15
Aku tak tau nak gelak ke nak sedih tengok kelakuan anak ni ha. Betul la orang kata, minggu pertama anak-anak ke taska, tadika atau sekolah pasti ada kisahnya tersendiri. 2 tahun Mikhail membesar di rumah pengasuh. Setiap hari dia tengok wajah pengasuhnya yang sama tetapi masuk tahun 2017, tiba-tiba setiap pagi ibu hantar dia ke lokasi lain. Suasana berbeza dari sebelum ni. Ada ramai tecer dan kawan-kawan kat sini. Kejutan besar bagi Mikhail agaknya...hehehehee.

Hari pertama. aku dan suami teman dia kat taska sementara tecer kat sini uruskan dia dan budak-budak lain. Macam biasalah, dia nampak seronok sebab banyak mainan lepas tu ada macam-macam hiasan warna warni kat taska tu. Aku panggil pun dah tak layan, seronok sangat berlari ke sana sini. Jadi, aku tinggalkan dia dengan kawan-kawan bermain dengan harapan tak menangis.

Waktu balik pulak, dari jauh aku perhatikan dia. Sama-sama pandang tapi mungkin dia cam tak cam jer ibu melangkah kearah. Dah sampai dekat, terus berlari datang peluk aku. Nampak dari raut wajah Mikhail macam nak cerita atau cakap 'kenapa tinggal Mikhail'...hahaaaaa..
Hari kedua, aku jer hantar dia ke taska. Dah mula tunjuk reaksi tak nak bagi ibu pergi jauh. Pegang kain, pegang tangan sambil cakap 'ibu...duk sini la'. heheeee.. Aku pulak tengah cari idea nak hilangkan diri dari pandangan. Aku dah bagi hint kat tecer bila nampak peluang keemasan nak cabut lari 100km/jam dari Mikhail..kikiii.. Gigih tau aku lari, nasib baik la adik Mikhail tak terkejut kat dalam perut tu haaaaa.

Gambar ni diambil oleh rakan +yana yassin dan hantar laporan pagi tu lepas aku cabut lari. Mikhail menangis lepas aku pergi, katanya. Panggil ibu....ibu...ibu.. Lepas tu, tecer datang peluk dan pujuk dia terus diam dan termenung. Agaknya sedih lagi sebab ibu tinggal dia sorang-sorang kat sana.

Hari ni, masuk hari ketiga Mikhail di taska. Makin parah...hahahaaa.. Dari rumah lagi cakap tak nak pergi sekolah. Pujuk dengan makanan dan bawak masuk pejabat sekejap supaya emosi dia stabil. Nampak dah seronok, aku pun terus hantar ke taska. Sampai jer kat tempat parking tu, drama air mata berulang....'ibu...lik umah la bu...lik umah la bu'.

Gigih la aku dukung dia masuk dalam taska. Tertanya, wanita gagah sebab mampu dukung anak sambil kendung baby dalam perut...hahahaha.. Ok, masuk jer dalam taska, Mikhail nampak tecer, dia kemain senyum..hamboooiii. Mengada sangat tau ! Dah kenal tecer tu. Tapi dram lain pulak kali ni. Pimpin tangan aku, pegang kain, peluk peha aku tak lepas. Setengah jam aku ambil masa hari ni nak ulang larian 100km/jam tu..hahahaaa.

Akhirnya aku cabut lari jugak bila dia leka bermain. Belum sempat aku keluar dari pintu taska, dah dengar suara dia nangis. Aduiiii anak.. kalau ikutkan hati aku ni, nak jer patah balik pujuk tapi hati ibu kena kental. Aku pekakkan telinga dan terus melangkah ke pejabat. Dalam hati aku pujuk sendiri 'Mikhail nangis bukan sebab sakit...sebab manja sangat'.

Dalam masa sama, aku tunggu jugak laporan dari tecer kalau-kalau Mikhail ni nangis tak henti atau jadi apa-apa. Tinggal esok sehari lagi untuk aku kuat semangat hantar Mikhail ke taska. Aku harapkan, minggu depan dah tak ada drama tangisan air mata lagi dari Mikhail. 




Post a Comment

Lisa Nurulain said... 5/1/17 2:18 PM

Dah menjadi kebiasaan pula kalau g taska mesti ramai yang masih didalam tunggu anak2 dia. hehehe. sini pun samaaa

mas saari said... 5/1/17 2:22 PM

sama dgn Airis, huhuhuu! 4 tahun dok taska dgn cikgu² yg dah biasa, ni bila masuk tadika mmg hari² drama airmata!

yana yassin said... 5/1/17 2:29 PM

Tue lah , sedih dgr anak nangis. tapi ibu kena kental . kalau x, ibu pun melalak sama. hahahhaha .

Kak Mahh said... 5/1/17 3:20 PM

Ibu kena kuat
Ibu kena pandai helah
Ibu kena lari laju-laju

fizafantagirO said... 5/1/17 5:40 PM

Olololo, hihihi, tunggu lama sikit mesti mikhail seronok pulak kat taska <3

careno said... 5/1/17 9:24 PM

Nsb baik la Akiff punya drama tak teruk sgt... Xde peluk2 kaki...

PeRdU cINta said... 5/1/17 10:51 PM

Ibu strong...insyaAllah Mikhail ok :)

Ezad Skytech said... 5/1/17 11:16 PM

Mikhail masih belum dapat sesuaikan diri lagi tu...lama-lama nanti OK la tu dkna...hehe

imnajmi said... 6/1/17 7:34 AM

Anak buah saya juga masuk taska tahun ni, mula2 je nampak macam pasif, dah jmpa kawan sekepala.. takmau balik pulakk huhu

Kakzakie Purvit said... 6/1/17 7:51 AM

Untuk seminggu-dua ni memang kena cekalkan hati Dkna
Sedih, tak tenang kerja di pejabat itu dah mesti tapi nanti masuk sebulan dah ok dah. Sebab kalau tunggu terus sampai bila pun akan macam itu. Baik seminggu-dua aje lepas tu ok

Mikhail anak baik kan.. dah nak jadi abg pun:)

Pssst... Dkna ni comel sangatlah - tak nampak pun perut ada baby:)

Liyana Anuar said... 6/1/17 1:40 PM

adoi...ibu mmg kena hati kental la kan...camne la nak hantar adam tadika tahun depan ni..berat je rase..huhu T_T

Mas Zull said... 9/1/17 3:56 PM

assalamualaikum dkna...biasa la tu budak2 mula masuk taska...dunia baru pada mereka...Darwisy pun mula2 mmg mcm tu juga tapi hari ketiga dah mula okay...kena cekal hati dkna...bukan apa nak biasakan dia kn..:)

Adam said... 9/1/17 9:13 PM

Ibunya pun dapat pengalaman.

titan said... 10/1/17 1:36 AM

biasalah tu, memula memang camgitu budak-budaknya.

Hasrul Hassan said... 21/1/17 3:34 AM

Adeh .. ingatkan suami dah kena sumpah jadi orang kenit tadi .. hahaha .. rupanya si mikhail .. muka cam bapak la .. guna acuan apa ni??

..
Jom tinggalkan komen di Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

 
Top