7
Sebenarnya kan,, aku nak kongsi perasaan ni ngan korang. Perasaan frust yang amat..amat frust mengalahkan frust bercinta tau dak macam mana rasanya. Kisahnya bermula dengan aku beli kain dari page Kain Borong Murah-Luna Lara Inspired. Harga ni lebih murah dari pasaran sebab pre-order, tapi kena banyak sabar la sebab jangkaan masa nak dapat tu mungkin lambat. Orang lain dah pakai, aku baru terhegeh-hegeh baru terima parcel..hahaaa.. 

Penantian aku berbaloi sebab aku memang target nak pakai dalam tempoh mengandung ni. Nak pakai pergi kerja je, sebab baju-baju yang sedia ada makin mengecil bila perut aku membesar...hahahaha. Ok, aku tempah 2 helai kain yang berlainan warna dan boleh buat 2 pasang baju. 

Design pertama yang aku berkenan sangat, macam gambar kat atas ni ha. Kiranya aku pakai waktu perut membesar memang sesuai dan bila dah kembali langsing nanti pun masih boleh pakai..hehehe. [Iklan, kalau nak beli kain macam ni, boleh whatsapp 013-9212926 tu yea.. ada promosi] 

Nak dijadikan kisah, aku tempah dengan tukang jahit yang tak pernah aku tempah baju sebelum ni. Aku tertarik dengan tukang jahit ni sebab dia boleh datang rumah kita, ambil ukuran badan dan kain. Bila dah siap, dia akan hantar balik kat rumah tanpa mengenakan apa-apa caj tersebunyi. Aku cuma bayar harga upah baju jer. Kawan pejabat aku pernah tempah dengan akak ni dan aku tengok dia pakai baju kurung moden elok jer. Jadi bertambah yakin untuk aku tempah dengan akak ni.

Haaa...tanpa membuang masa, aku terus tempah. Gambar contoh baju ni aku memang dah bagi dalam whatsapp untuk rujukan akak ni. Dan lebih menyakinkan aku bila dia cakap pernah jahit design sama untuk customer lain. Hati aku dah berbunga-bunga sebab duk bayangkan pakai baju ni waktu mengandung, boleh sorok perut ...kikiiiii

Waktu aku terima baju ni, aku memang tak pakai depan akak tu sebab aku dah perasan ada sesuatu yang tak kena ajer ngan baju yang aku tempah. Kebetulan aku tak sihat hari tu, otak kelaut dan ada tetamu kat rumah. Sebelum basuh, aku dah test depan cermin...ermm.. tak menjadi !

Lepas terperap dalam bakul lebih kurang 2 minggu, baru aku pakai ke pejabat. Kenapa lambat sangat baru nak pakai? Haaaa..sebab aku frust..korang tau tak macam mana perasaan kecewa hati mak buyong ni ha... sedih woooo !

Lagi ketara bila aku gabungkan gambar contoh design yang aku nak tu dengan apa yang aku dapat. Bertambah frust ! Kat mana bezanya? Haaaaa..tang kedut-kedut kat dada tu jer.. Baju aku, tak menjadi kedutnya tapi jadi kembang belah kiri dan kanan.

Memang sesuai jer untuk aku pakai sampai kandungan 9 bulan sebab baju ni kembang...tapi aku frust tak kedut.. sedih tau hati mak buyong ..huwaaaaa... Lepas bersalin nanti, memang tak dapat pakai, sebab nampak kembang semangkuknya tu sesuai dengan badan aku yang kecik. Kecuali aku alter bagi kecik kiri dan kanan. Silap pakai, kalau kena tiup anginm boleh terangkat baju tu...hahahahhaaa

Sehelai lagi, dress yang aku tempah tu pon sama jugak tak menjadi. Labuh sangat dress tu, memang kena potong. Andai kata aku pakai heel pun, tetap labuh. Ukuran besar boleh aku pejam mata lagi, sementara perut aku sedang membesar ni haa. Lepas ni, kena alter bagi kecik sikit supaya baju tu nampak memang baju aku, bukan baju pinjam...hahahahaa

Lain yang aku harapkan, lain yang dijahitnya walaupun dah bagi contoh design bergambar, tapi....ermmm.. Tu lah punca aku frust. Aku tak marah pun akak ni, tapi nak luah jugak supaya hati aku lebih tenang...hihiiii. Baju-baju ni, boleh jer pakai untuk mengandung.

Ok, lepas ni, aku tak nak dah tempah kat akak ni...hahahaha.. aku rela drive ke rumah tukang jahit sebelum ni walaupun agak jauh sikit dari rumah aku. Hati mak buyong sangat. Padan muka aku !! hahahaaaaaa




Post a Comment

Fiza Rahman said... 9/12/16 1:05 PM

Alahaiii... Maunya tak frust. Dah lah kain cantik.

dorsett pink said... 9/12/16 2:55 PM

sedihnya. kalau saya pun sakit hati ngan tailor tu..

dorsett pink said... 9/12/16 2:56 PM

tengok gambar ni, langsung tak ada kedut-kedut kat dada tu

Rozita Abdul Rahman said... 9/12/16 3:09 PM

bagitau tukang jahit tak?

Liyana Anuar said... 9/12/16 3:48 PM

lainnyeee....frust mak buyong ni lain sikit kan,,,huhu..takpe..next time oter la,,tgk cantik je baju tu :)

nuyui a.k.a miss YUI said... 9/12/16 3:59 PM

kalau yui pun frust..huhu

mas saari said... 10/12/16 12:21 AM

Jumpa semula tukang jahit dan mintak gantirugi. Akak penah kena camni dgn tailor, baju besar dari ukuran. Akak suruh dia alter semula atau dia kena kembalikan duit.

 
Top