9
Percutian Bajet Di Melaka Arenaa Deluxe Boutique Hotel. Perancangan saat akhir untuk bercuti ke Melaka minggu lepas. Aku bagitau suami nak pergi kenduri kawan lama kat Melaka, lepas tu suami setuju. Alang-alang nak kesana, terus jer pasang niat nak ronda-ronda. Ala-ala percutian bajet la konon tapi habis duit lebih kurang RM 500 jugak termasuk penginapan, makan, minum, minyak dan tol. Jimat? Haaaaa..betul-betul bajet kan. 

Saat aku akhir cari hotel kat Melaka, Penuh beb ! kebanyakan resort pun dah penuh.. puas juga aku godek dan google hotel yang murah dan berada di tengah bandar. Akhirnya aku jumpa Arenaa Deluxe Boutique Hotel. 

Aku check in lebih kurang pukul 4 petang lepas selesai kenduri kawan lama. Masuk je pintu masuk hotel ni, terus jer hati aku cakap 'pergh! cantiknya lobby'. Sejujurnya memang cantik wey,,,hahaha, Terkejut gak sebab aku tak sangka dengan harga yang murah, aku berdiri kat lobby cantik macam ni...hihiii

Jarang-jarang masuk hotel, keterujaan tu melampau sikit la..hahaha. Staff kat sini pun peramah jer, Waktu aku sampai, hujan renyai-renyai dan dorang sediakan payung untuk sambut tetamu dari kereta. Bab parking pulak, depan hotel ni boleh muat lebih kurang 6-8 buah kereta je tapi korang jangan risau, hotel ni sediakan parking khas untuk pelanggan mereka di seberang jalan nun kat sana.

Suami aku just parking tepi kaki lima jer, malas nak berjalan katanya...hahahaa.. Banyak jer kereta lain parking kat situ, Nasib baik tak kena saman..hehee
Ok, ni bilik 1 deluxe Twin Room yang aku dapat disaat hotel lain dah penuh. Bagi aku, bilik ni dah cukup selesa dan berbaloi dengan harga. Setakat Mikhail sorang jer, aku cantumkan ajer katil tu untuk tidur. Tapi kalau anak ramai, bilik ni tak sesuai. Redha jer la dapat yang ni pun kan, kata nak bajet, nak murah...gituh...hehehehee

Paling best, ada WIFI free..laju lak tu. Aku suka...aku suka. Siaran astro pun ada cuma tak jelas la, macam pakai antena biasa. Tapi aku tak sempat pun nak tengok TV, sekadar untuk rehatkan diri jer. Niat nak berjalan kan? Buat apa stay lelama dalam hotel. Betul tak? Kalau nak iron, mintak jer dengan dorang. Pemanas air disediakan. Tapi korang jangan mengharap ada nescafe 3in1.. hahaa.. Peti ais dan peti besi pun ada. 

Oh lupa.. bilik aku ada balkoni. Boleh view memalam tengok lampu dan waktu pagi tengok baba nyonya jalan kaki pergi kedai kopi.
Bilik air pun cantik. Mikhail kemain seronok lagi dapat mandi air pancut. Nak mandi, tarik jer tirai tu ha.. Tapi pintu bilik air ni tak boleh kunci. Rosak. Suami aku tengah syok mandi, Mikhail tendang pintu, terus terbuka...hahahhaa.. Menjerit abi dia dalam tu..kikiiii.. Waktu tu baru sedar kunci tak berfungsi. Tapi ok la.. Aku semuanya ok ajer.. 
Kalau korang nak datang bercuti kat Melaka, boleh la tinggal kat sini. Dekat jer dengan lokasi hangat. Kalau dari hotel ni nak ke lokasi berikut :

Jonker Walk : 3KM
Ikan Bakar Parameswara : 9KM
The Shore Sky Tower : 4KM
Coconut Shake Original Klebang : 12KM

Jangan lupa bandingkan harga sebelum korang booking bilik hotel ni. Harga yang aku dapat RM 118/night  (tidak termasuk sarapan pagi) dan deposit RM 50 dikenakan untuk daftar masuk akan dikembalikan selepas daftar keluar. 

Arenaa Deluxe Boutique Hotel. 
Jalan Ujong Pasir 
75050 Melaka
Tel : 06-2883399



Post a Comment

Julia Johari said... 14/12/16 2:17 PM

Cantik hotel ni dkna...betul dok dlm hotel cuma nak lepaskan penat lepas tu apa lagi jln2 pusing melaka la hehehe...juju suka hotel bajet mcm ni...cantik luar dan dalam...janji murah dan ada kerlas!

Nina Mirza said... 14/12/16 2:59 PM

Menarik tertarik laa... nanti nak usha laaa harga dia

Anonymous said... 14/12/16 4:38 PM

cantikkkk

nurmisnan said... 14/12/16 4:46 PM

uiittt... harga x termasuk sarap. ok tuh.. murah juga.. sarap beli jer sendiri.

mana klebang shake.. x beli ke. hehe

Fiza Rahman said... 15/12/16 1:13 PM

Menarik sangat.

Sheila Salim said... 15/12/16 3:22 PM

Assalamualaikum dkna. Wah cantik. Bestnya. Ok part pintu tu kelakar. Hahahaha

Inani Hazwani said... 16/12/16 10:17 AM

Selesa sangat kalau hotel bajet pun dah macam ni 😊

Kak Nab said... 7/1/17 11:41 PM

menarik juga ni..tq sharing sis

Qimie said... 23/1/17 2:34 PM

Suka sangat ruang lobi hotel ini yang mempunyai sofa yang nampak selesa sekali utk duduk atasnya.

 
Top