10
Dah masuk minggu ke-2 Mikhail ke taska. Drama demi drama aku kena tengok setiap hari...hahahaa. Kalau bab bangun pagi, buat masa sekarang Mikhail tak banyak masalah kecuali kalau dia tidur lambat. Waktu pagi, mesti meragam sebab mengantuk lagi. Tips kedua, bukan aku yang kejutkan dia. Korang faham-faham la kan, kalau ibu yang kejut makin banyak ragam. Bab ni aku serah kat suami untuk kejutkan Mikhail setiap pagi. Bila dia dah buka mata, baru aku ambil alih tugas untuk ajak mandi dan siap-siap pergi taska.

Semalam, hari Isnin aku dah ready mental fizikal untuk tengok drama dari Mikhail. Drama bermula dari dalam rumah lagi bila dia dah mula pegang kain, tarik tangan aku tak lepas-lepas. Maklumla, 2 hari cuti, duduk kat rumah main dan tengok kartun jer. Tiba hari ni, kena bangun awal dan hantar ke taska. Elok jer aku parking dekat taska, Mikhail dah mula cakap 'aaanaaakkk bu..anaaakkkk (tak nak ibu)'. Tapi dia tetap jugak follow aku jalan masuk ke dalam taska. Tangan? Ermmmm.. memang tak lepas la duk pegang kain aku ni ha... Dah masuk taska, dia pulak yang ajak aku pergi simpan beg kat dalam bilik khasnya lepas tu ajak aku duduk kat kerusi sama-sama.

Puas jugak aku pujuk, tapi dia makin nampak sedih..tak menangis pun tapi hidung dah merah, mata pun dah merah tiba-tiba menitik air mata. Waktu tu, aku pulak yang rasa tak sampai hati nak tinggal dia kat taska. Aduuuiii anak..terus aku angkat dia duduk atas riba, peluk sambil sembang dan puji dia. Last sekali, aku pass jer kat tecer. Terus dia melalak...ibuuuuu...ibu....

Hati aku kena kental yea dak? Kalau tak, sampai bila aku nak kena teman dia kan? Aku sempat pandang belakang dan tengok tecer pujuk dia, Ikutkan hati aku, nak jer tunggu tepi-tepi tiang tu tengok ada reaksi dia. Tapi aku tak sanggup dengar anak menangis, aku biarkan dan terus masuk pejabat. Telefon kat tangan aku, menanti jer berita dalam group whatsapp kalau-kalau tecer report apa-apa tentang Mikhail. So far, alhamdulilah Mikhail ok jer kat sana sampai petang. Tecer pun maklum, Mikhail dah pandai mengadu nak kencing. Nampak perubahan kat situ. Good boy.

Hari ni pulak, tak ubah macam semalam. Aku tetap teman Mikhail kat kerusi tu sambil sembang-sembang. Aku dah redha kalau dia masih lagi menangis hari ni. Aku bagi isyarat kat tecer mintak dia ambil Mikhail. 

Serius aku tak percaya, hari ni Mikhail tak nangis. Tecer datang dekat dia, terus jer dia pusingkan badan ke arah tecer. Aku pun terus jer bangun sambil cakap 'Mikhail dah besar, jangan nangis lagi. Duduk kat sekolah main dengan kawan-kawan. Petang nanti, ibu datang ambil'. Ayat ini aku ulang kali bagitau dia sambil salam dan cium. 

Sepanjang perjalanan aku ke pejabat pagi tadi, hati aku tetap risau. Pelik sungguh kan perasaan seorang ibu ni. Anak tak nangis pun aku rasa sebak..rasa macam tak percaya. Rasa gelisah, betul ke anak aku tak nangis hari ni? Hahahaaaa. Kalau anak nangis, lagi bertambah risau. Korang pun macam aku jugak ke? 

Salah satu punca yang aku syak Mikhail sedih atau takut nak ke taska, sebab tak ada orang melayan dia. Selalunya kat rumah pengasuh, ada je peneman dan suasana dalam rumah berbeza dengan keadaan persekitaran dalam taska. Tecer pulak hanya layan anak-anak yang meragam je. Bagi anak-anak lain, mereka dah pandai berdikari sendiri. Satu perubahan baru untuk Mikhail dan dia harus membiasakan diri dalam persekitaran baru. 

Setiap petang, secepat mungkin aku cuba ambil dia kat taska, aku pasti dia akan menanti aku bila petang, jadi aku tak boleh lewat walau sesaat pun.




Post a Comment

careno said... 10/1/17 2:16 PM

sbb tu 5 minit sblm waktu blk mak mak smue dah beratur nak punch... hahahha... lewat 5 saat pun bermakna kann...

Lisa Nurulain said... 10/1/17 3:30 PM

mesti nanti akan rindu saat mcm ni. time besar nanti mikhail boleh la baca coretan ibu dia ni ... hehehe

Emarieys said... 10/1/17 3:58 PM

mula-mula anak dia takut-takut dgn orang tak kenal..tu pasal tak boleh jauh dengan ibu...lama-lama biasalah nanti.

Kakzakie Purvit said... 10/1/17 4:12 PM

Semua ibu yg berkerjaya akan menghadapi situasi begini Dkna
Memang kena cekalkan hati walau sebenarnya hati kita sedih

Nampaknya Mikhail dah makin selesa tu. Alhamdulillah...

yana yassin said... 10/1/17 4:16 PM

Patut lah sampai tadi, sedang elok dia duduk makan kuih. tak nangis pun. Good boy .

Kak Mahh said... 10/1/17 6:21 PM

Tak lama lagi mulalah ngorat awek tu

Kak Mahh said... 10/1/17 6:22 PM

Tak lama lagi mulalah ngorat awek tu

Kak Mahh said... 10/1/17 6:22 PM

Tak lama lagi mulalah ngorat awek tu

Sue Izza said... 10/1/17 10:22 PM

kak sue pulak rasa nak nangis huhuuu

Tukang Karut said... 12/1/17 9:49 AM

budak2 sekarang cepat je serasi tadika... kita dulu2 seminggu mak duduk tadika...

 
Top