10
Sebelum ni, aku ada gak rasa sakit pinggang tapi biasalah bila mengandung, sintom sakit pinggang tu normal. Tambah lagi perut makin membesar, nak menampung berat baby ni pun salah satu punca sakit pinggang. Tapi kali ni dah masuk hari ke-3 aku sakit pinggang yang amat. Kalau duduk lama, nak bangun tu punyalah seksa. Tidur pulak, hanya boleh terlentang jer.

Korang banyangkan macam mana mengahnya tidur terlentang ketika mengandung? Bila mengiring kiri kanan, aku hanya mampu ketap bibir sambil ucap Allahukbar. Nak bangun? Fuh.. Lagi mencabar. Sakitnya tu tangkap tang pinggang dan jalan terhenjut-henjut.

Pagi tadi, gigih jugak aku ke Klinik Kesihatan Presint 9 sebab tak tahan sakit. Batuk dan selsema pun dah makin teruk. Nak makan ubat sebarangan, memang aku tak yakin la. Risau anak dalam kandungan ni haaa.

Tak lama menunggu, nombor giliran aku dipanggil. Kat kaunter tu tanya sakit apa. Aku cakap la sakit pinggang sangat-sangat dah masuk 3 hari dan selsema serta batuk. Dia tanya aku lagi samada kencing berdarah, bleding atau jatuh kat mana-mana. Jawapan aku 'tak ada'. So, aku refer masuk ke bilik doktor.

Sementara nak tunggu giliran dipanggil, baru aku ingat pernah jatuh kat lobi rumah minggu lepas. Dah lama kot... Seminggu lebih dah aku jatuh tapi tak ada apa-apa pun sebenarnya. Bagi aku, jatuh biasa jer. Gedebukkkk macam nangka busuk hahahahaaaa. 

Bila aku bagitau doktor penah jatuh seminggu yang lepas, mungkin ini salah satu punca sakit pinggang. Doktor hanya cadangkan aku tuam tempat sakit tu dengan tuala panas dan makan ubat panadol untuk tahan sakit. Ubat selsema dan batuk jugak di bagi sebab aku makin teruk batuknya hari ni. Andai kata lepas ni aku masih lagi sakit pinggang, doktor cadangan aku buat temujanji untuk rawatan fisioterapi bagi mengurangkan rasa sakit pinggang.

Bagi aku, jatuh kat lobi tu biasa je sebab aku tak ada luka atau bleding pun. Tapi mak aku punyalah risau dan paksa aku cari bidan kampung yang boleh urutkan pinggang tu. Risau orang tua tu sebab dia pernah jatuh semasa mengandung dan kesanya sehingga bersalin katanya. Sakit !! Kes aku jatuh ni pun, mak aku baru jer tau pagi ni...hahhaaa. Sebab dia telefon, aku cakap dapat MC. Terus kena soal. Kerisauan mak jugak salah satu sebab kenapa aku tak bagitau yang aku jatuh..hihiii

Sekarang ni, apa yang paling aku risaukan macam mana aku nak telan ubat batuk dan selsema tu ha? Kenapa doktor bagi syrup... kenapa bukan tablet? Kenapa... kenapa... kenapa? Huhuuuuu. Nak makan ubat tu sambil tutup hidung ke? Aku ni sangat anti dengan ubat syrup. Tolong wey......


Post a Comment

mas saari said... 16/1/17 12:59 PM

Allah seramnya bila dgr jatuh. Akak gugur hari tu sbb jatuh dlm bilik mandi. Moga Dkna cepat sembuh dan baby sentiasa sihat.

idzwa kamaruddin said... 16/1/17 2:19 PM

Uishhh bahaya jatuh2 nie. Take care wak~

Sheila Adziz said... 16/1/17 2:27 PM

Sis... xpyh makanlah ubat syrup tu.... cuba cari ubat tradisional, herba ke tp yg tak effect pd kandungan... Amal zikir Allahumma Ya Fattah Ya Salam Ya Mukmin sis.... dan try buat healing masa zikir tu, buang semua rasa sakit.... InsyaaAllah ok... akak dah buat masa mengandung 4 bulan, Allhamdulillah sampai skang pun dah tak sakit pinggang...

eima said... 16/1/17 4:39 PM

take care ...

minum madu lemon je la .. buat suam2 ... lebihkan amik vita c ... utk cepat sembuh selsema tu ... ari tu sy pun dmm juga ... tak berani amik langsung pcm dan ubat batuk selsema tu .... biasa la sindrom mak2 mengandung ni ... semua takut hahaha ... alhamdulillah baik tapi lambat sikit dari biasa la ... tanpa bantuan drug cuma bahan alami ...

Adam said... 16/1/17 6:32 PM

Saya senyum sikit bila baca ayat kat bawah ni. Senyum dikit he:


"..... banyangkan macam mana mengahnya tidur terlentang ketika mengandung?"

Adam said... 16/1/17 6:34 PM

Gambar profile cantik.

Jueliza Jamani said... 17/1/17 3:55 PM

Allah harap semua ok.. dkna hati2 yer..

Linda said... 17/1/17 5:50 PM

alahaiiii dear...jaga diri baik2 ya...

farida said... 24/1/17 6:37 PM

I makan sayuran dengan byk dan kurangkan makanan daging, ini juga ada bantu ringankan penyakit tu.

Nadia Johari said... 4/2/17 2:36 AM

semoga dkna baik-baikje..pergi mengurut kalau sakit lagi

 
Top