5
Selalunya kalau ada aktiviti di Putrajaya, aku jarang sangat tahu lebih awal..hehehe. Biasanya orang yang berada luar dari kawasan ni akan lebih alert kan? Ok, hujung minggu ni ramai yang masih bercuti atau dah balik ke kediaman masing-masing? Jom la melepak kat Putrajaya sambil tengok Festival LAMPU 2016.

Tarikh : 30 Disember 2016 hingga 1 Januari 2017
Lokasi : Dataran Putrajaya Presint 3
Masa : 7.30 malam hingga 12.00 malam

Masuk adalah percuma !

 
Antara persiapan yang sedang giat dijalankan di tapak pesta. Seperti tahun sebelum ni, aku yakin ada sesuatu yang menarik untuk korang datang sini. Kalau ada camera DSLR tu, wajib datang tau untuk rakam moment menarik kat sini. Nak elak jalan sesak, ada beberapa jalan altenatif disediakan tapi aku pasti korang selagi boleh nak parking dengan lokasi yang paling dekat pentas kan? hahahaaa. Cuma pesanan aku, bertabahlah kalau nak masuk Putrajaya nanti.
Antara aktiviti lain. pertunjukan Fusion Wayang Kulit di 'Light & Motion Putrajaya (LAMPU)' yang akan bermula pada 30 Disember ini. Jom bawa keluarga ke Putrajaya. Ikuti perkembangan terkini acara LAMPU 2016 di Page ini https://www.facebook.com/FusionWayangKulit/ .

Tiket adalah bagi pertunjukan Tradisional wayang kulit + free preview Peperangan Bintang
Lokasi : Auditorium Cempaka Sari
Masa : 6 petang, 8.30 malam dan 10 malam.
Harga Tiket : Dewasa RM10.00 / Kanak-kanak bawah 12 tahun RM5.00
Untuk info korang yea sepanjang berlangsung Festival LAMPU 2016 nanti. Sediakan duit secukupnya untuk korang tawaf gerai makanan....hahahaa. Jangan risau, ATM ada di merata tempat. Jemput datang semua.


Post a Comment

mas saari said... 29/12/16 9:14 AM

setiap kali ada festival lampu ni tak pernah berkesempatan pergi. tahun ni harap ada rezeki nak jejak kaki ke sana.

eima said... 29/12/16 11:48 AM

cantik tp mls nk pi .... mlm2 kami rajin tidoq awal ... hehehe

Nur Zahirah said... 29/12/16 12:16 PM

wahh best nih lawa semua tuh and makanan mesti banyak punya

Akif Imtiyaz said... 2/1/17 7:25 AM

Suka laaa bab2 lampu ni..Suka tgk macam2 warna dgn cahaya yang cantik2..anak2 pasto teruja lau dapat pergi..

imnajmi said... 3/1/17 5:25 AM

Perghh darth vader bak wayang kulit pun ade.. hehe penah pegi 2 kali jer seumur hidup putra jaya ni.. hope ada rezeki boleh pegi tengok tahun depan

 
Top