7
Kehidupan.. apa yang korang boleh huraikan mengenai kehidupan? Sangat-sangat susah untuk dijelaskan mengenai kehidupan kita. Sebab setiap orang, setiap individu mempunyai kehidupan yang berbeza. Mempunyai dugaan dan rezeki yang berbeza. Semuanya telah ditetapkan oleh Dia. 

Dia yang maha mengetahui segalanya. Segala-galanya yang kita belum ketahui apa yang akan terjadi esok hari. Bila kehidupan sebenarnya bermula?

Adakah kehidupan kita bermula pada usia mencecah 30 tahun? 
Atau mungkin kehidupan sebenar kita bermula setelah berkahwin?
Atau mungkin setelah kehilangan keluarga, hilang ibu ayah?
Atau kehidupan sebenar kita bermula selepas SPM? Universiti? Master? PHD?

Yang pasti, kehidupan kita bermula bila kita 'rasa' inilah permulaan hidup ku. Inilah perjalanan sebenar kehidupan aku. Sebijak mana kita memilih jalan menuju kehidupan yang terbaik, pasti akan lalui saat-saat sukar untuk mendapatkan kehidupan yang sebenarnya.

Kadang... ada saat dimana aku harus menghadapi semua dugaan dengan sendiri.
Meski pun hati menangis, aku tetap kena terus berusaha untuk kelangsungan hidup.
Bukan untuk diri sendiri, tapi untuk amanah yang dipinjamkan kepadaku.
Keadaan memaksaku untuk terus kuat meski pun aku tak mampu.

Sabda Nabi SAW yang bermaksud : “Dan sesiapa yang bersabar, maka Allah akan menjadikan dirinya penyabar, dan tiada pemberian yang (Allah) berikan kepada seseorang yang lebih baik dan lebih luas (manfaatnya) daripada kesabaran.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Post a Comment

Sheila Adziz said... 24/1/17 4:32 PM

betul tu sis... kehidupan di dunia boleh di rancang dengan izinNya, semoga kehidupan di dunia akan membawa kita menuju ke kampung abadi...

PeRdU cINta said... 24/1/17 5:34 PM

Tidak kiralah bagaimana setiap daripada kita menterjemah bila erti kehidupan itu bermula..yang utama letak A iaitu DIA yang utama dan pertama..
Betul..betul..betul..adakala terasa mahu rebah..namun bila memandang kesayangan yang diamanahkan..kekuatan itu seakan mendekat.

Sue Izza said... 24/1/17 6:59 PM

itulah dia kehidupan,berbeza bagi setiap orang namun yg sama sabar dan tetapkan hati pada yang Esa adalah jalan terbaik harngi semua dugaan hidup ini.

Kakzakie Purvit said... 25/1/17 10:29 AM

Bila dalam kehidupan sentiasa bersandarkan landasan segala apa bentuk pun ujian dan kejadian akan dihadapi dgn kekuatan biarpun ada kalanya menagih airmata yg panjang. Tapi kekuatan diri membuat hidup dpt diteruskan dgn +ve.

CIKZACOM said... 27/1/17 2:41 PM

Setiap org melalui pengalaman berbeza bergantung pada corak kehidupa.. dugaan diberi oleh dia yg maha esa hanya untuk menguji kekuatan dalam diri kita.. sabar itu adalah kuncinya..

Emarieys said... 27/1/17 4:51 PM

Kehidupan tak sama antara satu sama lain..Ada yang dapat menjalani kehidupan yang ada yang sebaliknya...

Nur Zahirah said... 30/1/17 11:23 AM

betul tu, lain orang, lain pandangan tentang kehidupan dan lain jugak dugaan dalam menempuh kehidupan memasing

 
Top