13
Santai Di Sunway Putra Mall Dengan Traveloka ! Baru-baru ni kawan aku ajak jumpa dekat Sunway Putra Mall sebab dia menginap di hotel sebelah tu. Sebenarnya, aku dah lama tak masuk KL walaupun tinggal kat Putrajaya ... hahaa.. Bila dah masuk KL ni, agak teruja la dengan perubahan dan bangunan yang membangun. Antaranya, The Mall dan Legend Hotel yang terletak di hadapan PWTC. Sekarang setelah renovation lebih kurang 2 tahun, bertukar wajah dan nama kepada Sunway Putra Mall dan Sunway Putra Hotel.

Memula tu, kawan aku meminta jumpa dekat sini tapi aku tertanya-tanya gak la lokasi tu kat mana? Rupanya-rupanya The Mall yang telah bertukar wajah dan nama. Yelah pihak Sunway group dah ambil alih kedua-duanya. Sebab itu la tukar wajah dan nama….hahaaa. Bukti dah lama aku tak ronda KL. Kebanyakkan property yang dimiliki oleh Sunway Group memang akan ada nama Sunway di hadapan seperti Sunway Pyramid, Sunway Hotel Penang dan Sunway Putra Hotel. 


Macintosh HD:Users:DahliaAhad:Desktop:WORKz:PERSONAL:Organify:TRAVELOKA:Sunway_Putra_Mall.jpg
Sunway Putra Mall (kredit image : Google Image )

Cantiknya Sunway Putra Mall sekarang. Aku suka dengan reka bentuk luarannya. Sangat modern dan lebih stylish. Barulah sesuai dengan image hotel Sunway Putra yang bertaraf 5 bintang. Ada kelas!!!


Sebelum kami melepak-lepak di kedai makan, aku ronda la kat dalam Sunway Putra Mall. Ternyata memang berbeza sangat dengan The Mall yang sebelum ni. Bukan saja rekabentuk luaran berubah, layout dalaman dan lot-lot kedai di dalamnya juga telah bertukar kepada kedai-kedai yang lebih cantik dan lebih elegan.

Pelbagai pilihan kedai makanan. Boleh kata setiap tingkat ada kedai makanan. Kalau nak tengok wayang, boleh terus ke TGV Cinema yang terletak dalam mall ni. Aku tunggu Mikhail besar dan makin bijak, nak bawak tengok wayang sambil jejalan boleh la bertukar-tukar tempat untuk menonton wayang…heee..

Dekat tingkat 3, ada satu kedai yang menarik perhatian aku… korang pon mesti singgah sini kalau Nampak perkataan “Kaison”…hahaaa.. Kedai yang menjual pelbagai barangan hiasan dalaman rumah. Teruja betul aku tengok barang-barang yang ada di dalam kedai ini. Barang kat sini semuanya menarik hati aku dengan hiasan-hiasan dinding yang simple tapi unik. Belek-belek harga, ada yang murah dan ada yang mahal tapi bagi aku ia berpatutan. Rasa nak memborong semuanya … boleh rambang mata wooo kat dalam kedai ni.



Dari hiasan dinding, bantal-bantal, bunga-bunga, soft toys, stationeries semua cantik-cantik. Berjam-jam duduk dalam kedai ni pun tak sedar..hahaa. Pada pendapat aku, Kaison ni boleh memberi inspirasi terutamanya orang seperti aku yang sukakan tengok hasil-hasil seni.

Dah puas membelek-belek dan cuci mata di Kaison, perut pun dah mula rasa lapar…dan berdondang sayang. Dah lama tak jumpa kawan, apa kata makan kat tempat best sikit laaaa. Aku terus ke Nandos yang bertempat di tingkat LG.
Macintosh HD:Users:DahliaAhad:Desktop:WORKz:PERSONAL:Organify:TRAVELOKA:kaiso.jpg

Seperti biasa, memang menu kesukaan aku bila ke Nandos ni mestilah Quarter Chicken Extra hot dengan peri-peri wedges dan chargrilled vege. Memang suka sangat makan yang extra hot walaupun berair jugak la mata setiap kali makan ni.


Sambil makan, sambil berborak dan menikmati pemandangan di dalam mall ini. Seharian jugak aku di dalam Sunway Putra Mall ini dan aku rasa memang berbaloi masa yang diambil untuk aku dating jumpa kawan kat sini. Kalau korang nak datang sini dengan kereta , boleh parking di dalam Mall ini atau boleh menaiki LRT. Stesen LRT betul-betul di sebelah hotel Sunway Putra. Senang jer nak dating sini.

Lepas tu, aku menyinggah kat bilik hotel yang kawan aku menginap untuk solat zohor. Sambil-sambil tu, dapatlah saya usha bilik hotelnya. Memang sesuai dengan taraf 5 bintang hotel ini biliknya cantik dan kemas sekali. 

Sebenarnya, kawan aku datang sini atas urusan kerja di PWTC. Kawan aku ceritakan, dia membuat tempahan bilik ini melalui https://www.traveloka.com/en-my/. Prosesnya mudah dan cepat dan yang menarik perhatiannya kerana memudahkan dia mencari hotel di sekitar PWTC. Mungkin aku akan cuba untuk perancangan percutian bulan Oktober nanti…heheee. Kat mana? Tunggu yea..tak sabar nak bercuti dengan keluarga.

Post a Comment

Eraz Fadli said... 30/8/16 10:07 AM

Biasa duduk Sunway Putra Hotel ni.. Selesa.. Lepas ni klu nak stay lagi, leh guna traveloka la plk..

JMR said... 30/8/16 10:19 AM

dah lama tak masuk KL gak! hehe

Roziah Muhammad Nor said... 30/8/16 10:30 AM

Best duduk sini. Bilik besar. Sangat selesa dan paling best breakfast banyak sangat pilihan.

Kakzakie Purvit said... 30/8/16 10:31 AM

Kalau dah lima bintang memanglah best Dkna
Apa lagi tempat makan/shopping banyak lagi syok

Hanim Hashim said... 30/8/16 11:08 AM

Mudah dan selesa! Nak jenjalan pun senang je :)

YB Shehan said... 30/8/16 12:13 PM

best. lgpn sunway putra tu dkt dgn tren. mudah nak pergi. cm bes je traveloka tu,,

careno said... 30/8/16 1:50 PM

selalu jer jenjalan sunway putra sbb dkat dgn ofic.. hehhee

Inani Hazwani said... 30/8/16 2:40 PM

Selalu jugak pergi sini sebab dekat dengan stesen lrt. Hehe :)

afzalsukasuki said... 30/8/16 2:49 PM

sekarang dah cantik dah, tersusun tapi sayang food court dah tak ada.dulu selalu gak lepak sana, food court dia penuh ngan menu tengahari

Shark Kay said... 30/8/16 3:16 PM

ingat mall ni ingat balik stesen bas putra dekat tu,
tapi mall dulu tak secantik skarang.
hebat jugak sunway ni.

Elih Japahar said... 31/8/16 10:35 AM

Ada kesempatan nk kesini juga..

Lisa Nurulain said... 1/9/16 12:16 PM

nanti lisa g sana.. dkna bawa pi bejalan la. heheeh..

Akif Imtiyaz said... 19/9/16 10:03 PM

Macam best jer ..jom kita bercutiii..

 
Top