12
Hari Khamis lepas, temujanji minggu ke-20 adik Mikhail, cepat sungguh masa berlalu kan. Kalau tengok perot aku kali ni, tak seperti dah 5 bulan mengandung. Ramai yang cakap, keciknya.. Perut je nampak, badan tak naik pun. Bestnya... Hahhaaaa.. Tapi kali ni aku nampak dan rasa perbezaan dari pengalaman mengandungkan Mikhail.
Jantung adik Mikhail pun agak sukar nak kesan. 2 orang nurse datang usik-usik perut tapi tak dapat bacaan. Dari penerangan nurse, sepatutnya kedudukan baby kat pusat aku, tapi yang ni masih kat bawah. Kecil dari usia kandungan. 
Nurse bagitau aku, masuk bilik doktor hari ni. Aku dah mula rasa cuak dan takut. Yea laaaa..bacaan jantung adik Mikhail tak dapat kesan, memang risau la kan. Aku double comfirm dengan nurse kenapa perlu jumpa doktor kalau tak ada apa-apa masalah.

Rupanya kat buku pink tu dah catat, minggu ke-20 aku repeat scan. Fuh ! Lega Ya Allah. Bila dah masuk bilil doktor tu, secara tak langsung dapat tau la detail kandungan. 

Alhamdulillah.. Adik Mikhail sihat dan dia paling teruja nak tengok baby dalam perut. Waktu doktor nak scan, Mikhail panjat katil dan duduk bersila kat hujung kaki aku sambil intai-intai kat screen. Doktor pulak sporting sambil scan sambil layan Mikhail dan cakap "abang nak tengok baby yea.. Lepas ni abang dapat baby ...dot..dot..dot".

Aku terkejut gak bila doktor bagitau sebab aku tak jangka dah boleh nampak jantina baby tu. Aku senyum jer la sambil tengok kat screen. Nampak tangan, kaki, kepala, jantung. Last sekali doktor just maklum "tak pasti lagi baby ni dot..dot..dot sebab tak jelas. Nanti scan lagi untuk next appoiment".

InshaAllah, bila tiba masanya aku nak bawak Mikhail tengok adik dia untuk scan 4D nanti. Kat situ lebih jelas, aku yakin Mikhail mesti tak berhenti tanya macam-macam bila tengok adik dalam perut nanti... Aku dah tak sabar okeh !!



Satu lagi yang aku nak maklumkan, ada prosedur baru kat klinik kesihatan bagi ibu bapa yang mengandung bermula tahun 2016. Sebelum buat ujian ni, aku dah dapat tahu lebih awal dan baca kat klinik. Aku rajin pulak tanya nurse waktu dorang ambil darah tempoh hari. Katanya, ini prosedur baru memandangkan banyak penyakit yang dikesan selepas baby dilahirkan. Pihak KKM buat ujian berdasarkan result darah dari pasangan. 

Bila dah dapat makluman macam tu, bagi aku tak ada apa-apa perkara yang pelu dirisaukan jika ia untuk masa depan anak. Lepas ni, kalau mengandung lagi pun akan dikenakan ujian HIV ni. Siapa sempat jalani ujian HIV ketika mengandung? 


Post a Comment

Daus Redscarz said... 26/12/16 10:09 AM

Alhamdulillah.. syukur..

PeRdU cINta said... 26/12/16 10:18 AM

Alhamdulillah...inshaAllah tak lama lagi Mikhail jadi abang...

Yana MIB said... 26/12/16 2:21 PM

Ibu mkn banyak sket buuu...😁😁
Janji baby sihat Alhamdulillah kan.,.byk pulak nk kena amek drh skrg ni 😨😨

careno said... 26/12/16 11:53 PM

Ooo... Dah ada Test setiap kali ngandung eh.. X sbrnya nak menyebuk kat klinik lagi..

Nadia Johari said... 27/12/16 1:05 AM

alhamdulillah..okla tu berat maintain ok..Ooo ade prosedure baru erk..tetiba nak menambah pulak kasi adik dekat fariza..eh..hahha..

Sheila Salim said... 27/12/16 7:41 AM

Assalamualaikum..alhamdullilah.. jaga kandungan baik2 dkna. Hehhee

Kakzakie Purvit said... 27/12/16 9:02 AM

Bagus juga preocedure baru ini Dkna
Demi menjaga kebaikan utk semua rakyat M'sia

mas saari said... 27/12/16 1:27 PM

moga baby sihat sehingga lahir.
seronok abang yer nak dpt adik.

YB Shehan said... 27/12/16 4:06 PM

wah. new info psl saringan hiv tu. bgs la. moga baby sntiasa sihat.. amin

raihanah said... 28/12/16 8:23 AM

prosedur KK ni memang bagus, teliti

Emarieys said... 28/12/16 3:51 PM

tak sabar abangnya nak ada adik erkh.

Akif Imtiyaz said... 2/1/17 7:29 AM

Wah mikha teruja betul nak tengok adik baby ya..Nanti mesti banyak lagi dia duk tanya bab adik baby..Moga2 tak jeles laa ya nanti bila adik baby dah kluar..Semoga terus diberukan kesihatan yang baik ya Dkna..

 
Top