8
Aku tengah mabuk ni...hahaa.. mabuk memasak dengan periuk noxxa. Harap korang jangan jemu la yea singgah teratak aku ni baca resepi jer. Ni resepi pertama aku menggunakan periuk noxxa dan baru hari ni berkesempatan nak publish. Sebelum tu aku nak bagi tau, setiap resepi yang menggunakan periuk noxxa ni sama jer seperti mana korang masak kat rumah. Cuma korang perlu tau fungsi setiap button periuk noxxa dan korang masak jer macam biasa.

RESEPI PERIUK NOXXA ! Ayam Goreng Kunyit Campur Kentang dan Lobak

Bahan-bahannya:
200 gram ayam – dipotong kecil
2 biji ubi kentang – dipotong wedges
1 biji bawang besar saiz besar – dihiris bulat
1 biji cili merah – dihiris serong
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air

Bahan-bahan ditumis:
1 biji bawang besar saiz sederhana – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara-caranya:
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam kemudian perap selama 30 minit. [Tapi aku tak perap lama pun, sebab tak sabar nak masak..hahahaa]
  2. Masukkan minyak ke dalam periuk noxxa. Tekan fungsi STIR-FRY dan 'ON'
  3. Apabila minyak telah panas, masukkan bahan-bahan tadi dan tumis sehingga naik bau.
  4. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi. Kacau sehingga sekata kemudian masukkan sedikit air. [Jangan letak air banyak, nanti jadi ayam berkuah pulak..hihii]
  5. Off STIR FRY. Kemudian tutup periuk noxxa. Tekan fungsi HIGH PRESSURE 8 minit. Selaraskan tombol ke arah PRESSURE kemudian tekan 'ON'.
  6. Selepas bunyi 'beep' menandakan ayam dah masak, selaraskan tombol ke arah STEAM  untuk bebaskan wap. 
  7. Buka tudung dan masukkan ubi kentang. Tekan fungsi STIR FRY dan 'ON'. Kacau rata dan biar kuah kering sedikit. Kemudian masukkan lobak, bawang besar, dan cili merah dan perasakan dengan garam. Kacau kemudian Off STIR FRY.
  8. Ayam goreng kunyit telah boleh dihidangkan.

Bahan-bahan yang ada dalam resepi ni boleh ubah ikut selera tekak masing-masing. Korang jangan terikat sangat dengan resepi yang aku share dan apa yang korang kena tau ialah langkah-langkah untuk menggunakan periuk noxxa. Tak sabar nak share resepi lain pulak..hehehee.




Post a Comment

Maria Firdz said... 1/9/16 7:56 AM

Mudah sungguh.. Tekan-tekan je...

umminani said... 1/9/16 8:25 AM

i wish could have one

Hanim Hashim said... 1/9/16 8:42 AM

oohhh simple giler! hurmm ... bila la nak dapat noxxa sutir ni >.<

Kakzakie Purvit said... 1/9/16 10:36 AM

Senang bila ada periuk ini Dkna
masak apa pun cepat siap.
Isteri bekerja macam kita ni memang kena ada - cepat siap cepat boleh rehat.

Aty_Fared said... 1/9/16 12:09 PM

sebenarnya macam tengah tahan diri ni dari beli periuk ni..tapi setiap kali pon..macam cair dah hati.. mak tak kuad..huwaaa...

Yana Libra said... 1/9/16 12:47 PM

adoii..macam complicated sgt je button tu..hehe

Jom join GA saya:
http://thesecretsofleonerz.blogspot.my/2016/08/august-anniversary-giveaway.html

Faizal Fredley said... 5/9/16 10:17 AM

wohaa menggoda betol ayam goreng kunyit nih...

Oyong Ilham said... 3/10/16 2:27 PM

bagaimana rasanya ya ayam goreng kunyit ..saya tak pernah makan dengan bumbu kunyit

 
Top