12
Seminggu aku cuti balik kampung, seminggu jugak blog berkubur ... Hahaaa.. Niat nak update kat kampung tapi bila dah ada sana, mood nak blogging tu kelaut. Mungkin sebab banyak aktiviti yang boleh buat kat kampung sampai tak sempat nak layan media sosial.

Ok... Kisah aku balik raya haji di Kelantan kali ni memang menarik kerana perjalanan nak sampai sana ambil masa 17 jam. Seperti sangkaan aku, trip kali ni memang jem sebab cuti hari raya haji bersambung dengan cuti penggal persekolah. 

Kami bertolak hari Jumaat dari Putrajaya pukul 10 malam dan sampai di Kota Bharu keesokkan hari, jam 5 petang. Lama kan? Heheee. Jem tu memang jem dan suami pulak mengantok bila keadaan jalan raya yang makin sesak. Merayap jer kereta, memang mata ajak tidur la. 
Sampai kat Petronas Genting Sempah pukul 1.30 pagi, suami kata tidur kat sini kejap sementara jalan jem. Lepas tu tersedar pukul 3.30 pagi dan terus bergerak tapi jalan masih jem. Kali kedua berhenti kat area Bentong. Aku tak pasti kat mana, cuma nampak pokok buluh jer..hahaa.. Suami kata mengantuknya memang tak tahan sangat ni, tidur la dulu kat sini.

Aku tengok kiri kanan...Seram jer tapi ada banyak kenderaan lain yang berhenti kat sini..terus sambung tidur. Lena sungguh tidur tepi pokok buluh ni hahhahaaa...pukul 6.30 pagi baru sedar dan tinggal kereta kami je kat situ. Terkejut gila waktu tu, terus start enjin kereta dah bertolak ke Kelantan. Kereta pun makin banyak, kami ikut laluan altenatif untuk elak jem.

Alhamdulilah, kami selamat sampai kampung.... dan acara korban berjalan dengan lancar. Sembelih lembu belakang rumah mak aku jer. Semoga aku diberikan peluang untuk menyambut hari raya akan datang. InshaAllah.


Post a Comment

Hanim Hashim said... 19/9/16 7:55 AM

Balik Pantai Timur time musim raya memang tak sah kalau tak lebih dari 10 jam perjalanan kan dkna. Mau kebas punggung duduk dalam kereta macam tu punya lama hehe :D

careno said... 19/9/16 8:08 AM

Overnya tido... Smpai berjam jam... Hahaha... Aku brenti tido gak tp paling lama sejam jer... Biasenye 30 minit jer..

Chekgu Azrine said... 19/9/16 9:27 AM

kalau raya hji belah pantai timur tak sahkan kalau tak jam..hahahaha..
saya dok KL je raya KL tak jadi balik penang atas sebab takmo mengadap jam..huwaa..borink je raya KL

Jie Susanos said... 19/9/16 9:52 AM

Huh..lamanya.

Rata2 yg blik kg hari tu berbelas jam kena jem..

Izzati Suhaide said... 19/9/16 10:34 AM

perghhh..lamanyaa nak sampai...hehe..Alhamdulillah semuanya selamat..

Kakzakie Purvit said... 19/9/16 2:39 PM

Hero comel Dkna tengok lembu kena lapah tak?
Mikhail mesti banyak tanya kalau dah benda depan mata kan

Harapan semua Dkna mahu jumpa lagi dan lagi pada hari raya dgn keluarga

Cheetah said... 20/9/16 1:27 AM

Lama betul 17jam..huhu.. dah mcm dlm flight ke overseas..hehe

Ezy Loy said... 20/9/16 8:44 AM

lamenye 17jam.. huhu
kat teganu rsnye jem jgk tp xteruk sgt kot..

raihanah said... 20/9/16 11:20 AM

wah 17jam tu. tapi semua tu dilupakan sebaik shj dapat makan daging korban kan

Ainul Mustafa said... 21/9/16 5:31 PM

macam nak p US 17jam tu.

Oyong Ilham said... 3/10/16 2:11 PM

biasalah kalau sdh hari besar ... dimana mana jalan macet ...

Lisa Nurulain said... 5/10/16 5:26 PM

lama juga perjalanan tu .hmmm ni kalau johor ke perlis mau 24 jam..arhhhgg

 
Top