21
Penantian yang dirancang oleh aku dan suami akhirnya Allah makbulkan dengan kehadiran jasad kecil dalam rahim aku yang kini barusia 13 minggu. Alhamdullilah..ucapan yang tak terhingga keluar dari mulut sebaik sahaja aku tengok UPT positif kat rumah. Agak fobia dengan kisah Adik Mikhail Misscarriage sebelum ni sehingga aku sorokkan dari umum tentang kandungan aku. Hari ni aku kuatkan semangat untuk kongsi kegembiraan aku pada umum selepas aku yakin kandungan aku dah cukup kuat untuk terus berada dalam rahimku.

Kali ini, aku rasa amat struggle demi adik Mikhail. Aku percaya, setiap rezeki yang Allah berikan pasti ada dugaan yang harus aku lalui. Rezeki yang tak ternilai harganya dan aku harus lalui hari-hari mendatang demi anak kecil ni. Terima kasih Allah kerana pilih aku untuk ujian kali ni.

Berbaki 6 bulan lagi, aku akan lalui saat yang sama seperti 2 tahun lepas. InshaAllah... Mei 2017, sama-sama aku raikan kegembiraan ni dengan suami dan Mikhail. Mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama. Jimat duit poket ibu sebab boleh sambut birthday untuk mereka bertiga...hehehehehe..

Proses kehamilan aku kali ni rasa lebih teruk dari kehamilan Mikhail. Teruk dari segi emosi yang tak stabil. Ya Allah... emosi aku memang tahap kritikal sampai aku tak terkawal emosi ni. Cepat sangat mengalir air mata, ada kalanya aku jadi pemarah. Marah aku lepaskan kat Mikhail.. Maafkan ibu nak !..sob sob sob...

Morning sickness pun berbeza kali ni dan satu tahap tu, aku muntah dari jam 11 pagi sehingga keesokan pagi tak mampu nak isi makanan dalam perut. Makan dan minum aku paksa dan terpaksa muntah balik kesemuanya sehingga aku longlai atas katil. Paling kesian, kat Mikhail...terabai seketika. Alhamdulillah.. sekarang ni, trimester pertama kehamilan dah aku lalui dan kadang-kala masih ada berbaki morning sickness tu.

Setiap kehamilan pastinya berbeza pengalaman dan yang merisaukan aku proses bersalin akan datang.. . Perasaan takut tu tetap ada walaupun waktu aku lahirkan Mikhail dulu dalam kategori 'mudah beranak' tapi untuk kali ni debaran tu lain macam. Seram beb ! 

Doakan aku dan anak-anak dilindungi dan dibawah rahmat Ilahi...amiiii...


Post a Comment

Hanim Hashim said... 9/11/16 12:13 PM

Ya Allah ..tahniah dkna! syukur alhamdulillah atas anugerah ini .. happy for you dear! Jaga adik mikhail dan diri leklok k ... :)

Yana MIB said... 9/11/16 12:17 PM

oi tahniahhh...jg diri leklok :)

Sheila Adziz said... 9/11/16 12:20 PM

Allhamdulillah... tahniah sis... maybe bby girl ni... InsyaaAllah...

Inani Hazwani said... 9/11/16 12:21 PM

Tahniahh kak :)

safurara said... 9/11/16 12:23 PM

Allah, teruknya alah ko wehhhh! semoga dipermudahkan tauuu! tahniah wehhh!

Cik Puan Eka said... 9/11/16 12:42 PM

tahniah dekna.

samalah kita hihi tapi kita awal skit. sama tarikh dgn adra edd hihi

Jueliza Jamani said... 9/11/16 1:14 PM

Tahniah Dkna.. yeaa

Nadia Johari said... 9/11/16 1:35 PM

tahniah dkna..jaga diri baik2..jaga baby..jaga mikha..eheh

suhailah hamid said... 9/11/16 2:38 PM

tahniah dkna, jaga diri baik2 ye..

Kakzakie Purvit said... 9/11/16 2:54 PM

Alhamdulillah... tahniah dari kakak Dkna
Jaga diri dan kesihatan
Control sikit emosi.
Masa ini memang peranan suami amat besar agar Mikhail tak terasa.
Kalau dekat boleh kakak culik sekejap-sekejap Mikhail ke rumah kakak:)

ewanthology said... 9/11/16 9:57 PM

tahniah...semoga banyak bersabar menghadapi dugaan mengandung anak kedua ni.

Julia Johari said... 10/11/16 8:43 AM

Aminn...seronok baca kisah orang hamil ni dkna...doakan utk julia ye...masih lg TTC...setiap bulan inginkan keajaiban dari Allah...cuma belum temui lg cinta Allah lagi...julia doakan semoga rezeki dkna dipermudahkan amin

Kak Mahh said... 10/11/16 11:27 AM

Kita minta yang baik-baik,dan teruskan berdoa agar dipermudahkan segalanya hingga kelahiran adik abelong Mikhail

Liyana Anuar said... 10/11/16 1:21 PM

moga semuanya ok..take care :)

naniey lurviey said... 10/11/16 9:43 PM

Alhamdulillah :) take care

Amin Hakim said... 15/11/16 9:08 PM

Tahniah.. jangan lupa jaga diri elok2

Cikk Mimin said... 15/11/16 11:03 PM

Tahniah kak .. semoga semuanya selamat dan dipermudahkan..

Lisa Nurulain said... 17/11/16 12:21 PM

TAHNIAH DKNA .....

Mazni Azmi said... 17/11/16 11:48 PM

Insyaallah kalau dah rezeki dan takdir Allah. Akan dilancarkan semua urusannya

 
Top