8
TRAINING 3 HARI TANPA DIAPERS. Sebenarnya, aku dah lama nak melatih Mikhail untuk free diapers tapi kekangan waktu buat aku malas..hahahaaa. Disebabkan Mikhail dah dihantar ke taska mulai tahun ni, jadi aku kena buang sifat malas tu jauh-jauh untuk bantu Mikhail belajar ke tandas untuk kencing dan berak sendiri. Pihak taska jugak memang dah melatih anak-anak asuhan usia 3 tahun disana untuk ke tandas sendiri. Kalau ikutkan usia, Mikhail baru cecah 2 tahun 8 bulan tapi ikutkan tahun dah genap 3 tahun usianya. Cepatnya anak aku membesar, bermakna aku makin tua la ...hahahaaa 

Aku mulakan dari rumah ketika cuti awal tahun hari tu selama 3 hari berturut-turut. Memang dah target, hari minggu ni nak latih Mikhail untuk ke tandas, jadi cuti panjang kami sekeluarga habiskan masa dirumah jer. Bagi permulaan, aku hanya melatih Mikhail untuk free diapers waktu siang dan waktu malam pula aku memerlukan masa yang betul-betul sesuai untuk Mikhail sendiri yakin dia dah sedia untuk ucapkan selamat tinggal diapers..heheheeee

Hari pertama aku latih Mikhail, memang agak penat dengan keadaan aku yang tengah mengandung 5 bulan ni. Lebih kurang 5 jam jer, dah 3 kali terkencing dalam seluar..hahahaaa. Maklumla, tak pandai dan tak tau lagi nak bezakan 'rasa nak kencing'. Dah basah seluar, baru dia senyum-senyum. Bila sampai part terberak dalam seluar tu, aku terus pakaikan diapers...hahaa. Ibu mengalah ! 

Hari kedua, aku perhatikan Mikhail dan lebih alert untuk ke tandas. Kali ni mampu bertahan lebih dari 5 jam. Good boy ! Walaupun mulut dia cakap 'tak nak kencing' tapi sebenarnya dia tengah menahan kencing...hehee.. Nampak ada penambah baik kat situ.

Hari ketiga pula aku tak sangka-sangka bahawa latihan selama 3 hari ni nampak begitu ketara. Walaupun ada ketika terkencing dalam seluar, tapi Mikhail dah mampu cakap 'ibu..acah (basah)'. Mikhail dah boleh bezakan deria rasa tu. Alhamdulillah.


Ini merupakan pengalaman aku melatih Mikhail dan alhamdulillah Mikhail dah berjaya free diapers untuk waktu siang di taska dan rumah. Sekarang aku tengah melatih untuk dia membiasakan diri ketika berada diluar kawasan rumah pulak. Ok, korang boleh baca ringkasan tips untuk melatih anak ke tandas. 

TIPS MELATIH ANAK KE TANDAS
  • Di galakkan waktu 3 hari ini tidak keluar ke mana-mana atau travel.
  • Boleh gulung semua karpet dan tikar di rumah. Sediakan/beli plastik vinyl (mcm alas meja tu) untuk alas tempat duduk atau bermain. Boleh juga beli cadar waterproof.
  • Hari pertama, bawa anak ke tandas setiap 15 minit. Minta mereka duduk mecangkung atau duduk di potty mereka jika menggunakan potty. Minta mereka kencing dan tunggu 4-5 minit. Anak kebiasaannya belum faham isyarat badan mereka bila mahu kencing atau berak. Proses ini akan bantu mereka untuk faham.
  • Hari kedua, bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap 30 minit. Ulang seperti hari pertama.
  • Hari ketiga, bawa anak ke tandas untuk kencing atau berak setiap sejam. Ulang seperti hari pertama. 
  • Kita sudah tak bawa mereka ke tandas secara rutin. Boleh juga bawa mereka ke tandas bila rasa sudah lama mereka tidak kecing/berak. Tetapi lebih baik bagi mereka masa untuk belajar maklumkan kepada kita bila mereka nak kencing/ berak.

MELATIH ANAK KE TANDAS, KENCING DAN BERAK SENDIRI
  • Jika anak ada kencing/berak, maklumkan ini adalah kencing/berak. Puji mereka bila mereka Berjaya kencing/berak. Jika anak tak kencing atau berak, maklumkan “Ok. Adik tak dapat nak kencing lagi ya, takpe, next time kita kencing.”
  • Kemudian, basuh kemaluan mereka, basuh tangan mereka dan basuh kaki mereka. Ulang semua steps ini setiap kali bawa mereka ke tandas.
  • Untuk malam, sebelum tidur bawa mereka ke tandas dan minta mereka kencing. Buat step seperti di atas. (Mikhail belum bersedia untuk sesi malam)
  • Kejutkan mereka maksimum 2 kali untuk kencing di tengah malam/awal pagi. Lama- lama anda akan perasan anak akan pandai untuk tak kencing waktu tidur malam, sama seperti kita yang dewasa.
  • Semakin banyak anak ‘accident’ (terkucil/terberak merata2), semakin anak belajar estimate bila mereka akan kencing atau berak dan maklumkan, ini adik kencing ni, ini adik berak ni.. adik lepas ni kencing/berak di tandas. Sepanjang training ini banyakkan introduce tentang KENCING, BERAK, TANDAS, MENCANGKUNG, BASUH TANGAN dan KAKI SEBELUM KE LUAR TANDAS. 
  • Tidak perlu kurangkan air mereka minum seharian. Biarkan ianya menjadi senormal mungkin, mereka perlu belajar dalam real situation.
  • Hari ketiga kebiasaannya anak dah mula tunjuk hint yang mereka sudah slow slow faham bahasa badan mereka. Kadar accident dah makin kurang dan mereka mulai maklumkan/beri isyarat yang mereka nak kencing/berak.

MELATIH DALAM TEMPOH 1 -2 MINGGU

  • Anak lebih mudah untuk belajar faham tentang kencing berbanding berak kerana proses kencing lebih banyak kali mereka tempuh dalam sehari berbanding berak.
  • Anak lebih mudah untuk free diapers waktu siang berbanding malam, kerana sewaktu tidur mereka terkadang tak perasan isyarat badan mereka bila mahu kencing.


Alhamdulillah hasil usaha aku dan ticer kat taska yang banyak membantu melatih Mikhail untuk belajar 'rasa' nak kencing dan berak. Tanpa bantuan ticer, agak sukar jugak aku nak melatih anak sebab lebih kurang 9 jam setiap hari Isnin hingga Jumaat Mikhail berada di taska berbanding masa bersama dengan aku hanya hari minggu. 

Kawan aku cakap, melatih anak lelaki untuk free diapers ni lebih senang berbanding anak perempuan. Apa pendapat korang yang ada anak lelaki dan perempuan? Betul ke atau ini sekadar auta? Ok, aku harap korang pun berjaya melatih anak ke tandas secepat mungkin. Lagi cepat nampak hasil bila anak dah boleh bercakap dengan lancar. Memang terasa sangat-sangat jimat duit untuk beli diapers anak...hahaha.. Good luck korang.


Post a Comment

PeRdU cINta said... 13/1/17 1:39 PM

Alhamdulillah :)

mas saari said... 13/1/17 2:07 PM

ikut pengalaman akak anak lelaki mmg payah sikit, terutama waktu malam. Anak perempuan akak 4 thn dah free diapers siang dan malam.

Kak Mahh said... 13/1/17 3:10 PM

Tahniah Abelong!

Sheila Salim said... 13/1/17 3:34 PM

AssaLamualaikum dkna..adam training dah 3 bln. Sukses waktu siang. Malam je belum try sebab tak larat nak bgun. Hihii tapi next week memang nak try sampai sukses pt all the time. Good luck dkna and mikhail...

makchaq said... 13/1/17 9:05 PM

Tahniah Dkna & mikhail..

Anak2 makchaq cepat bercakap, jadi memang cepat la x pakai diapers. Setahun lebih dah x pakai diapers siang malam. Tak swmpat pun nak beli diapers saiz L.

Susahnya bila pegi jalan.. makchaq pakaikan diapers sebab nak senang.. tapi bila nak kencing menangis jugak nak ke tandas sebab tak reti dah nak kencing dlm diapers..

Ainniah Zulkefli said... 20/1/17 7:46 PM

alhamdulillah. sy pun berjaya train anak free diaper siang, malam still pakai pampers. sekarang tengah cari time nak train adiknya plak. fuh..

Nur Zahirah said... 31/1/17 12:33 PM

bagusnyaa, cara yang bagus dan berkesan. memang kena latih dari kecik senang sikit.

Nadia Johari said... 4/2/17 2:38 AM

dah besar dah..nak jadi abang dah

 
Top