15
Tempat Menarik Di Melaka Wajib Singgah. Sebenarnya banyak lokasi yang menarik untuk diterjah di Melaka, tapi aku tak berkesempatan nak jelajah semua. Menginap satu malam jer kat Melaka tempoh hari, jadi aku google jer lokasi yang diviralkan di Melaka. Jom aku kongsi dengan korang 4 lokasi viral yang wajib korang singgah di Melaka.

IKAN BAKAR PARAMESWARA, UMBAI


Medan ikan bakar di Umbai ni memang terkenal sangat. Kat sini ada banyak gerai atau kedai makan ikan bakar dan yang paling ramai pengunjung ialah Ikan Bakar Parameswara. Aku sampai ke lokasi jam 8 malam, orang dah ramai beratur. Aku bernasib baik sebab pengunjung yang beratur di depan aku bagitau supaya cari meja terlebih dahulu sebab bila nak order nanti, bagitau kat kaunter nombor meja.

Jadi kami berpecah, aku cari meja dan suami pula beratur untuk tempah makanan. Lebih kurang 45 minit beratur kat sini, baru dapat order ikan bakar. Dan menunggu makanan sampai ke meja pulak lebih kurang 30 minit. Sesiapa yang nak makan kat sini, perlu kesabaran yang tinggi okeh...hahahaaa
Ikan Siakap 700g RM 23.10
Pengunjung yang datang kat sini cadangkan supaya pilih ikan bakar 'kosong' dah memadai sebab sambal kicapnya cukup ummmmpppphh. Kebetulan ikan kerapu dah habis, jadi suami pilih ikan siakap jer untuk santapan malam tu. Tak salah kita cuba menu yang menjadi kegemaran ramai yea dak? 

Sepahat RM 12.00
Menu sepahat masak halia ni dah ditetapkan harga dan beratnya. Hanya perlu ambil dalam bakul dan maklum nak masak apa. 
Sotong Goreng Tepung 400g RM 19.60
Sotong goreng tepung ni lebih kurang 3 ekor dan cukuplah untuk kami suami isteri menjamu selera. 
KOMEN : Mengikut selera aku ketika makan dalam keadaan perut lapar, ikan bakar kat sini dalam kategori 'biasa' jer. Mungkin tak cukup uuurmmmppphh dengan sambal kicap yang disediakan dan kalau disediakan pilihan air asam, mungkin lebih baik. Sepahat tu sedap dan anak aku suka makan kuahnya... banyak pulak dia makan malam tu hanya dengan kuah sepahat. Lapar kot ...hihii. Sotong goreng tepung ni kasi kasi terbaik. Aku suka tepung yang salut sotong tu, rangup giler. 

THE SHORE SKY TOWER

Tempat menarik yang wajib korang singgah kerana Sky Tower ni terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery. Ketinggian 163 meter dari parasa laut mampu buat korang gayat..hehehehee. Untuk memudahkan korang ke sini, parking jer kat memana level, kemudian korang terus ke Level 2 dan cari lif dihujung sekali untuk naik ke tingkat 41. Kat lif tu, dah ada orang yang jaga untuk terus naik ke atas. Sampai jer tingkat 42, korang akan naik tangga atau lif berasingan ke tingkat 42 dimana lokasi Sky Tower ni berada. 

Harga Sky Tower : 
RM 25 / Dewasa
RM 15 / Kanak-kanak (3 tahun keatas)

Di belakang aku tu tempat untuk korang ambil gambar yang telah disediakan oleh pihak pengurusan. Kamera sendiri tidak dibenarkan sebab korang boleh dapatkan gambar kat kaunter bawah nanti. Aku sempat jer posing kat sana untuk 3 keping gambar..hehehee Tapi aku tak beli pun gambar tu sebab harga terlalu mahal ! 1 keping RM 45.00 . Lagipun kami posing tak cantik, memang tak berbaloi nak beli gambar tu. Bro yang jaga kat situ pun macam blur jer, kot yea pun cakap la 'akak...ok posing berdiri..duduk..posing fly bla bla bla'.. 


KOMEN : Kat atas ni korang boleh tengok keseluruhan negeri Melaka dari tempat yang tinggi. Demi jejak kaki ke sini, panas macam mana pun, bertahan jugak kat atas tu lebih kurang setengah jam.. Rugi wooo stay kejap jer sebab tiket mahal. Pastikan korang masuk toilet dulu sebelum naik atas, sebab kat atas ni tak ada apa-apa pun kecuali kolam ikan yang menarik perhatian anak aku untuk main walaupun panas lip lip bak hang.

COCONUT SHAKE KLEBANG
Tempat yang aku nak sangat singgah minum air kelapa kat sini. Akhirnya sampai jugak. Waktu sampai tu, aku tengok orang yang beratur untuk bungkus coconut shake Klebang ni lebih dari 50 orang. Panjang giler ! Cakap kat suami, lebih baik masuk ke dalam dan cari meja sambil hayati minum air kelapa.

Orang ramai yang amaaaaat .. meja penuh dan mata haruslah liar mencari orang yang dah sedia nak angkat bontot. Bila dah dapat meja kat penghujung gerai ni, suami aku patah balik ke depan untuk tengok makanan lain yang dihidangkan kat sini.
Lebih kurang baru sampai coconut shake Klebang atas meja kami. Suami pulak belikan keropok lekor dan nasi lemak untuk isi perut sambil layan coconut shake.
KOMEN : Kat sini pun perlu kesabaran yang tinggi untuk dapatkan minuman yang diviralkan. Ok, coconut shake Klebang ni sedap disebabkan aiskrim yang dorang guna tu pun dah cukup sedap. Suami aku sempat intai, dorang letak aiskrim vanila jenama Walls. Patutla sedap bila dikacau sebati dengan air kelapa. Aiskrim pun banyak, tak kedekut gitu. Harga pun murah jer.

KUIH KERIA ANTARABANGSA

Viral tentang kuih keria ni semakin menjadi-jadi di media sosial. Daripada komen orang ramai, ramai yang mengatakan kuih Kuih Keria Antarabangsa dari Melaka  ni sedap giler. Kebetulan aku dah berada berhampiran dengan coconut shake Klebang, terus jer la singgah nak beli. 

Waktu aku sampai sana lebih kurang pukul 5 petang, aku tengok kat meja depan tu dah kosong. Bakul atau bekas kuih pun dah tak ada dan hanya tinggal meja jer. Tapi ramai yang beratur untuk membeli. Aku tak percaya dah habis sebab aku dengar perbualan pelanggan lain 'kuih keria masih ada, tengah menggoreng kat belakang tu'. Sorang demi sorang pelanggan beransur dan cakap 'dah habis'. Tapi sebarang notis tak diletak kat luar atau dimaklum kepada pelanggan. 

Aku masuk ke dalam, intai.. Memang betul dorang tengah menggoreng tapi kenapa pelanggan keluar dan cakap habis. Lepas tu aku risik tanya pelanggan yang baru jer keluar dari dapur dan katanya habis. Pekerja kat situ nak jawab dengan tak nak jawab soalan pelanggan macam acuh tak acuh jer. Aku keluar dari kedai dan maklum kat suami yang tengah beratur kat luar. Akhirnya suami aku masuk dalam dan tanya sendiri. 

Apa yang dikesalkan, pekerja kat sini tak hargai pelanggan. Tanya beberapa kali, baru nak bagitau yang kuih keria mereka goreng tu telah ditempah bagi orang yang beratur pukul 12 tengahari tadi. Buat pemilik kedai Kuih Keria Antarabangsa ni, aku cadangkan supaya maklum kat pelanggan kat luar sana andai kata kuih dah habis atau tak mencukupi untuk satu-satu masa supaya mereka tak beratur panjang. Aku doakan agar urusan jual beli akan datang berjalan lebih lancar dan tak menyusahkan pelanggan lain. Nasib baik kami sekeluarga sempat beratur lebih kurang 5 minit jer...heheheee. Korang dah rasa kuih keria ni? Share sikit testimoni ngan aku.

Ok, itu jer lokasi yang sempat aku terjah di Melaka. InshaAllah kalau ada rezeki lain, kami akan datang sesi jelajah selepas bersalin nanti. Gigih makyong bawak perut tau...hahahaaaa..



Post a Comment

fizafantagirO said... 19/12/16 11:18 AM

Haaa, yg ikan bakar umbai tu laa kakfiza nk g hari tu tapi tak sempatt

Mazni Azmi said... 19/12/16 11:27 AM

Banyak juga tempat menarik kat melaka. Maznee orang melaka pun tak tau

Ejam Othman said... 19/12/16 2:21 PM

Kuih keria tu pernah rasa sekali jer dulu waktu kedai mereka di lokasi lama sebelum diroboh dan dipindahkan, waktu tu rasa takdelah sesedap mana pun sebab manis jer lebih gula di luar tebal sangat.

Sekarang pun tak rasa teringin nak cuba sebab di Temerloh ni pun dah ada yang menjual kuih keria sedap dan lembut dimakan.

Amanda Suria said... 19/12/16 2:58 PM

Alahai...kesiannya...takpe la Dkna..xde rezeki..takkan nak beratur subuh2 kot kan..patut diorang jaga la service diorang..letak papan tanda ke...

Emarieys said... 19/12/16 4:13 PM

akak kalau ke Melaka memang tak pernah miss oergi ikan bakar parameswara ni..tempat yg lain Dkna kongsi tak pernah try lagi lah..tunggu akan datang.

Hasrul Hassan said... 19/12/16 4:59 PM

Melaka memang banyak tempat menarik .. memalam pun boleh layan lagi. Saya pergi 3 hari dua malam pun tak sempat nak pergi mana2 yang best.

Mungkin nak pergi lagi. Kali pertama pergi .. pak mertua hilang .. haha

Lisa Nurulain said... 19/12/16 7:13 PM

Menarik .. nti pi sana. Teringin nk g tower tu .. kalau makanan beratur rasanya tkleh pi. Fam tk suka tunggu

Bahrain said... 19/12/16 11:26 PM

Semua saya dah pergi kecuali sky tower belum pergi..

At-Tarmizi said... 20/12/16 1:22 PM

Saya orang Melaka..duduk Melaka pun malas nak beratur dekat kuih keria antarabangsa tu..tgk ramai orang sangat...tapi banyak juga tempat dalam Melaka yang saya belum sampai lagi :)

Julia Johari said... 20/12/16 1:28 PM

Semua dah pi dkna tulis ni best kan...part keria tu julia da 2 pengalaman berbeza...dulu memula x femes di layan ye baik je...kali kedua pi mmg nangis la...pekerja gitu gak layan acuh tak acuh...ckp je la semua dh ada tempahan...susah ke nak cakap...adoiii...baik buat sendiri...habis citer

Pakej Pulau Perhentian said... 20/12/16 1:50 PM

Kuih keria & Coconut shake tu memang best. Orang ramai giler beratur sampai ke sudah. :D

Sue said... 25/12/16 6:52 AM

Coconut shake- done
Kuih keria- blom
Ikan bakar parameswara- blom. Tapi kalau tunggu lama cenggitu kena pikir 40 kali nak pegi. Huhuuuu..

Nur Zahirah said... 28/12/16 11:23 AM

tempat viral ni memang best tapi perlukan kesabara yang tinggi lah ye

Akif Imtiyaz said... 2/1/17 7:37 AM

Uikss jalan2 melaka eaa..wahh macam best jer..THE SHORE SKY TOWER tu ...tempat tu akk tak pernah pergi lagi masa kat melaka..kat lain pernah pergi daa..nnt ke sana lagi boleh la singgah..
Kuih keria tak pernah makan pon sbb masa g manusia penuh yang amat tak larat nak beratur aihh..

 
Top