10
DENGGI DAN ZIKA, YANG MANA LEBIH MERBAHAYA. Semalam aku citcat dengan kakak kat kampung planing nak jejalan cuti raya haji ni. Kali ni, aku cuti seminggu memandangkan hari raya jatuh pada hari Isnin, 12 September 2016 dan hari Jumaat, 16 September 2016 pula cuti hari 1Malaysia.

Hati pun berbunga bahagia bila suami dapat cuti gak, boleh jalan sakan kat Kelantan nanti dengan keluarga. Jarang sekali balik kampung, niat memang nak makan makanan sedap-sedap dan enjoy le sepanjang kat Kelantan. Tapi kakak aku dibekukan cuti sebab virus denggi dan zika semakin menjadi-jadi katanya. Di Kelantan kes denggi memang tinggi. Dorang kena siap sedia kat Klinik Kesihatan untuk banteras penyakit bahaya ni. Persoalan aku, sejauh mana bahaya denggi dan zika ni?
Aku cuba mencari info yang sahih dari media yang mana info tu aku senang faham dan hadam. Apa yang penting, info tu mestilah diperolehi daripada mereka yang arif tentang bahaya kedua-dua penyakit ni.

Aku tertarik dengan penjelasan dari Dr Rushdan Noor yang ringkas serta padat.

Kedua-dua jenis virus yang menyebabkan penyakit Denggi dan Zika dibawa oleh vektor yang sama iaitu NYAMUK AEDES. Malahan Zika boleh juga dijangkiti melalui hubungan seks, ibu  ke bayi dlm kandungan dan pemindahan darah. Tidak ada kaedah untuk membunuh virus Denggi dan Zika apabila sudah masuk ke dalam badan manusia.
Sesiapa yang perihatin akan mula nampak bahawa kita sedang berdepan dengan satu ancaman besar.Jika Denggi pun kita sukar membendung, bagaimanakah agaknya jika Zika pula datang bergabung.
Berbeza dengan Denggi, Zika kurang mudarat ke atas manusia dewasa tetapi sasarannya "LEBIH STRATEGIK" iaitu ANAK DALAM KANDUNGAN. Jika ibu dijangkiti Zika, dikatakan 15-20% anak di dalam kandungan akan mengalami kelainan otak dan kepala yang dikenali sebagai microcephaly, otak rosak dan anak yang dilahirkan akan kekal cacat dan terencat. Pesakit Denggi, jika sembuh akan pulih sepenuhnya (kadar kematian cuma 0.28%) tetapi pesakit Zika yang hamil bakal mempunyai anak yang mengalami kecacatan kekal. Jadi  Zika memudaratkan manusia untuk jangkamasa panjang hingga ke generasi yg akan datang.

Pokok pangkalnya adalah NYAMUK AEDES, puncanya adalah SIKAP setiap seorang dari kita tidak kira samada kita orang bawah, orang tengah, orang atas ataupun orang teratas. Sikap kita terhadap betapa pentingnya penjagaan kebersihan dan komitmen kita untuk memastikan tidak ada langsung peluang pembiakan nyamuk Aedes akan menentukan kejayaan kita membendung penyakit-penyakit ini. Jika ditakdirkan apa yang ditakuti ini jadi kenyataan, SETIAP SEORANG DARI KITA ADA SAHAM DAN SUMBANGAN TERHADAPNYA.

FAKTA TENTANG VIRUS ZIKA
  • Zika adalah virus yang disebarkan oleh nyamuk Aedes (Aegypti).
  • Wabak ini bermula di Brazil dan merebak ke 26 buah negara. Terkini, seorang rakyat Malaysia telah disahkan menghidap penyakit Zika [Berita Harian]
  • Gejala ini termasuklah demam ringan, ruam kulit, sakit sendi dan konjuntivitis biasa sehingga 2 hingga 7 hari.
  • Tiada ubat atau vaksin untuk rawatan ini.
  • Jangkitan ini dikaitkan dengan kecatatan otak bayi dalam kandungan dan sindrom saraf.
  • Pencegahan jangkitan virus Zika adalah dengan mengelakkan daripada nyamuk. Guna reppellen dan lindungi kulit dengan memakai pakaian lengan panjang.

CARA MENCEGAH VIRUS ZIKA
  • Lindungi kulit dengan pakai seluar dan baju panjang
  • Guna reppellien untuk elakkan diri dari gigitan nyamuk
  • Bersihkan kawasan rumah yang menjadi punca air bertakung sekurangnya seminggu sekali.
  • Tidur dalam kelambu.
  • Pasang jaring penghalang nyamuk
Sejujurnya selepas aku dapatkan info mengenai Zika ni, aku rasa takut sangat. Buat masa sekarang dimaklumkan masih belum ada penawar yang dapat merawat penyakit Zika ni. Kesan masa panjang bagi anak dalam kandungan tu memang seram. 

Ya Allah...jauhkan kami dari penyakit berbahaya ini. Lindungilah kami semua. 



Post a Comment

jie susanos said... 4/9/16 10:00 AM

Oo zika dan denggi dibawa oleh nyamuk sama..

Hati2 la blik klntan..

Unknown said... 4/9/16 12:42 PM

Denggi ngn zika sama2 bahaya. Hopefully dijauhkan dari terkena.tq sahring this info dkna.

At-Tarmizi said... 4/9/16 7:21 PM

berhati-hati =)

eima said... 5/9/16 9:06 AM

ya Allah takut sangat ....virus yg mengancam seluruh umat manusia di masa hadapan ...

Ya Allah ya tuhan ku jauhi lah akud an seluruh keturunan ku dari penyakit dan virus zika ini .

Kakzakie Purvit said... 5/9/16 10:05 AM

Kakak ada tanya juga dgn doktor hari itu Dkna dia kata dua-dua bahaya tapi Zika ni kalau yg mengandung sgt bahaya sebab affected pada otak baby dan Zika juga boleh berulang. Denggi bahaya dan risiko boleh bawa maut pada semua pengidap tapi tak pada ZIka.

Apa pun pada kakak dua-dua bahaya dah nama pun wabak.

Amy Hilmirda Daud said... 6/9/16 9:20 AM

Denggi aje pun dah menakutkan ini pulak tambah Zika.
Semoga kita semua dilindungi dari penyakit berbahaya ini.

Hafizul said... 6/9/16 12:08 PM

Bimbang dan takkut sekarang ni.. semoga kita dalam lindungan-Nya selalu...

Introducer maybank/CIMB said... 21/9/16 9:31 AM

Semoga kita dijauhkan dari wabak ini...amin..

Oyong Ilham said... 3/10/16 2:22 PM

sangat berbahaya virus ziga ni ... ditempat saya pun sdh mulai terjangkit... jadi harus di jaga kebersihan lingkungan kita

Nur Zahirah said... 4/1/17 11:28 AM

ohh nice sharing, moga sama2 dijauhi.

 
Top