7
Balik kerja tadi aku cepat-cepat masuk dapur dan siapkan menu makan malam. Lepas tu aku nak buat kuih bingka durian guna periuk noxxa. Kali pertama aku nak buat kuih ni, resepi pun aku google jer.

Semangat nak habiskan baki 3 ulas durian yang Mikhail tak sempat habiskan kat kisah Durian Dengan Mikhail. Suami balik rumah dia tanya nak buat apa? Dengan yakin aku jawab buat bingka durian, confirm sedap..heheee
Bahan dah sedia, cepat-cepat aku buat kuih ni. Langkah demi langkah aku ikut supaya menjadi. Berdebar gak jantung nak buat kuih...hahaa..  

Bila sampai langkat nak "steam" tu tak menjadi. Jadi aku tukar langkah "high pressure". Set masa 8 minit jer dengan harapa masak sempurna. 

Bila dah bunyi "beeeep" aku buka penutup dan semerbak bau durian. Ya Allah sedapnyaaaaaaa. Rupa dah cantik, tak melekat pon kat innerport. Ok..dah confirm jadi ni.. Tunggu sejuk kejap lagi la.

Konon nak tunggu sekejap, tapi aku dah tak sabar nak rasa bingka durian ni. Perlahan-lahan aku cuba keluarkan bingka durian ni tapi gagal sebab masih panas dan tekstur masih lembik. Aku ambil keputusan, terbalikkan atas pinggan. 

Aku dah terbalikan dengan penuh hati-hati tapi malang tak berbau. Entah macam mana, aku ingat bingka durian melekat, aku goyang-goyang dan terpenyet bingka durian tadi... huwaaaa... Nak nangis rasanya tengok rupa bentuk kuih aku. Silap aku..silap aku..silap sikit jer sebab tak sabar sangat..kalau dah betul sejuk, mesti cantik elok rupanya..huhuuu..

Rasa sedih dan kecewa aku hilang bila aku makan, rasa bingka durian tetap sedap ! Menjadi resepi ni. Nanti aku buat lagi skali eh bingka durian ni, dah elok rupanya aku share ngan korang cara yang terbaik. Mikhail pun suka makan..dari tadi lagi duk mintak "bu nak tek(kek)"... Terubat hati ibu nak ooi bila tengok kamu makan penuh selera. Tapi abi gelakkan ibu.. Kejam abi kamu...huhuhu


Post a Comment

Jueliza Jamani said... 1/9/16 9:11 PM

kena betul2 sejuk baru leh keluarkan.. kalo tak mmg jadi gini lah.. ;)

Kakzakie Purvit said... 2/9/16 7:58 AM

Itulah Dkna tak sabar.. ini mesti kena ketawakan Mikhail
Nasib baik rasanya sedap. Dah sejuk kalau potong dah cantik dah.

Tapi kan Dkna makan masa hangat-lembik sedap kan - kakak suka yg macam tu.

Hanim Hashim said... 2/9/16 8:38 AM

rupa tak penting tapi rasa mesti mau sedap! haha ... takpe dkna next time try lagi k.

TunSha Ayunie said... 2/9/16 8:49 AM

Moral of the story, haruslah bersabar. Hahaha

Anarm said... 2/9/16 10:43 AM

Tu laa.. Sape suruh tak sabar.. Kan dah kena gelak.. Kih3..

Oyong Ilham said... 3/10/16 2:25 PM

tapi udah okelah tu puan ...saya pun tak bisa buat

Kak Mahh said... 10/10/16 5:36 PM

Bu nak tek oyan....

 
Top