9
Cendol Durian Musang King Bentong Tak Sedap! Musim durian dah habis ke? Aku tengok kat facebook pun dah tak ada yang iklan jual durian... Heheee... Tapi aku tetap nak share jugak pengalaman aku makan cendol durian waktu balik kampung tempoh hari. Gerai Cendol Durian Musang King ni kawasan Bentong, Pahang. 

Siapa yang lalu sini, memang akan nampak khemah putih yang tersusun selepas selekoh, kalau perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur. Aku tengok khemah ni pun dah cukup teruja nak berhenti pekena cendol kat sini. Nak jugak rasa penangan musim durian ni kan...hahahaa.
Waktu aku singgah sini, sedang elok jer cuaca panas lipp lipp hoiii.. Memang sedap la sejukan tekak dengan cendol. Suami dah tanya awal-awal, nak beli satu sorang ke? Aku terus jawab 'kita tengok harga dulu la...ni cendol musang king..mau puluh ringgit semangkuk'... ringkas dan padat jawapan aku..

Seperti jangkaan awal aku, harga bukan murah yea...hahaa.. Lepas tu aku tengok pelanggan yang tengah hirup cendol kat situ. Bandingkan harga, mungkin berbaloi sebab cendol ni letak dalam bekas yang besar tu..bekas air hipster tu...
Harga Cendol Durian Musang King Bentong.

Cendol Durian Musang King RM 30
Cendol Durian D24 RM 12
Cendol Durian Kampung RM 12

Aku cakap kat suami, kita cuba 1 jer dulu, kalau sedap boleh tambah. Aku pilih Cendol Durian D24 jer. Pilihan durian musang king, aku ketepikan dulu sebab aku ni berkira bab harga..hahaaa. Dasar kedekut ! kikikiii...

Mana durian? Haaa... dalam bekas tu ada seulas durian D24 yang tenggelam dek cendol. Kali pertama aku hirup cendol ni, terus jer aku cakap kat suami 'tak sedap'.. Mungkin sebab durian tu tak sebati dalam cendol. 

Aku cuba kacau dan terus kacau supaya isi durian tu sebati, tapi hampa. Rasanya tak cukup uuurrmmmhhh. Lepas tu baru aku perasan, mungkin disebabkan bekas yang terlalu besar yang buat cendol durian ni tak rasa cukup duriannya. Bagi aku, lagi sedap makan Crazy Cendol Durian Putrajaya sebab bekasnya dengan isi buah durian tu sama banyak..kacau terus sebati. Sedap yaaaaaammmmmaaaat ikut selera tekak aku.

Misi seterusnya, mencari durian musang king. Aku teruskan perjalanan dan nampak beberapa gerai jual durian. Singgah gerai pertama, tapi buah tak cantik walaupun harga murah dari pasaran. Lepas tu singgah gerai seterusnya. Boleh tahan ramai gak yang berhenti makan kat sini.

Tanyakan harga, RM 45/kg. Harga ni sama jer dengan harga durian musang king yang ada jual kat Putrajaya. Takla murah seperti yang dikhabarkan...hahaha. tapi disebabkan teringin nak makan durian musang king Bentong, kami sekeluarga makan jugak kat situ.

Suami aku nak ambik 2 biji, jenis tamak ..gitu la...hahaha. Tapi aku penyelamat. Aku cakap makan dulu sebiji, kalau tak cukup beli lagi. So, kami pilih buah yang paling kecil...sehabis kecil ni tau..hehee.. Kecik pun berat 2kg. Korang kira sendiri la berapa harga buah ni..hihii.

Tokey cina ni cakap dia berani potong jari kalau isi tak elok dan tak payah bayar. Wah ! Giler ko.. promosi durian sampai aku pun teruja sangat nak makan. Bila tokey ni dah kopek, terus nampak isinya. Perghhh ! Kuning wey...kuning tanpa aku edit gambar ni.

Isinya tebal, bijinya kecik, rasanya cukup lemak manis berkrim. Nikmatnya makan durian musang king ni ! Sebijik tu pun aku tapau bawak balik rumah. Sebab kenyang ..makan beberapa ulas pun dah kenyang. Tu pun suami aku nak ambil 2 bijik...hahhahaaa

Kali ni memang aku puas hati dapat makan durian musing king Bentong. Dah hilang rasa teringin nak makan tu. Tunggu musim akan datang pulak, cari musang king lagi...heheee


Post a Comment

Ezad Skytech said... 30/9/16 8:52 AM

Lebih suku abad hidup...tak pernah lagi merasa durian musang king...aihh...ni yang nak kena cari ni nanti...lama pula tak makan durian ni...hehe

Izzati Suhaide said... 30/9/16 12:48 PM

sedapnye...tak penah lagi merasa durian musang king ni..hehe

Ahmad Hasif said... 1/10/16 5:45 AM

boleh try abc durian di klcc tingkat atas sekali apa la nama kedai makan tu lupa pula (little penang kafe kot) tp berdepan dgn booth faber castle .. dia jual makan utara gitu.. boleh tahan la abc durian.. tp jgn dtg waktu lunch la (peak hours)mmg beratur la diluar tu.. :D :D timing kena ok la..

Elih Japahar said... 1/10/16 5:17 PM

Dekat sarawak ni gila mahal durian...kalau dekat dah lama cari benda ni haha

bruce banner said... 2/10/16 8:18 PM

konklusi nya tak best la ek... ok.. x jadi pi situ

Oyong Ilham said... 3/10/16 1:53 PM

saya suka durian yang seperti ini ..warnanya kuning ... isinya manis dan lemak ...wah mantap ...

Inani Hazwani said... 3/10/16 11:27 PM

Aaaaa terliur tengok durian tu :)

sabree hussin said... 22/10/16 12:10 AM

Tokey tu ada sebut tak dia nak kerat jari sapa :p


Ps: Memang nak bagitau cendol tu tak berapa sedap rupenye ye. Ingatkan gimik tadi ho ho my bad

Photo&Image said... 27/12/16 11:24 AM

Durian Kampung 1001 rasa..Pahit,hangit,lemak,maneh..yg penting ORGANIK tiada racun dan baja kimia

 
Top