10
CARA MENGAKTIFKAN KAD ATM MAYBAN.Baru-baru ni jadi viral tentang kad ATM Maybank yang wajib kena tukar pada bulan Julai 2016. Rasa cuak jugak sebab aku masih pakai kad ATM Maybank yang warna kuning. Kalau tak tukar kad, macam mana nak keluarkan duit gaji oiiiiitt..Korang nak cakap aku ketinggalan zaman pun tak apa, sebab aku selesa dengan kad ni..hahahaa.

Sebab utama aku tak tukar kad ATM kuning ni dengan alasan paling kukuh..'malas' nak beratur kat bank. Tahap malas tu punca aku masih kekal dengan kad kuning.Kad yang paling rare aku masih pakai. Korang mesti dah pakai yang gambar buah ceri tu kan? 
Bila isu ni makin hangat diperkatakan bahawa semua kad ATM wajib tukar, aku pun dah set dalam otak tunggu hujung tahun la baru pergi tukar. Selagi boleh pakai, selagi boleh keluarkan duit gaji kita pakai je la dulu yang ni... Kad bank yang lain boleh KIV sebab duit gaji tak masuk dalam bank tu..hehee..Sampai tahap malas gini tau nak berurusan dengan bank..hahaaaa.

Kemudian viral pulak kad ATM boleh custom dengan gambar sendiri. Semuanya boleh buat online cuma perlukan bayaran. Aku cuba buat dengan follow langkah yang diajar oleh +Lisa Nurulain  tapi aku gagal nak buat bayaran. Terus fed up ! Phewwwww..

Rupanya ada banyak lagi cara yang pihak Maybank sediakan untuk pelanggannya buat pertukaran kad secara dalam talian. Korang boleh pilih sendiri, cara yang macam mana korang nak buat untuk memudahkan proses menukaran kad ATM.

CARA MENGAKTIFKAN KAD ATM MAYBANK

Cara 1Datang ke mana-mana Cawangan Maybank dan aktifkan di kaunter Maybank. 


Cara 2Menggunakan Mesin ATM
  • Masukkan Kad Baru (menggunakan nombor pin yang sama) 
  • Lain-lain Urusan 
  • Pilih Pengaktifan Kad 
  • Selesai.
Cara 3:  Menggunakan Maybank2u.

Ini pilihan yang aku buat untuk tukar kad ATM dan ia merupakan cara yang paling mudah, cepat dan selamat kalau korang menggunakan Maybank2u. Ikut langkah seperti dibawah :

Langkah 1: Log in seperti biasa ke akaun Maybank2u.
Langkah 2: Pilih "Card Management".


Langkah 3: Pilih "ATM/Debit Card".
Langkah 4: Paparan seperti dibawah akan keluar, pastikan 4 digit terakhir kad ATM/Debit sama dengan kad yang anda dapat tu. Kemudian, klik "Activate Now".


Langkah 5: Masukkan maklumat kad ATM/Debit baru dan request TAC Number. Kemudian, "Confirm".

Dibahagian bernombor 1 tu, masukkan 8 digit nombor Kad ATM/Debit. Boleh "View Sample" untuk melihat contoh, atau tengok gambar dibawah ini.
Sample 8 Digit Terakhir Kad ATM/Debit
Kredit gambar : Elih J

Langkah 6: Paparan dibawah akan keluar dan pastikan Status adalah SUCCESSFUL! 

Ok dah selesai ! Mudah kan? Kad ATM ni akan dipos ke alamat korang dalam tempoh 2 minggu, Tapi tak sampai 2 minggu pun, aku dah dapat kad ATM baru ...horeyyyyyy... Sekarang, aku pun dah ada kad ceri macam korang jugak..hahaaa
Ok, nak aktifkan kad baru pun senang je. Hanya log in seperti biasa ke akaun Maybank2u dan kembali ke Langkah 1 dan ikut arahan selanjutnya. 

Kad baru ni mempunyai fungsi PayWave,  dengan ciri keselamatan pin menggantikan 'tandatangan' sebelum ini. Hanya sentuhkan kad dan masukkan 6-digit pin keselamatan anda untuk shopping nanti. Sesiapa yang belum tukar, cepat-cepat tukar yea sebab tahun depan sebarang pertukaran kad akan dikenakan bayaran. Sekarang ni hanya Maybank jer laksanakan sistem pertukaran kad dalam talian. Aku tengah fikir macam mana nak tukar kad Bank Rakyat, Bank Islam dan RHB. Semua kad ni memang aktif..ermmm.. Malasnya nak beratur kat bank ! Phewwwwww...







Post a Comment

Amy Hilmirda Daud said... 2/9/16 8:04 AM

perkongsian yang bagus :)

Hanim Hashim said... 2/9/16 8:40 AM

dah tukar bulan 4 aritu tapi gi kaunter je terus hehe

Rozita Abdul Rahman said... 2/9/16 8:48 AM

belum tukar lagi... masih setia dengan si kuning tu...

Anarm said... 2/9/16 10:47 AM

Blom buat lagi kad baru.. Ingat nak buat yg custom tu, boleh letak gambar sendiri

Jmbelog Hashim said... 3/9/16 2:07 PM

BLOGWALKING

https://belogs.blogspot.my/2016/09/segmen-jm-nak-url-blog-1-3september2016.html

Hafizul said... 6/9/16 12:10 PM

Ohhh yang saya punya belum tukar lagi.. hampir lupa pulak.. hehe

muhammad hafizi said... 7/9/16 6:38 PM

kalau untuk cimb click boleh ke?

Noriza Abdul Rahman said... 11/9/16 7:58 PM

Kalau buat online lagi mudah takder sebab taknak tukar kan? Bank lain pun patut dah folo maybank buat cenggini

Ismi Maizura said... 28/9/16 1:15 PM

hujung thun ni bru nk tukar..huhu..sni bank jauh beribu batu

kihkih..

Oyong Ilham said... 3/10/16 2:24 PM

ternyata muahnya aktifkan kad ni kat Maybank...saya pikir susah

 
Top