11
Fuh ! Lama giler aku masukan resepi sup tulang noxxa dalam draft...hahahhaa.. tertiba rasa nak makan sup tulang buatan sendiri. Godek-godek blog, aku tak publish lagi pengalaman pertama aku buat sup tulang ni. Nasib baik menjadi...hehehee. Risau jugak nak masak guna noxxa ni, nak buat sup takut la tetiba jadi kari tulang...hahahaha. Ok, jom layan resepi ringkas menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur jer.

Seronok masak sup dengan periuk ni sebab aku tak perlu tambah air atau berdiri kat dapur lelama nak kacau sampai empuk daging tu....hehehe. Gas pun tak rugi ! Dalam tempoh 40 minit sambil menunggu sup ni masak, aku sempat siapkan juadah lain untuk makan bersama-sama dengan sup. Jimat masa gitu. Ada beberapa resepi yang aku dah cuba menggunakan periuk noxxa, tunggu masa sesuai aku share yea. Mood ibu mengandung kali ni tahap malas yang amat nak buka blog...hahahaa. Jangan lupa, doakan kesihatan aku sepanjang mengandung ni selamat yea. 



 Bahan-bahan Sup Tulang Noxxa :

  • 1kg tulang lembu dan daging yang ada lemak
  • 3 biji bawang besar saiz sederhana dan 2 biji bawang putih dan hiris kesemuanya
  • 5 cm halia dihiris
  • 1 rempah sup bunjut tulang
  • Kentang, lobak merah, cili api diketuk (jika suka...sedap tambah ni ada ummmppphhh!!!)
  • Air secukupnya (tenggelam tulang)
  • Garam dan lada hitam sebagai perisa
  • Sedikit minyak untuk menumis



Cara Memasak Sup Tulang Noxxa: 
  1.  Setkan pada SF dan tekan butang ON. Masukan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia dan rempah ratus kecuali bunjut sehingga naik bau. 
  2. Kemudian masukan tulang, sup bunjut, garam, sedikit lada hitam kasar (aku gantikan dengan serbuk lada hitam), lobak merah, kentang dan tuang air sehingga tenggelam tulang.
  3. Tutup periuk dan psatikan tombol menghala ke arah pressure. Setkan pada HP 30-40 minit bergantung kepada isi daging / tulang tadi. Tekan butang ON.
  4. Selepas bunyi 'beep', bebaskan wap sehingga habis dan buka penutup. Kacau dan rasa kenikmatan sup tulang noxxa. Andai kata tak cukup masin, boleh tambah garam dan kacau sebati. OFF kan suis dan sedia dihidangkan. 

Post a Comment

Inani Hazwani said... 22/11/16 10:25 AM

Sedapnyaa sup tulang :)

eima said... 22/11/16 10:33 AM

mudahnya ada noxxa ni ...mcm sy guna pressure cooker ...lebih kurang 40 minit juga la tp guna gas .... sedap kan sup tulang hirup panas bubuh cili kicap byk2

Mazni Azmi said... 22/11/16 11:09 AM

Pagi pagi dah nampak orang masak sup tulang. Tiba tiba naik musik gendang tarian singa dalam perut ni. Hehe. Lapor

Kakzakie Purvit said... 22/11/16 11:19 AM

Sejak raya haji lepas kakak belum buat sup tulang lagi Dkna
Nampak Dkna punya sup ni kakak macam nak buat juga tau
Tapi tulang tak ada kat dapur kakak sekarang ni:)

Amin Hakim said... 23/11/16 1:39 AM

Lama siot tak makan sup.. esok kena paksa wife masak resipi nie.. ehehe

CikLily Putih said... 23/11/16 11:44 AM

jawabnye memang kene beli lah periuk noxxa ni ek

Hans Isaac said... 23/11/16 3:28 PM

Lain kali kalau nak masak lagi ajak datang rumah tau. Hee

Nur Zahirah said... 28/11/16 9:24 AM

macam best je sup nih.

adianiez AIDA said... 6/12/16 9:51 PM

Aida ada pressure cooker jenama lain.
Free gift.
Lom pernah pakai hi hi 😅😅

ibuyati said... 1/1/17 3:18 AM

TQ. Sedapnye sop tulang! Ibu boleh jual harga kaseh-sayang kalau nak. WASAP ibu
Yati-019-2494819.Sekarang harga ahli rm657.20. Harga katalog rm788.65. 1 june 2017 harga naik lagi.

Rugi kalau takbeli. Ibu bagi 4 ebook beratus resepi noxxa-htr tru email.

Periuk ni laku keras taw!!! PM ibu
Yati-019-2494819.

 
Top