8
LOKASI PERCUTIAN MUSIM CUTI SEKOLAHHujung bulan ni, dah mula musim cuti persekolahan selama lebih kurang 6 minggu. Korang dah rancang kemana nak bawak anak-anak bercuti? Waktu cuti persekolahan yang panjang, aku yakin dalam fikiran mak ayah dah rancang beberapa lokasi yang menarik untuk bawak anak-anak bercuti dan waktu ini adalah masa yang paling sesuai untuk diguna sebaik mungkin untuk mengeratkan ikatan kasih sayang antara mak ayah dan anak-anak. 

Kalau mak ayah yang bekerja, masa yang terluang untuk anak agak singkat. Kadang-kala aku sendiri rasa 'eh.... dah besar rupanya anak aku' dek kerana kesibukan dengan rutin harian kat pejabat. Anak yang bersekolah, lagi cepat masa berlalu..langkau tahun dah masuk sekolah rendah kemudian sekolah menengah dan sambung belajar ke peringkat seterusnya. Bila waktu yang sesuai untuk bercuti dengan mereka? 

Sementara kita berpeluang dan punyai masa yang panjang ni atau dalam bahasa yang paling mudah, sementara anak-anak belum dewasa dan bawak haluan sendiri, aku ada cadangan untuk korang bercuti bawak anak-anak ke negeri Melaka. Kenapa Melaka? 

Ok, Melaka merupakan negeri yang kaya dengan tarikan tempat bersejarah dan mercu tanda yang diperakui bernilai di peringkat dunia. Antara alasan yang menarik untuk korang bawak anak-anak bercuti ke sana adalah :

  • Melaka merupakan bandar warisan yang mempunyai banyak tempat sejarah dan destinasi mercu tanda yang sesuai untuk dikunjungi bersama-sama dengan anak dan keluarga. Bercuti sambil belajar sejarah yang ada di negeri ni. Aku sendiri pun dah lupa sejarah lama...heheee.. Boleh tambah ilmu dengan anak-anak kan?
  • Tarikan menarik yang lain di Melaka seperti pantai dan beberapa tempat yang boleh dikunjungi untuk bersantai dan berkelah. Kalau kat Putrajaya, mana ada pantai? hihiii..
  • Pelbagai tarikan hiburan keluarga, taman tema, galeria dan juga resort yang menarik untuk dilawati bersama keluarga. Banyak penginapan menarik kat Melaka ni dan sesuai dengan negeri yang bersejarah.
  • Melaka juga mempunyai beberapa tempat menarik untuk membeli-belah samada barangan kraftangan, baju dan lain-lain eksesori lain yang boleh didapati di sini. Malah lokasi untuk korang selfie dengan mercu tanda di Melaka pun memang terbaik la !
  • Ikan bakar menjadi salah satu daya tarikan dan boleh didapati di sekitar Melaka. Antara masakan lain yang popular di sini ialah asam pedas Melaka dan masak lemak cili api. Jangan lupa singgah pekena coconut shake di Klebang yea.

Nak menginap kat mana? Haaaa.. setiap kali nak bercuti, pasti korang akan masukkan kos penginapan dalam senarai perbelanjaan. Aku suka bandingkan harga penginapan terlebih dahulu sebelum buat tempahan supaya bajet percutian aku terkawal. 
kredit Isaactan.net
Untuk tempahan tempat penginapan, korang boleh tengok kat Promosi Traveloka atau https://www.traveloka.com/en-my/.

Ok, seterusnya aku nak kongsi pulak lokasi atau hotel menarik untuk golongan yang aktif atau lebih senang, untuk korang bujang datang bercuti sambil lepak-lepak dan jumpa kawan-kawan. Asyik kerja jer kan, jadi masa untuk berehat seketika dari kesibukan duniawi .... gitewwwww. 

Siapa pernah menginap di The Container Hotel?

Aku tertarik dengan reka bentuk hotel ni yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Sebenarnya, hotel ni bukan sahaja untuk orang bujang, yang dah bekeluarga pun tetap boleh pilih hotel ni sebagai salah satu lokasi penginapan yang menarik. Hotel ni terletak di Kuala Lumpur, Ipoh Perak dan Pulau Pinang.


Di Container Hotel Kuala Lumpur korang dapat tinggal di dalam kontena lama yang telah diubah suai menjadi bilik hotel yang selesa. Anda boleh pilih sama ada anda mahu bermalam di dalam bilik asrama ala backpacker, tube, atau bilik biasa.  
Tarikan berhampiran hotel ni ialah Bukit Bintang, Aquaria KLCC, Petronas Twin Tower dan KL Tower.
Container Hotel Ipoh. Tarikan berhampiran hotel ni ialah Concubine Lane, Ipoh Mural, han Chin Pet Soo, dan Kinta Medical Centre. 
Container Hotel Penang. Tarikan berhampiran hotel ni ialah Penang Heritage Trail, Penang Mural Street Art, Penang Ferry Terminal dan Pinang Peranakan Mansion.

Sebenarnya, banyak lagi lokasi menarik yang boleh dilawati sama ada di Malaysia, Indonesia dan Singapura. Biasanya yang jadi dilema setiap kali ingin bercuti, pastinya tempat penginapan sebab banyak hotel, homestay, resort dan lain-lain lokasi menjadi pilihan. 


Jadi korang buat pilihan dengan bijak dan gunakan promosi-promosi ketika musim cuti persekolahan ini dengan mencari penginapan yang lebih murah di Promosi Traveloka atau layari https://www.traveloka.com/en-my/ kerana terdapat lebih kurang 100 buah hotel di Malaysia, Singapura dan Indonesia boleh dipilih sebagai destinasi pilihan. Selamat bercuti !

*gambar-gambar didalam entry ini dari sumber google*


Post a Comment

athirahassin said... 16/11/16 8:47 AM

bestnyaaa... tapi cuti dah makin susut :(

Mazni Azmi said... 16/11/16 9:23 AM

Betul, boleh habiskan masa nak cuti dengan keluarga.

Masa anak kecil, elok kuatkan ikatan kasih sayang dengan anak

Nanti dah besar teringat mereka kat mak ayah

YB Shehan said... 16/11/16 11:07 AM

best la. cuti dah xde dah tahun ni. huuhuu

Inani Hazwani said... 16/11/16 1:14 PM

Memang ada jugak dalam kepala ni plan nak pergi bercuti. Hehee :)

Lisa Nurulain said... 16/11/16 1:31 PM

tertarik dengan hotel kontainer tu ...

Mazni Azmi said... 16/11/16 5:59 PM

Betul. Tapi cuti dah habis. Haha

Nadia Johari said... 17/11/16 2:42 AM

macam murah je..bolehla plan nkpergi bercuti

Hafiz said... 19/11/16 10:08 AM

tempat menarik itu satu bonus, tapi momen bersama keluarga tercinta itu lah yg kita nak sebenarnya. lebih2 lg klu org yg duduk di negara org

 
Top