan.

NASI WARISAN COMBACT ATTACK 

Korang yang turut nak rasa sama keasyikan Nasi Warisan Kelantan, cepat2 lah order....
SARAPAN PAGI, MINUM PAGI & MAKAN TENGAHARI ‘DELIVERY PUTRAJAYA SAHAJA’


HARGA SEBUNGKUS: RM5.00 - Gulai Lemak Ikan Tongkol (ike ayoo)


PENGHANTARAN DI SEKITAR PUTRAJAYA ADALAH PERCUMA BAGI TEMPAHAN MINIMUM 4 BUNGKUS


CAJ PENGHANTARAN:

  • 1-4 Bungkus: CAJ RM2.00/PENGHANTARAN PUTRAJAYA SAHAJA
  • 5 Bungkus ke atas: PENGHANTARAN PERCUMA PUTRAJAYA SAHAJA


Order 10 Bungkus dan dapatkan PERCUMA 1 bungkus, dan seterusnya!!!

TEMPAHAN

ISNIN – JUMAAT: Ada
SABTU & AHAD: Jika ada permintaan. Minimum Order 15 Bungkus

ORDERLAH SEKARANG... Whatsapp/hubungi: 01119791881 (AbeLong)


TUTUP ORDER:SARAPAN PAGI/MINUM PAGI: Sebelum jam 10.00 malam hari sebelumnyaMAKAN TENGAHARI: Sebelum jam 9.00 pagi hari tersebut

AGEN DIPERLUKAN… KOMISEN MENANTI… Jangan lepaskan peluang jana pendapatan pasif. Berminat untuk menjadi AGEN? Sila whatsapp AbeLong, harga ‘special’ akan diberikan…





Post a Comment

Ahmad Hasif said... 19/8/16 7:55 AM

hehe samala.. dah biasa makan pagi dengan nasi dr kecik dh kena ajar.. xde peliknye punkan.. mmg pagi kena makan-makann berat lepas tu waktu lain makn mknn yg ringan pun takper.. ooo dekat putrajaya eh.. jauh juga nk perginye tu..

Incredible hulk said... 19/8/16 8:05 AM

Fuuuh terus lapar. X bekfes lagi ni. Kalau dekat memang ku terjah terus ni

Hanim Hashim said... 19/8/16 8:34 AM

aduhhh ... mampu tenung aje la dari jauh ni ha. Lama dah tak pekena nasi berlauk

Yana Libra said... 19/8/16 1:02 PM

nampak cam menarik gak tu

♥ aiNa yaZiD ♥ said... 19/8/16 4:21 PM

menarik. harga pun not bad =)

Que Achmad said... 19/8/16 7:21 PM

Subhanallah, terharunya.... Terima kasih, jsamu dikenang

Syuhada Salleh said... 20/8/16 5:19 PM

sedapnye nmpk..kat sabah xde la pulak jual..

misz sheyla said... 22/8/16 7:42 AM

alaaa...terus lapo tgok entry ni...nasi berlauk je ke yg ade??? jap lagi boleh terjah facebook die

 
Top